Kepentingan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Isi Contoh
Isi penting dan contoh karangan bertajuk “Kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.”
Para murid boleh mengambil isi penting dan contoh karangan ini sebagai rujukan.
Isi Penting Karangan Kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
1. Meningkatkan Pengurusan dan Pentdabiran Negara yang Lebih Sistematik dan Teratur
Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.
Bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri.
Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap.
Sebagai contoh, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap.
Data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa.
2. Membantu Ramalan Cuaca dan Pelayaran
Dahulu, pelayar merujuk kepada kedudukan bintang di langit untuk dijadikan sebagai “kompas” semasa belayar.
Ada juga yang melihat keadaan langit dan awan untuk meramal cuaca ataupun mempercayai ramalan ahli nujum.
Kini, dengan adanya satelit cuaca, fenomena alam dapat diramal dengan lebih tepat serta terperinci.
Melalui satelit cuaca ini, siri gambar awan dapat diambil dan dapat meramalkan keadaan cuaca dunia.
Persediaan awal boleh dibuat untuk mengelakkan berlakunya kerugian harta benda dan pengorbanan nyawa.
Banjir, ribut taufan, tsunami, dan gempa bumi adalah antara contoh fenomena alam yang tidak dapat dikawal oleh manusia.
3. Mempercepat Hubungan Antarabangsa
Menerusi teknologi maklumat dan komunikasi, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia.
Dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman sembang, emel, sistem pesanan ringkas atau SMS, Skype dan sebagainya.
Dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menggunakan telefon bimbit.
Siaran daripada negara lain dapat ditonton melalui internet dan Astro, telefon, faksimili, televisyen, dan persidangan video bergantung pada teknologi maklumat dan komunikasi untuk membolehkan kita merasai nikmat ini.
4. Membantu Sistem Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di Sekolah
Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh teknologi maklumat dan komunikasi sekaligus mewujudkan sekolah bestari.
Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah.
Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer.
Pendidikan di sekolah atau di institusi pendidikan bercirikan pendidikan jarak jauh akan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos.
Pelajaran di sekolah rendah ataupun pelajaran sekolah menengah dapat dipelajari melalui modul pemelajaran yang disediakan dalam cakera padat yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Contoh Karangan Kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
i) PENDAHULUAN
Ketika negara kini menghadapi era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi amat penting dalam kehidupan kita semua. Hampir setiap saat orang ramai kini menggunakan teknologi maklumat yang ada dan kita boleh memperolehi maklumat hanya di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan tekonologi maklumat dan komunikasi akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau ibarat “katak di bawah tempurung.” Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.
ii) ISI 1: MENINGKATKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN NEGARA YANG LEBIH SISTEMATIK DAN TERATUR
Pertama, antara kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi ini adalah ianya mampu meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematik dan teratur. Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap. Sebagai contoh, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap. Malah, dengan adanya komunikasi maklumat dan teknologi, data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa. Ini dapat dilihat apabila urusan kewangan melalui mesin teler automatik (ATM) membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh dunia.
iii) ISI 2: MEMBANTU RAMALAN CUACA DAN PELAYARAN
Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi bukan sahaja membantu dalam pentadbiran dan pengurusan negara, malah teknologi maklumat dan komunikasi juga penting dalam ramalan cuaca dan panduan pelayaran. Dahulu, pelayar merujuk kepada kedudukan bintang di langit untuk dijadikan sebagai “kompas” semasa belayar. Ada juga yang melihat keadaan langit dan awan untuk meramal cuaca ataupun mempercayai ramalan ahli nujum. Kini, dengan adanya satelit cuaca, fenomena alam dapat diramal dengan lebih tepat serta terperinci. Melalui satelit cuaca ini, siri gambar awan dapat diambil dan dapat meramalkan keadaan cuaca dunia. Persediaan awal boleh dibuat untuk mengelakkan berlakunya kerugian harta benda dan pengorbanan nyawa. Banjir, ribut taufan, tsunami, dan gempa bumi adalah antara contoh fenomena alam yang tidak dapat dikawal oleh manusia.
iv) ISI 3: MEMPERCPAT HUBUNGAN ANTARABANGSA
Di samping itu, teknologi maklumat dan komunikasi juga memainkan peranan yang penting kepada dunia untuk mempercepat hubungan antarabangsa. Ini kerana menerusi teknologi maklumat dan komunikasi, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan “Dunia Tanpa Sempadan.” Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman sembang, emel, sistem pesanan ringkas atau SMS, Skype dan sebagainya. Kita juga dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menggunakan telefon bimbit. Siaran daripada negara lain dapat ditonton melalui internet dan Astro, telefon, faksimili, televisyen, dan persidangan video bergantung pada teknologi maklumat dan komunikasi untuk membolehkan kita merasai nikmat ini.
v) ISI 4: MEMBANTU SISTEM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DI SEKOLAH
Kewujudan teknologi maklumat dan komunikasi juga membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh teknologi maklumat dan komunikasi sekaligus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi pendidikan bercirikan pendidikan jarak jauh akan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajaran di sekolah rendah ataupun pelajaran sekolah menengah dapat dipelajari melalui modul pemelajaran yang disediakan dalam cakera padat yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
vi) PENUTUP
Bertitik tolak dari itu, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Sudah tiba masanya untuk negara Malaysia mempertingkatkan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi agar negara tidak ketinggalan seperti negara-negara maju yang lain. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira pihak kerajaan ataupun pihak swasta, perlulah berganding bahu untuk merealisasikan hasrat ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/kepentingan-teknologi-maklumat-dan-komunikasi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kepentingan-teknologi-maklumat-dan-komunikasi