Karangan Persediaan Alam Kerjaya Isi Contoh Karangan


Untuk karangan bertajuk “Persediaan Alam Kerjaya,” berikut adalah isi penting dan contoh karangan.
Murid boleh merujuk isi penting dan contoh karangan tersebut sebagai persediaan menghadapi peperiksaan penulisan.
Isi Penting Karangan Persediaan Alam Kerjaya 1. Melengkapkan Diri dengan Kemahiran Insaniah
Kemahiran insaniah meliputi kemahiran komunikasi, mempunyai pemikiran kritis, dan kemahiran menyelesaikan masalah. Aspek ini amat dititikberatkan oleh pihak majikan dalam memilih calon pekerja mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mahir dalam berkomunikasi, sudah tentu dia tidak akan menghadapi masalah sewaktu proses temu duga tawaran pekerjaan yang diadakan oleh mana-mana pihak. 2. Mempunyai Daya Saing yang Tinggi
Seseorang yang bakal menempuh alam kerjaya juga perlu mempunyai daya saing yang tinggi. Pemuda-pemudi hari ini bakal berhadapan dengan dunia yang kian mencabar. Contohnya, remaja yang mempunyai daya saing yang tinggi ialah golongan yang mempunyai sifat tidak berputus asa dan gigih berusaha mencapai kejayaan. Apabila sifat ini mampu dikekalkan dalam apa jua situasi, peluang untuk mencapai kejayaan akan sentiasa ada. 3. Mempunyai Kelayakan Akademik yang Tinggi
Peluang untuk seseorang mendapat kerjaya yang sesuai akan Iebih luas. Sebagai contoh, golongan yang mempunyai kelulusan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan, bukan sekadar mempunyai peluang untuk menjadi seorang jurutera, malahan berpeluang berkhidmat dalam sektor awam, menjadi pensyarah, kontraktor kelas tinggi dan menceburi perniagaan dalam bidang tersebut. Apabila berjaya mendapat peluang tersebut, sudah tentu akan menjanjikan pendapatan yang selesa bagi meneruskan kehidupan. 4. Membuat Persediaan Mental
Apabila melangkah kearah alam kerjaya, perlu menjadi seorang yang lebih berdikari. Terpaksa belajar untuk menjalankan kehidupan sendiri, menguruskan kewangan dan juga menguruskan diri. Cabaran dalam pekerjaan juga lebih mencabar daripada cabaran sebagai seorang pelajar. Walaubagaimanapun, semua masalah ini dapat diselesaikan jika kita mempunya permikiran yang bersedia dalam menghadapi segala cabaran. Misalnya, seseorang mestilah mampu menghadapi stres di tempat bekerja atau di rumah tanpa mempengaruhi prestasinya dalam menjalankan tugasnya. Contoh Karangan Persediaan Alam Kerjaya i) PENDAHULUAN
Sebaik sahaja mendapat keputusan SPM, golongan remaja di negara kita akan meneruskan kehidupan di luar persekolahan. Bagi yang mendapat keputusan baik, mereka akan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam pelbagai bidang. Mereka yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan atau faktor desakan hidup akan mencari pekerjaan yang sesuai dengan kemampuan. Terdapat beberapa persediaan yang perlu dipertimbangkan dalam memilih kerjaya yang diminati.
ii) ISI 1: MELENGKAPKAN DIRI DENGAN KEMAHIRAN INSANIAH
Persediaan penting dalam menghadapi alam kerjaya adalah dengan melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah. Kemahiran insaniah meliputi kemahiran komunikasi, mempunyai pemikiran kritis, dan kemahiran menyelesaikan masalah. Aspek ini amat dititikberatkan oleh pihak majikan dalam memilih calon pekerja mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mahir dalam berkomunikasi, sudah tentu dia tidak akan menghadapi masalah sewaktu proses temu duga tawaran pekerjaan yang diadakan oleh mana-mana pihak. Tegasnya, kemahiran insaniah merupakan perkara yang paling utama perlu dikuasai oleh golongan remaja dalam memilih kerjaya yang diminati.
iii) ISI 2: MEMPUNYAI DAYA SAING YANG TINGGI
Seseorang yang bakal menempuh alam kerjaya juga perlu mempunyai daya saing yang tinggi. Ini kerana pemuda-pemudi hari ini bakal berhadapan dengan dunia yang kian mencabar. Contohnya, remaja yang mempunyai daya saing yang tinggi ialah golongan yang mempunyai sifat tidak berputus asa dan gigih berusaha mencapai kejayaan. Apabila sifat ini mampu dikekalkan dalam apa jua situasi, peluang untuk mencapai kejayaan akan sentiasa ada. Jelaslah bahawa seseorang perlu mempunyai daya saing yang tinggi dalam memilih kerjaya yang diminati agar tidak terlepas mendapat peluang keemasan.
iv) ISI 3: MEMPUNYAI KELAYAKAN AKADEMIK YANG TINGGI
Untuk menghadapi alam kerjaya, seseorang juga perlu mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Dengan kelayakan ini, peluang untuk seseorang mendapat kerjaya yang sesuai akan Iebih luas. Sebagai contoh, golongan yang mempunyai kelulusan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan, bukan sekadar mempunyai peluang untuk menjadi seorang jurutera, malahan berpeluang berkhidmat dalam sektor awam, menjadi pensyarah, kontraktor kelas tinggi dan menceburi perniagaan dalam bidang tersebut. Apabila berjaya mendapat peluang tersebut, sudah tentu akan menjanjikan pendapatan yang selesa bagi meneruskan kehidupan. Ini ternyata bahawa dengan kelayakan akademik yang tinggi, mampu membuka peluang yang Iebih luas kepada seseorang untuk menceburi kerjaya yang diminati.
v) ISI 4: MEMBUAT PERSEDIAAN MENTAL
Selain itu, seseorang yang ingin memasuki alam kerjaya juga perlu membuat melakukan persiapan mental. Apabila kita melangkah kearah alam kerjaya, kita perlu menjadi seorang yang lebih berdikari. Kita juga terpaksa belajar untuk menjalankan kehidupan sendiri, menguruskan kewangan dan juga menguruskan diri. Cabaran dalam pekerjaan juga lebih mencabar daripada cabaran sebagai seorang pelajar. Walaubagaimanapun, semua masalah ini dapat diselesaikan jika kita mempunya permikiran yang bersedia dalam menghadapi segala cabaran. Misalnya, seseorang mestilah mampu menghadapi stres di tempat bekerja atau di rumah tanpa mempengaruhi prestasinya dalam menjalankan tugasnya.
vi) PENUTUP
Kesimpulannya, terdapat banyak persediaan yang peru dilakukan sebelum memasuki alam kerjaya. Alam kerjaya sememangnya lebih mencabar yang menuntut seseorang untuk melakukan pelbagai persediaan. Walau bagaimanapun, kita perlulah menghadapi dengan berani kerana cabaran-cabaran inilah yang bakal menjadikan kita seorang manusia yang lebih kuat dan kental. Ini bagi memastikan kita menjadi pekerja ideal pada masa hadapan dengan memiliki kemahiran dan kelayakan yang bersesuaian dengan bidang tugas yang dipilih.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/karangan-persediaan-alam-kerjaya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=karangan-persediaan-alam-kerjaya

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepentingan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Isi Contoh

Kepentingan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Isi Contoh

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 378 hits
Isi penting dan contoh karangan bertajuk Kepentingan Maklumat dan Komunikasi Para murid boleh mengambil isi penting dan contoh karangan ini sebagai rujukan Isi Penting Karangan Kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 1 Meningkatkan Pe...
Kelebihan Perniagaan Dalam Talian Isi Penting Contoh

Kelebihan Perniagaan Dalam Talian Isi Penting Contoh

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 272 hits
Bagi karangan bertajuk Kelebihan Perniagaan murid boleh merujuk karangan ini seperti di bawah Isi penting dan contoh karangan disertakan untuk panduan para murid Isi Penting Kelebihan Perniagaan Dalam Talian 1 Urusan Jual Beli Lebih Mudah d...
Video Isi Pertemuan Sri Mulyani Usai Menghadap Jokowi Di Tengah Isu Mundur Dari Kabinet

Video Isi Pertemuan Sri Mulyani Usai Menghadap Jokowi Di Tengah Isu Mundur Dari Kabinet

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 385 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati dipanggil Presiden Joko Widodo ke Istana Kepresidenan Jakarta Jumat
Veteran Mywira Bantuan Kerjaya Bagi Pesara Tentera

Veteran Mywira Bantuan Kerjaya Bagi Pesara Tentera

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 319 hits
Bagi membantu pesara tentera mencari peluang pekerjaan baru baru selepas bersara atau berhenti dari perkhidmatan kerajaan telah memperkenalkan program padanan kerjaya yang dikenali sebagai MyWira Usaha ini dilakukan oleh Kementerian Sumber ...
Ahy Ungkap Isi Pembahasan Antara Gibran Dan Sby Di Cikeas

Ahy Ungkap Isi Pembahasan Antara Gibran Dan Sby Di Cikeas

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 140 hits
Kedatangan Gibran ke Cikeas didampingi AHY dan melakukan pertemuan secara tertutup
Video Sri Mulyani Temui Megawati Usai Dipanggil Jokowi Sekjen Pdip Blak Blakan Isi Bahasan

Video Sri Mulyani Temui Megawati Usai Dipanggil Jokowi Sekjen Pdip Blak Blakan Isi Bahasan

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 166 hits
Hasto Kristiyanto membenarkan adanya pertemuan antara Menkeu Sri Mulyani dengan Ketua Umum PDIP Megawati Soekarnoputri
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Jn 1 Covid 19 Subvariant Poses No Significant Health Threat Says Ministry

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Read Pilot Stripes Dan Kisah Kemalangan Air India

Hari Lautan Sedunia Siapa Sangka Tanah Mati Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

Lobster Masak Cili

Rezeki Melimpah Usia Panjang Dengan Silaturrahim

Resipi Sup Daging Ala Thai Paling Senang Tanpa Rempah Sup Bunjut

Pagar Makan Tanaman Hijau Daun