Bolehkah Menyatakan Ada Dua Tuhan Berdasarkan Surah Al Nahl Ayat 51



SOALAN:
Kami mohon penjelasan berhubungan dengan tafsiran ayat 51 surah al-Nahl (surah ke 16) yang menyatakan: “Jangan kamu menyembah DUA TUHAN.” Bolehkah kita menyatakan bahawa ADA DUA TUHAN?

JAWAPAN:
Al-Quran merupakan kitab suci yang terkandung di dalamnya pelembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran diturunkan kepada Baginda Nabi SAW sebagai mukjizat yang dijaga dan dipelihara sehingga hari akhirat. Firman Allah SWT:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Zikr (Al-Quran), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah al-Hijr: 9)

Surah al-Nahl

Surah al-Nahl merupakan surah Makkiyyah yang terkandung di dalamnya 128 ayat. Syeikh al-Maraghi menyatakan: “Tiga ayat akhir surah ini di turunkan di antara Makkah dan Madinah.” (Lihat: Tafsir al-Maraghi, 14/51)

Dr. Wahbah Zuhaili di dalam tafsirnya menyatakan: “(Al-Nahl) bermaksud lebah, surah ini diberi nama berdasarkan dua ayat yang menceritakan perihal lebah yang diberi ilham oleh Allah SWT menyedut madu pada bunga yang boleh dijadikan sebagai penawar kepada manusia. Firman Allah SWT:

يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِّلنَّاسِ
“(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit).” (Surah al-Nahl: 69)

Kisah ajaib yang digambarkan di dalam al-Quran ini bertujuan supaya manusia berfikir dan memerhatikan tentang keajaiban ciptaan Allah SWT dan merupakan bukti kewujudan-Nya. Selain itu, surah ini juga dinamakan sebagai al-Ni’am (النّعم) kerana banyak diceritakan tentang nikmat Allah SWT di dalamnya.” (Lihat: al-Tafsir al-Munir, 14/79)

Tafsir Surah al-Nahl Ayat 51

Berbalik kepada persoalan yang diajukan, kami datangkan beberapa tafsiran ulama' bagi menjelaskan firman Allah SWT:

وَقَالَ اللَّـهُ لَا تَتَّخِذُوا إِلَـٰهَيْنِ اثْنَيْنِ ۖ إِنَّمَا هُوَ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ
Dan Allah berfirman: “Janganlah kamu bertuhankan dua Tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.” (Surah al-Nahl: 51)

Syeikh al-Maraghi di dalam tafsirnya menyatakan: “Allah SWT menyatakan kepada hamba-Nya bahawa sesungguhnya Allah SWT tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia. Dan sesungguhnya tidak boleh melakukan ibadah melainkan kepada Allah SWT yang Maha Esa.” (Lihat: Tafsir al-Maraghi, 14/92)

Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di menyatakan: “Allah SWT memerintahkan supaya melakukan ibadah hanya kepada-Nya sahaja dan tidak menyekutu serta syirik kepada-Nya.” (Lihat: Tafsir al-Sa’di, 1/442)

Berbalik kepada ayat (لَا تَتَّخِذُوا إِلَـٰهَيْنِ اثْنَيْنِ), Al-Imam al-Qunawi mentafsirkan ayat (لَا تَتَّخِذُوا) juga diberi maksud “la ta’taqid” iaitu janganlah kamu mempercayai. Selain itu, ayat ini juga memberi maksud “la ta’abbudu” iaitu janganlah kamu menyembah. Ini dapat difahamkan, maksud ayat ini adalah “janganlah kamu menyembah dua sembahan (Tuhan)” iaitu menyekutukan Allah SWT Tuhan yang Esa. (Lihat: al-Futuhat al-Ilahiyyat, 4/232; Hasyiah al-Qunawi ala Tafsir al-Baidawi, 11/292)

Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di menyatakan ayat ini menerangkan supaya janganlah melakukan perbuatan syirik dan menyekutukan Allah SWT. (Lihat: Tafsir al-Sa’di, 1/442)

Imam al-Suyuti dan Imam Mahalli menyatakan, ayat (اثْنَيْنِ) merupakan ayat penguat (ta’kid) bagi ayat selepasnya iaitu (إلَه وَاحِد) bagi mengukuhkan lagi sifat ketuhanan dan keesaan Allah SWT. (Lihat: Tafsir al-Jalalain, hlm 352)

Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi di dalam tafsirnya menerangkan, bahawa uslub atau gaya bahasa arab apabila ia didatangkan ayat pengukuhan (ta’kid), maka ayat selepasnya itu adalah ayat yang menceritakan tujuannya (murad). (Lihat: Tafsir al-Sya’rawi, 13/7993)

Ini seperti yang disebut Dr. Wahbah Zuhaili di dalam tafsirnya, bahawa ayat (إِلَـٰهَيْنِ اثْنَيْنِ) merupakan ayat untuk memperkuatkan (ta’kid) iaitu didatangkan dengan dua perkataan yang sama erti. Ini bertujuan untuk menguatkan penafian berbilangnya Tuhan yang disembah. Selepas itu, Allah SWT datangkan ayat penjelasan dan penegasan sifat keesaan-Nya iaitu ayat (إنَّمَا هُوَ إلَه وَاحِد). Ini bertujuan menjelaskan wujudnya Tuhan yang Maha Esa dan penafian wujudnya berbilang Tuhan. (Lihat: al-Tafsir al-Munir, 14/154)

Kesimpulan

Berbalik kepada persoalan yang diajukan serta penerangan ulama' yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa surah al-Nahl ayat ke 51, Allah SWT menyatakan ayat penafian sebagai penjelasan supaya tidak menyekutukan Allah SWT dengan menyembah selain daripada-Nya. Kemudian Allah SWT mendatang ayat penegasan bagi menjelaskan lagi tentang sifat keesaan bahawa tiada Tuhan selain daripada-Nya. Hal ini, menunjukkan bahawa penggunaan gaya bahasa Arab di dalam al-Quran di dalam menjelaskan sesuatu perkara.

Justeru, dari segi kefahaman ayat di atas, boleh disimpulkan bahawa Allah SWT melarang hamba-Nya untuk menyembah selain daripada-Nya serta melarang menyekutu dan mensyirikkan-Nya.

Oleh itu, selaku umat Islam wajib berpegang dan percaya bahawa tiada Tuhan yang disembah melain Allah SWT. Firman Allah SWT:

اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya).” (Surah al-Baqarah: 255)

Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dalam melaksanakan setiap amalan agar setiap amalan yang kita lakukan bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/bolehkah-menyatakan-ada-dua-tuhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelebihan Mengamalkan Dua Ayat Surah At Taubah Rezeki Datang Melimpah Ruah Tanpa Diduga

Kelebihan Mengamalkan Dua Ayat Surah At Taubah Rezeki Datang Melimpah Ruah Tanpa Diduga

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 675 hits
Lepas Wanita Ini Amalkan 2 Ayat Dari Surah At Taubah Tak Sangka Rezeki Datang Melimpah RuahMengamalkan wirid 2 ayat terakhir dari surah at Taubah atau ayat 128 129 sangat luar biasa besar fadhilah dan khasiatnya Hanya mereka yang mengamalka...
Polisi Amakan Dua Beruang Madu Peliharaan Satu Keluarga Di Pelalawan

Polisi Amakan Dua Beruang Madu Peliharaan Satu Keluarga Di Pelalawan

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 232 hits
Kedua satwa yang dominan berwarna hitam itu berhasil dievakuasi Ditreskrimsus Polda Riau pada Jumat kemarin
Jadi Lokasi Karantina Wni Asal China Pemkab Natuna Liburkan Sekolah Dua Pekan

Jadi Lokasi Karantina Wni Asal China Pemkab Natuna Liburkan Sekolah Dua Pekan

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 192 hits
Pemerintah Kabupaten Natuna meliburkan pelajar sekolah dari seluruh tingkatan selama dua pekan dimulai dari 3 Februari 2020 hingga 17 Februari 2020 Peliburan kegiatan belajar ini sehubungan dengan kebijakan pemerintah yang menjadikan Kabupa...
Nyaris Digilis Dua Individu Tunggang Motor Terbalik Atas Lebuhraya

Nyaris Digilis Dua Individu Tunggang Motor Terbalik Atas Lebuhraya

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 304 hits
Menunggang motosikal di atas jalan raya sememangnya terdedah kepada pelbagai bahaya kerana keadaan fizikal kenderaan itu yang kecil Risiko tersebut lebih besar sekiranya pengguna menggunakan laluan di lebuhraya dek kerana jumlah kenderaan y...
Sajat Amp Dua Rakan Buat Umrah Sebagai Jemaah Wanita Cetus Persoalan Netizen

Sajat Amp Dua Rakan Buat Umrah Sebagai Jemaah Wanita Cetus Persoalan Netizen

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 741 hits
fb comments fb comments span fb comments span iframe style min width 100 important width 100 important Baru baru ini heboh diperkatakan usahawan kosmetik Nursajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman telah pergi mengerjakan umr...
Perludem Soroti Dua Aspek Masalah Pemilu Serentak 2019

Perludem Soroti Dua Aspek Masalah Pemilu Serentak 2019

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 237 hits
Peneliti Perludem sekaligus penyusun buku Evaluasi Pemilu Serentak 2019 Heroik Mustaqien Pratama mengatakan bahwa ada tujuh pemetaan masalah yang terjadi pada Pemilu serentak Tujuh pemetaan masalah itu kemudian dibagi menjadi dua aspek masa...
Jangan Lebih Dua Jam Sehari

Jangan Lebih Dua Jam Sehari

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 317 hits
PENGGUNAAN peranti elektronik berlebihan dalam kalangan kanak kanak boleh membantutkan perkembangan mental dan emosi selain berkemungkinan meningkatkan kadar rabun jauh pada usia muda Dalam aspek kesan penggunaan peranti elektronik kepada m...
Suami Atau Isteri Dua Dua Pun Letihnya Sama Saling Menghargai Pasti Bahagia

Suami Atau Isteri Dua Dua Pun Letihnya Sama Saling Menghargai Pasti Bahagia

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 887 hits
Untuk mengekalkan kebahagiaan sesebuah keluarga ia bukan peranan sebuah pihak sahaja Semua orang di dalam keluarga itu harus tahu peranan masing masing Paling utama suami dan isteri haruslah saling menyayangi dan inilah yang menjadikan sese...
Imam Terkejut Isteri Sebenarnya Lelaki Selepas Dua Minggu Bernikah

Imam Terkejut Isteri Sebenarnya Lelaki Selepas Dua Minggu Bernikah

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 415 hits
Seorang imam digantung jawatan selepas didapati bersalah berkahwin dengan lelaki lain tanpa pengetahuan imam iu sendiri Menurut akhbar Uganda Daily Monitor imam dari Masjid Noor Kampisyi di daerah Kayunga Sheikh Mohammed Mutumba dikatakan t...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah