Keluar Dewan Wayang Apa Ni Yb



Awalnya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamil (PN-Machang) berdiri pada awal persidangan sesi membacakan aturan mesyuarat yang memaklumkan bahawa usulnya membahaskan isu tersebut ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.
Pun begitu dia menggesa agar usul tersebut tetap diizinkan untuk dibahaskan kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.
“Tuan yang dipertua, saya telah menerima jawapan balas daripada pejabat Tuan Dipertua Dewan Rakyat berhubung usul yang saya hantar pada Jumaat lalu.
"Malangnya, pada pagi ini saya lihat usul ini telah ditolak dengan alasan bahawasanya timbalan menteri dan menteri kewangan telah menjelaskan berkenaan pengeluaran bersasar KWSP ini.
“Tapi saya dapat banyak pandangan dan komplen keresahan daripada rakyat bahawasanya penjelasan daripada kedua-duanya tak memuaskan mereka, jadi izinkanlah untuk kami bahaskan perkara ini hari ini… berbaki dua hari lagi (sidang Dewan Rakyat), sebelum kita tamat sesi sidang parlimen hari ini.
"Bolehkah ia dipertimbangkan kepentingan orang ramai yang perlukan pengeluaran KWSP bersasar pada kali ini? Mohon pertimbangkan,” katanya.
Lau bagaimanapun bertegas dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul dan meminta Wan Ahmad Fayhsal menghantar usul berkenaan sekali lagi sekiranya tidak berpuas hati.
Didesak berkali-kali oleh ahli parlimen lain termasuk Awang Hashim (PN-Pendang) dan Shahidan Kassim (PN-Arau), Lau tetap bertegas dengan keputusan tersebut.
Ia mendorong ahli parlimen PN mengancam untuk meninggalkan dewan sebagai tanda protes.
"Kalau begitu caranya, saya fikir kami di sini mahu juga perkara ini dibahaskan. Kalau tak mahu dibahaskan kami boleh keluar untuk menunjukkan bahawa kami protes dalam perkara ini," kata ketua pembangkang, Hamzah Zainudin.
"Silakan," kata Lau dilaporkan oleh Malaysiakini
Rentetan dari itu Ahli Parlimen PN pun keluarlah beramai-ramai dari Dewan Rakyat sebagai tanda protes.. tapi kemudiannya depa masuk balik.. ha.. ha.. ha.. wayang apa ni?

Laporan berkaitan..
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) blok pembangkang didakwa melakukan 'sandiwara' apabila bertindak keluar Dewan Rakyat selama 15 minit selepas usul dikemukakan mengenai pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditolak Speaker.
Ketika pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2023 dibacakan Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong, Ahli Parlimen PN terbabit tiba-tiba bertindak memasuki semula dewan.
"Selamat pulang kembali barisan pembangkang yang baru masuk ke dewan," kata Steven.
Ia kemudian disambut sahutan daripada Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang mendakwa apa yang dilakukan blok pembangkang adalah sandiwara yang cukup hebat.
Selepas selesai pembentangan, RSN Rayer (PH-Jelutong) kemudian bangkit meluahkan ketidakpuasan hati dan mahu Timbalan Yang Dipertua, Alice Lau Kiong melakukan sesuatu.
"Tindakan YB (Yang Berhormat) pembangkang sebelah sana membangkitkan isu pengeluaran KWSP dan selepas itu keluar dewan dan sekarang kembali ke dewan, adakah ia sesuatu dilakukan semata-mata satu sandiwara," katanya.
Bagaimanapun, Alice menegaskan tindakan ahli parlimen blok pembangkang keluar dewan adalah hak masing-masing.
"Itu hak mereka, sila duduk, cukup-cukup.
"Jangan bazir masa, itu hak mereka mahu keluar masuk, biar mereka," katanya.
Laporan penuh sila baca di SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/04/keluar-dewan-wayang-apa-ni-yb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluar Dewan Rakyat Pembangkang Main Emosi Rakyat

Keluar Dewan Rakyat Pembangkang Main Emosi Rakyat

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 419 hits
Tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang keluar Dewan Rakyat secara beramai ramai semalam dikritik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Liew Chin Tong berkata tindakan protes susulan keputusan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ...
Anwar S Budget 2023 Passes With Voice Vote In Dewan Rakyat

Anwar S Budget 2023 Passes With Voice Vote In Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 346 hits
PARLIAMENT Prime Minister Anwar Ibrahim s revised Budget 2023 sailed through Dewan Rakyat today when it passed the committee stage via a majority voice vote Deputy speaker Alice Lau called for the voice vote at approximately 7 05pm after th...
Pn Lawmaker Booted Out Of Dewan For Defying Deputy Speaker S Order

Pn Lawmaker Booted Out Of Dewan For Defying Deputy Speaker S Order

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 301 hits
PARLIAMENT A Perikatan Nasional MP was booted out of the Dewan Rakyat today for failing to adhere to the deputy speaker s order to sit down during a parliamentary debate In addition Zulkifly Jusoh was also suspended from attending the parli...
Dewan Rakyat Approves Stalking Offences Bill

Dewan Rakyat Approves Stalking Offences Bill

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 272 hits
Individuals found guilty of stalking regardless of whether they are men or women can now be jailed for up to three years or fined or both This is after the Dewan Rakyat today passed the Penal Code Bill 2023 with a new Section 507A introduce...
Saranan Letak Sprm Bawah Parlimen Dibangkit Di Dewan Rakyat Hari Ini

Saranan Letak Sprm Bawah Parlimen Dibangkit Di Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 262 hits
Perbahasan dan penggulungan Rang Undang Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa akan diteruskan pada sidang Dewan Rakyat hari ini KUALA LUMPUR Persoalan sama ada kerajaan bercadang untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mal...
Pn Terima Duit Judi Tapi Ini Jawapan Dalam Dewan Rakyat Hahahahaa

Pn Terima Duit Judi Tapi Ini Jawapan Dalam Dewan Rakyat Hahahahaa

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 419 hits
Saya yakinnnn saya ulanggggg Mana boleh perdana menteri jadi menteri kewangan Mana boleh jadi kewayangan Mana bolehhhh Tup tup Baru nak
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kabinet Kerajaan Madani

The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya