Kelebihan Perniagaan Dalam Talian Isi Penting Contoh
Bagi karangan bertajuk “Kelebihan Perniagaan Dalam Talian,” murid boleh merujuk karangan ini seperti di bawah.
Isi penting dan contoh karangan disertakan untuk panduan para murid.
Isi Penting Kelebihan Perniagaan Dalam Talian
1. Urusan Jual Beli Lebih Mudah dan Pantas
Pelanggan hanya perlu menekan papan kekunci sahaja untuk menjalankan urusan jual beli.
Urusan jual beli yang dilakukan pula tidak melibatkan pertemuan penjual dan pembeli secara langsung.
Barang yang dipesan pula tidak memerlukan tempoh masa yang lama untuk sampai kepada pembeli.
Urusan pembelian boleh dilakukan pada bila-bila masa kerana lazimnya perniagaan atas talian ini beroperasi tanpa had masa.
2. Menjimatkan Banyak Kos
Perniagaan atas talian tidak memerlukan premis perniagaan yang besar dan kakitangan yang ramai.
Peniaga dapat menjimatkan kos sewa premis perniagaan dan kos gaji pekerja.
Bagi pembeli pula, mereka dapat menjimatkan kos petrol, masa dan tenaga kerana tidak perlu keluar untuk membeli barang yang dihajati.
3. Menjimatkan Masa Pengguna
Tidak perlu bersusah payah keluar untuk membeli barang yang diingini.
Contohnya, tidak perlu pergi ke kedai serbaneka untuk mempilih barang sebaliknya pembelian barang hanya boleh dilakukan di rumah menerusi telefon pintar sahaja.
Dapat memilih barang dengan cepat dan pantas menerusi dengan hanya perlu memilih dalam senarai barangan yang dijual secara atas talian.
4. Menawarkan Pelbagai Jenis Produk
Memberi ruang pelanggan lebih banyak pilihan untuk memilih produk atau barang yang diingini.
Contohnya, peniaga dapat menawarkan produk yang pelbagai jenama serta barang yang tidak wujud dalam pasaran.
Barang tersebut hanya boleh diperoleh secara atas talian kerana penjual tidak membuka kedai secara fizikal bagi menjimatkan kos mereka.
Pengguna juga dapat membeli barang tersebut denga harga yang lebih murah berbanding di kedai secara fizikal.
Contoh Karangan Kelebihan Perniagaan Dalam Talian
i) PENDAHULUAN
Perniagaan atas talian semakin popular dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat dalam era globalisasi ini. Antara perniagaan atas talian yang terkenal dalam kalangan pengguna di Malaysia ialah Lazada, Murah.my, Lelong dan banyak lagi. Namun, selain kebaikan ada juga kelemahan yang akan diperoleh akibat perniagaan dalam talian pada masa ini.
ii) ISI 1: URUSAN JUAL BELI LEBIH MUDAH DAN PANTAS
Salah satu faedah perniagaan dalam talian kepada kita ialah urusan jual beli yang Iebih mudah dan pantas. Ini kerana pelanggan hanya perlu menekan papan kekunci sahaja untuk menjalankan urusan jual beli. Urusan jual beli yang dilakukan pula tidak melibatkan pertemuan penjual dan pembeli secara langsung. Barang yang dipesan pula tidak memerlukan tempoh masa yang lama untuk sampai kepada pembeli. Bahkan, urusan pembelian boleh dilakukan pada bila-bila masa kerana lazimnya perniagaan atas talian ini beroperasi tanpa had masa.
iii) ISI 2: MENJIMATKAN BANYAK KOS
Selain itu, mereka yang berurus niaga secara dalam talian juga mampu menjimatkan banyak kos. Sebagaimana yang kita sedia maklum, perniagaan atas talian tidak memerlukan premis perniagaan yang besar dan kakitangan yang ramai. Justeru peniaga dapat menjimatkan kos sewa premis perniagaan dan kos gaji pekerja. Manakala bagi pembeli pula, mereka dapat menjimatkan kos petrol, masa dan tenaga kerana tidak perlu keluar untuk membeli barang yang dihajati.
iv) ISI 3: MENJIMATKAN MASA PENGGUNA
Kelebihan seterusnya perniagaan dalam talian ialah menjimatkan masa pengguna. Perniagaan atas talian dapat menjimatkan masa pengguna kerana mereka tidak perlu bersusah payah keluar untuk membeli barang yang diingini. Contohnya, kita tidak perlu pergi ke kedai serbaneka untuk mempilih barang sebaliknya pembelian barang hanya boleh dilakukan di rumah menerusi telefon pintar sahaja. Mereka juga dapat memilih barang dengan cepat dan pantas menerusi dengan hanya perlu memilih dalam senarai barangan yang dijual secara atas talian. Oleh itu, jelaslah bahawa perniagaan atas talian dapat menjimatkan masa pengguna.
v) ISI 4: MENAWARKAN PELBAGAI JENIS PRODUK
Perniagaan dalam talian juga dapat menawarkan pelbagai jenis produk kepada pengguna. Ini kerana perniagaan atas talian memberi ruang pelanggan lebih banyak pilihan untuk memilih produk atau barang yang diingini. Contohnya, peniaga dapat menawarkan produk yang pelbagai jenama serta barang yang tidak wujud dalam pasaran. Barang tersebut hanya boleh diperoleh secara atas talian kerana penjual tidak membuka kedai secara fizikal bagi menjimatkan kos mereka. Malah, pengguna juga dapat membeli barang tersebut denga harga yang lebih murah berbanding di kedai secara fizikal.
vi) PENUTUP
Kesimpulannya, perniagaan dalam talian mempunyai banyak kelebihan kepada penjual dan juga pengguna. Namun, masyarakat perlulah bijak memilih dan berhati-hati dalam melakukan sebarang pembelian. Ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang penipuan yang boleh merugikan pengguna.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/kelebihan-perniagaan-atas-talian/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kelebihan-perniagaan-atas-talian