Kelirukan Ydpa Dalam Isu Majoriti Satu Penderhakaan Tertinggi Anwar


  
By Manzaidi Mohd Amin - 5 August 2021







MPPH telah buat penelitian bahawa Muhyiddin cuba kelirukan YDPA.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) bersama rakan dan parti pembangkang memutuskan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bercakap benar dan mengelirukan Yang di-Pertuan Agong berhubung kedudukannya sebagai perdana menteri selepas UMNO menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, tindakan perdana menteri itu satu perbuatan penderhakaan tertinggi terhadap ketua utama negara dan tidak patut dimaafkan.

Perkara itu, kata beliau, boleh disahkan tanpa sebarang keraguan dengan mengadakan sidang khas Parlimen dengan satu urusan sahaja iaitu membentang, membahas dan memutuskan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

“Pimpinan PH membuat perkiraan yang teliti bersama rakan dari parti pembangkang dan semua yang tidak menyokong Muhyiddin, ternyata beliau telah tidak bercakap benar dan telah mengelirukan Yang di-Pertuan Agong sewaktu sesi mengadap semalam.

“Ini adalah satu tindakan penderhakaan tertinggi terhadap Ketua Utama Negara dan tidak patut dimaafkan.

“Kami berpandangan mesti ada tindakan tegas terhadap penipuan yang dilakukan di peringkat tertinggi sehingga sanggup tidak bercakap benar dan mengelirukan Seri Paduka Baginda,” katanya menerusi kenyataan kepada media hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut Anwar, tindakan menangguhkan undi tidak percaya sehingga September amat tidak wajar kerana isu sokongan terhadap Muhyiddin dan kestabilan kerajaan PN mesti diputuskan sekarang.

Kata beliau, selagi mana ia ditangguhkan, selagi itulah isu kestabilan dan keberkesanan kerajaan tidak dapat diselesaikan.

Malah, Raja-Raja Pemerintah telah bertitah pada 16 Jun lalu betapa pentingnya kerajaan itu stabil dan mendapat keyakinan serta sokongan majoriti rakyat.

“Rakyat yang tertekan akibat masalah ekonomi serta pandemik Covid-19, termasuk jumlah kes dan kematian yang begitu tinggi setiap hari mewajibkan kita menyelesaikan masalah ini sekarang,” katanya.

Beliau mengulangi pendirian MPPH dan semua parti dalam blok pembangkang termasuk Ahli-ahli Parlimen yang telah menarik sokongan terhadap Muhyiddin iaitu mendesak diadakan sidang khas Parlimen pada Isnin, 9 Ogos untuk memutuskan isu itu.

“Kami turut memohon semua penjawat awam terutamanya badan penguatkuasa terus bertindak secara profesional, neutral dan tidak sesekali mengikut selera politik parti pemerintah sekarang untuk menekan atau mengugut Ahli-ahli Parlimen khususnya dalam hal sokongan terhadap Muhyiddin,” katanya.


 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/kelirukan-ydpa-dalam-isu-majoriti-satu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Ada Majoriti Penderhakaan Tertinggi Mahiaddin Ph

Pn Ada Majoriti Penderhakaan Tertinggi Mahiaddin Ph

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 161 hits
Tindakan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin mempersembahkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional masih memiliki majoriti dalam sesi menghadap Yang di Pertuan Agong semalam merupakan satu penderhakaan Majlis Presiden Pakatan Harapan menyifatkan ...
Mahiaddin Kelirukan Agong Penderhakaan Tertinggi Yang Tidak Patut Dimaafkan

Mahiaddin Kelirukan Agong Penderhakaan Tertinggi Yang Tidak Patut Dimaafkan

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 106 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPerdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin didakwa telah mengelirukan Yang di Pertuan Agong dan tidak bercakap benar berhubung sokongan majoriti yang diperolehnya Majlis Presiden Pakatan Harapan menegaskan pimpinan PH ...
Kalau Ada Majoriti Undi Percaya Minggu Lalu Bukan September Depan Anwar

Kalau Ada Majoriti Undi Percaya Minggu Lalu Bukan September Depan Anwar

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 245 hits
Pentadbiran Perdana Menteri Mahiaddin Yassin dikecam kerana meminta tempoh sehingga September ini untuk membuktikan majoriti beliau melalui usul Undi Percaya di Parlimen Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata m...
Mic Tuntut Majlis Tertinggi Bn Bersidang Segera Umno Wajib Perjelas Pendirian Parti Dan Isu Ros

Mic Tuntut Majlis Tertinggi Bn Bersidang Segera Umno Wajib Perjelas Pendirian Parti Dan Isu Ros

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 254 hits
by KUALA LUMPUR Ogos 12 Parti MIC mengesahkan telah memohon satu mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan parti itu mendapatkan penjelasan terperinci berhubung pendirian terkini UMNO Presiden...
Pn Masih Ada Majoriti Anwar Gesa Tpm Baca Undang Undang

Pn Masih Ada Majoriti Anwar Gesa Tpm Baca Undang Undang

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 260 hits
By Opposition Chief and Member of Parliament of Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim at the Dewan Rakyat sitting in the Parliament PIX Courtesy of the Department of Information MalaysiaGazette 26 JULY 2021 KUALA LUMPUR Kenyataan Timbalan P...
Wakil Scarlett Johansson Gelar Kenyataan Balas Disney Isu Black Widow Satu Serangan

Wakil Scarlett Johansson Gelar Kenyataan Balas Disney Isu Black Widow Satu Serangan

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 283 hits
Sebelum ini kecoh apabila kerana penayangan filem Black Widow di Disney pada hari yang sama Selepas itu Kevin Feige juga turut terpalit isu ini apabila didedahkan bahawa Isu ini akhirnya turut mendapat respon daripada wakil kepada pelakon S...
Anwar Jahil Perlembagaan Speaker Tiada Kuasa Tentukan Majoriti Pm

Anwar Jahil Perlembagaan Speaker Tiada Kuasa Tentukan Majoriti Pm

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 202 hits
Anwar jahil perlembagaan speaker tiada kuasa tentukan majoriti PM Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Ali Biju menyanggah kritikan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim terhadap speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun apabila mengatakannya ti...
Anwar Dakwa Ada Majoriti Zahid Pula Dakwa Ada Tambahan Surat Akuan

Anwar Dakwa Ada Majoriti Zahid Pula Dakwa Ada Tambahan Surat Akuan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 184 hits
agendadaily com4 8 2021Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak muridnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memiliki majoriti di Parlimen anak muridnya pula mendak...
Anwar Dicabar Buktikan Majoriti Sekarang Tanpa Tunggu Parlimen

Anwar Dicabar Buktikan Majoriti Sekarang Tanpa Tunggu Parlimen

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 143 hits
Anwar dicabar buktikan majoriti sekarang tanpa tunggu Parlimen Pemuda Pas mencabar Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan keabsahan mempunyai sokongan majoriti Ketua Penerangannya Khairul Nadzir Helmi Azhar ber...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11