Kelebihan Mengamalkan Dua Ayat Surah At Taubah Rezeki Datang Melimpah Ruah Tanpa Diduga
Lepas Wanita Ini Amalkan 2 Ayat Dari Surah At-Taubah, Tak Sangka Rezeki Datang Melimpah RuahMengamalkan wirid 2 (dua) ayat terakhir dari surah at-Taubah atau ayat 128-129 sangat luar biasa besar fadhilah dan khasiatnya. Hanya mereka yang mengamalkan bacaan surah ini sahaja yang tahu tentang ‘khasiat’ dua potong ayat ini
Berikut perkongsian Azlia Ajid
Umur saya dah 32 tahun, tapi baru dua tiga hari ni saya tahu hikmah ayat ini. Baru sahaja saya amalkan 7 kali selepas Solat Fardu tanpa fahami maksud pada hari pertama, pelbagai perkara positif berlaku pada saya
Terkejut saya. Rezeki saya melimpah ruah. Aura saya jadi luar biasa. Kekuatan saya dapat juga berbeza. Badan yang sakit lenguh seminggu hilang begitu sahaja. Allahuakbar
HATI RASA SEBAK
Setelah saya baca apa maksud ayat tersebut, saya terus sebak. Sebak yang sukar diceritakan. Sayangnya Allah pada saya. Allahuakbar
2 ayat dari Al-Quran ni belum pernah saya jadikan amalan harian selama ini. Dah 32 tahun mencari erti hidup sementara ini, baru saya bertemu ayat ini dengan memahami terjemahannya dan merasai hikmahnya setelah sahabat saya yang juga merupakan jiran saya berkongsi ayat ini pada saya pada jam 9.05 pagi dalam whats app pada 21 Mei 2019.
Surah At-Taubah Ayat 128 dan 129 yang bermaksud:
128. Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin
129. Jika mereka berpaling (daripada keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy (singgahsana) yang agung.”
Buat sahabat yang terbaca perkongsian ini pagi ini, anggaplah ia rezeki untuk mengetahui kehebatan Ayat Al-Quran ini dan amalkanlah sepenuh hati
Yakinlah yang segala kesulitan akan diangkat, segala bebanan akan hilang, jika berhutang In sha Allah akan keluar dari bebanan dan yang paling agung, pasti akan bertemu kebahagiaan luar biasa nanti. In sha Allah
Sekiranya kitameletakkan sepenuhnya pengharapan pada Allah, Yakin Bahawa Dialah yang memberkian rezeki dan melepaskan kita dari segala kesulitan hidup , inshaallah hidup kita kan dipermudah, murah rezeki dan diberikan ketenangan.
Allah sayang sangat pada kita sebenarnya. Sangat
Sumber: Azlia Ajid via http://bit.ly/2CeoTkV
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sensasi247.blogspot.com/2020/02/kelebihan-mengamalkan-dua-ayat-surah-at.html