Hantarlah Duit Pada Ibubapa Walaupun Sedikit Subhanallah Kesannya Hati Tenang Rezeki Melimpah Dan Hidup Lebih Berkat
Anak-anak yang telah bekerja dan mempunyai pendapatan, Jangan sekali terasa terbeban untuk memberikan sedikit wang dari pada gaji kita kepada mak ayah walaupun sedikit.
Walaupun gaji tak bersar mana, hutang kereta, rumah dan lain2 komitmen, wahai anak jgn lupa kirim wang pada makayah. Oleh sebab itu, setiap kali dapat duit gaji asingkanlah sedikit duit untuk mak ayah. Tak banyak pun tak apa.
Percayalah perkara kecil yang dilakukan ini mampu memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan anda. rezeki murah melimpah ruah, hati bahagia bagi ditaman syurga, hidup insyallah dengan izin Allah SWT akan tenang.
REBUTLAH PELUANG INI.
Ada kalanya mak ayah menolak tak mahu duit kita, sebab mereka pun dah ada duit sendiri. Namun ambillah peluang tetap beri walaupun nilainya sedikit kerana dari situlah Allah lorongkan keberkatan dalam kehidupan dan setiap rezeki kita.
Tahun pertama dia kerja, sedikit duit gaji disisihkan untuk mak dan ayahnya. Padahal masa tu, gajinya tak sampai pun seribu. Dia hantar rm100 sebulan. Rm50 untuk ibu, rm50 untuk ayah.
Begitulah rutinnya setiap bulan. Walau mak ayah dia bukan orang miskin, namun tetap dia hantar juga. Malah, pencen ayah dia sendiri 4x ganda lebih mahal dari gaji dia.
Kehidupan terRasa Sukar dan berliku.
Sampai satu masa, Angah kahwin. Bebanan hidup berkeluarga mula dia rasa. Sewa rumah tidak lagi dikongai dengan rakan bujang, semua atas tanggungan dia. Segala bil-bil ultility, ansuran kereta, bebanan pinjaman peribadi dan sebagainya; dia kena fikir dan lunaskan.
Meski pun isteri Angah pun bekerja, namun kehidupan memang agak sukar memandangkan kos sara hidup yang tinggi.Sejak itu, Angah mula STOP kirim duit pada ibu dan ayahnya. Dia mula fikir tentang keluarga sendiri, tambah-tambah isterinya mula mengandung.
Makin banyak nak guna duit.Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun berlalu. Walau gajinya dan isteri sentiasa meningkat setiap tahun, namun bebanan kewangan makin lama makin berat. Anak-anak makin bertambah, bebanan hutang pun begitu juga.
Angah bukan tak mahu nak kirim duit pada mak ayahnya, dia nak tunggu kewangan dia stabil dulu. Namun tak pernah stabil, makin merosot adalah. Gaji bersih dia hanya tinggal 3 angka sahaja selepas tolak semua bebanan. Sedangkan gaji kasar dia masa tu dah melebihi RM3000.
Aku Inginkan Keberkatan Hidup.
Alang nekad, biar dia makan nasi lauk kicap sekali pun, dia akan kirim duit belanja pada mak ayah di kampung. Walau mak ayah tidak meminta-minta, walau kehidupan ibu dan ayahnya jauh lebih senang dari dia.
Alang nekad kirim duit seratus untuk ibu, dan seratus untuk ayahnya setiap bulan. Gaji bersih dia selepas kirim duit belanja pada orang tuanya hanya sekitar RM800 sahaja. Awalnya, si ayah menolak. Dia tahu anaknya sesak. Lagipun, pencen dia sendiri tak habis nak makan. Anak-anak lain lagi kirim duit belanja.
Tapi Angah mendesak
Sekian tahun lamanya dia tidak mengirim duit. Semenjak dia kahwin dan punya keluarga. Kononnya sebab untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga pun semput-semput. Namun kali ini dia tekad, semput pun dia nak juga kirim.
Apa-apa masalah yang tidak dijangka, yang tidak mampu dia selesaikan memandangkan duit poket pun tidak cukup, Allah hantar orang lain bantu. Motornya rosak orang lain bagi pinjam tanpa diminta. Masalah tempat kerja, ada sahaja datang bantu selesaikan.
Beberapa bulan selepas istiqomah kirim duit belanja pada ibu ayah, rezeki Angah mula mencurah. Satu demi satu idea dan lubang buat duit seolah terhampar di depan mata. Allah buka lorong rezeki lain sebaik sebahagian duit gajinya diberi pada ayah dan ibu. Rezeki yang berganda-ganda mula masuk.
Rezeki hal ALLAH SWT, Rezeki Datang Tidak Disangka-Sangka
Dilarang sesekali terlintas lagi difikiran bahawa sedikit kiriman duit belanja untuk ibu dan ayah itu menjadi beban pada kita. Jangan! Kira-kira Matematik pasti menunjukkan duit kita makin berkurangan,
Namun kira-kira Tuhan melalui keberkatan dan rezeki yang datang tidak disangka-sangka itu rupanya berbeza. Mak ayah ini, doanya mereka sahaja tidak ternilai harganya. Jika masih ada mak ayah, jangan berkira untuk mengirim duit belanja.
Seringgit kita kirim untuk gembirakan mereka, Tuhan pasti balas beribu-ribu kali ganda. Malah, melalui rezeki dan keberkatan hidup yang tidak dijangka-jangka.
Wakinlah dengan janji Allah. Allah pasti akan membuka pintu rezeki jika kita membahagiakan mak ayah kita. Semoga kita diberikan kekuatan untuk melaksanakan amalan mulia ini. Dipersilakan untuk share agar lebih ramai lagi yang mendapat manfaat.
Sumber: kalamindah.com
The post Hantarlah Duit Pada Ibubapa Walaupun Sedikit. Subhanallah, Kesannya Hati Tenang, Rezeki Melimpah dan Hidup Lebih Berkat appeared first on Islam Itu Indah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.islamituindah.my/hantarlah-duit-pada-ibubapa/