Kelebihan Hari Jumaat Berbanding Hari Lain Dalam Islam Dan Amalan Yang Dituntut Kita Melakukannya


 Assalamualaikum,
            Harapnya hari Jumaat yang penuh indah dan bahagia ini dapatlah saya tumpang barokahnya.Alhamdulillah. Entah ya.Saya tak tahu feel orang lain macam mana bila giliran Hari Jumaat dah sampai. Kalau saya secara personalnya, Jumaat memang hari yang saya tunggu-tunggu.Selain sebab Jumaat tu dah last hari kerja, Jumaat ni ada keistimewaanya yang tersendiri mengikut Al Quran.Banyak hal kita boleh dapat, kejar dan usahakan dengan munculnya hari Jumaat ini.
            Mehlah kita luang masa, tengok sini apa yang istimewanya Hari Jumaat ni.Kotlah selama ini kita buat dek je kan.Rugi tau.Paling saya suka, ada satu waktu, pada hari Jumaat, jika kita berdoa dengan sepenuh hati, Allah akan kabulkan doa kita.Subhanallah :)

soalan in ya.saya dapatkan soalan ini dari sumber website Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Marilah sama-sama kita manfaatkan perkongsian ini
Soalan: Apakah terdapat hadith yang menyatakan bahawa hari Jumaat adalah penghulu kepada segala hari?    
  
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Hari Jumaat merupakan hari yang mulia di sisi umat Islam. Ini kerana, terdapat banyak hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan yang ada padanya. Di antaranya, apa yang boleh kami nyatakan adalah:
 
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:الصَّلَاةُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ، مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِرُ
Maksudnya: “Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya merupakan kaffarah (penghapus dosa) di antara keduanya selagimana tidak melakukan dosa besar.” [Riwayat Muslim (233)]
 
Imam al-Nawawi menyatakan setiap yang disebut di dalam hadith tersebut boleh menghapuskan dosa sekiranya terdapat dosa kecil untuk dihapuskan. Sekiranya tidak terdapat dosa kecil atau besar maka akan dicatat baginya kebaikan dan diangkat darjatnya. Sekiranya terdapat dosa besar dan tidak terdapat dosa kecil, mudah-mudahan perkara tersebut dapat meringankan dosa besar yang dilakukan. [Lihat: al-Minhaj, 3/113]
Berdasarkan soalan di atas, memang terdapat hadith yang menceritakan berkaitan hari Jumaat merupakan penghulu kepada segala hari sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith:
 
Daripada Abi Lubabah bin Abd al-Munzir, bahawa Rasulullah SAW bersabda:إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ سَيِّدُ الْأَيَّامِ، وَأَعْظَمُهَا عِنْدَ اللَّهِ، وَهُوَ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ يَوْمِ الْأَضْحَى وَيَوْمِ الْفِطْرِ، فِيهِ خَمْسُ خِلَالٍ، خَلَقَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ، وَأَهْبَطَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ إِلَى الْأَرْضِ، وَفِيهِ تَوَفَّى اللَّهُ آدَمَ، وَفِيهِ سَاعَةٌ لَا يَسْأَلُ اللَّهَ فِيهَا الْعَبْدُ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ، مَا لَمْ يَسْأَلْ حَرَامًا، وَفِيهِ تَقُومُ السَّاعَةُ، مَا مِنْ مَلَكٍ مُقَرَّبٍ، وَلَا سَمَاءٍ، وَلَا أَرْضٍ، وَلَا رِيَاحٍ، وَلَا جِبَالٍ، وَلَا بَحْرٍ، إِلَّا وَهُنَّ يُشْفِقْنَ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ
Maksudnya: “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu kepada segala hari dan seagung-agung hari di sisi Allah yang mana keagungannya itu di sisi Allah lebih agung berbanding hari raya Aidiladha dan juga Aidilfitri. Ini kerana, pada hari tersebut terdapat lima perkara besar iaitu: Padanya diciptakan, diturunkan ke bumi dan diwafatkan Nabi Adam. Padanya juga terdapat satu masa apabila seseorang itu meminta sesuatu kepada Allah pasti akan diberikan kepadanya selagimana dia tidak meminta sesuatu yang haram. Padanya juga akan berlakunya Kiamat dan pada hari itu juga (hari Jumaat) tidak ada malaikat yang dekat dengan Allah, di langit, bumi, angin, gunung dan laut melainkan takut dengan keagungan hari Jumaat.” [Riwayat Ibn Majah (1084)][Riwayat Ahmad (15548)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah dhaif disebabkan Abdullah bin Muhammad bin Uqail atau Ibn Abi Thalib al-Qurasyi. Ibn Hajar mengatakan beliau seorang buruk hafalannya tetapi riwayatnya boleh dijadikan sokongan. Adapun perawi yang lain adalah thiqah]
 
Tambahan pula, hari Jumaat adalah penghulu segala hari ada diriwayatkan juga oleh Ibn Majah daripada riwayat Abi Lubabah. Selain itu, Ibn Jarir juga ada meriwayatkannya di dalam tafsirnya dan begitu juga Ibn Abi Syaibah daripada riwayat Said bin al-Musayyib secara mursal dengan sanad yang sahih. Di samping itu, al-Thabarani juga meriwayatkannya di dalam al-Awsath daripada riwayat Anas bin Malik dan al-Hakim pula meriwayatkannya daripada riwayat Abu Hurairah RA. Manakala, Imam al-Baihaqi meriwayatkannya di dalam al-Syu’ab daripada ucapan Abdullah bin Mas’ud dengan sanad yang sahih.
Justeru itu, kami cenderung kepada riwayat tersebut adalah dhaif sebagaimana yang telah dinyatakan di atas. Walaupun begitu, terdapat banyak riwayat lain yang meriwayatkan perkara yang sama dan ia boleh menjadi sokongan kepada riwayat di atas. Selain itu juga, riwayat tersebut tidak melibatkan perkara ibadah tetapi ia hanya menunjukkan kebesaran dan keagungan hari Jumaat itu berbanding hari-hari yang lain.
 Penutup
Kesimpulannya, hari Jumaat merupakan hari yang agung disebabkan ia mempunyai banyak kelebihan, keistimewaan dan kemuliaan berbanding hari-hari yang lain. Untuk itu, kita sebagai seorang muslim sama ada lelaki atau wanita perlulah mengambil berat berkaitan perkara ini terutamanya pada hari-hari yang agung seperti hari Jumaat ini agar kita tidak mensia-siakan kebesaran hari tersebut. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang ikhlas dalam beribadah kepada-Nya serta memberi kita kekuatan untuk terus beristiqamah dalam melakukan amal soleh. Amin.
Wallahua’lam
Kita juga digalakkan melakukan beberapa amalan sunat pada hari Jumaat. Jom, kita tengok perkongsian ini.



        Semoga sedikit sebanyak, perkongsian ini memberi manfaat kepada korang.Manalah tahu kan.Dah hidup dekat 20 atau 30 tahun, tak pernah ambik port pun dengan Hari Jumaat ni.Kadang dalam hidup kita, bukan perubahan besar yang kita kena buat atau capai setiap hari.Cukuplah dapat buat lebih baik dari semalam.Allah lebih tahu kemampuan dan keupayaan kita.
             Saya yang menulis ni pula, janganlah sekali-kali korang rasa lebih baik dari korang yang membacanya.Baik buruk seseorang tidak ditentukan oleh apa yang disampaikannya.Jika ia seorang banduan atau penjenayah sekalipun, jika ia sampaikan hal yang baik, harus bagi kita mendengarnya InshaAllah.
orait, jadi ustajah pulak den ni ha.jumpa lagi, InshaAllah :)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikmatahariku.blogspot.com/2022/11/kelebihan-hari-jumaat-berbanding-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Istighfar Bacaan Maksud Serta Kelebihan Istighfar Terutamanya Pada Hari Jumaat

Istighfar Bacaan Maksud Serta Kelebihan Istighfar Terutamanya Pada Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 176 hits
Istighfar lazimnya kita ungkapkan sebagai zikir untuk memohon keampunan kepada Allah SWT Secara automatiknya kita akan melafazkan istighfar selepas kita tersedar melakukan dosa dengan harapan agar Allah ampunkan dosa kita Maksud lain istigh...
Anwar Ph Jauh Dahului Sokongan Pengundi Berbanding Parti Lain

Anwar Ph Jauh Dahului Sokongan Pengundi Berbanding Parti Lain

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 273 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Anwar Ibrahim mendakwa Pakatan Harapan sedang jauh mendahului sokongan pengundi berbanding parti lawan menjelang hari mengundi pilihan raya umum ke 15 Sabtu ini Menurut Utusan Malaysia pengerusi PH itu berkata mak...
Bank Islam Pembayaran Balik Bagi Transaksi Kad Debit Terjejas Akan Dilakukan Hari Bekerja Berikutnya

Bank Islam Pembayaran Balik Bagi Transaksi Kad Debit Terjejas Akan Dilakukan Hari Bekerja Berikutnya

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 117 hits
Kemas kini 6 14 petang 5 11 2022 Bank Islam dalam kemas kini terbaru menyatakan perkhidmatan transaksi Kad Debit telah beroperasi seperti biasa Sebarang pembayaran balik bagi transaksi yang terjejas akan dilakukan sebelum jam 6 petang Ahad ...
Wafariena Memang Cantik Tapi Ramai Lagi Perempuan Lain Pun Cantik Iqbal Zulkefli

Wafariena Memang Cantik Tapi Ramai Lagi Perempuan Lain Pun Cantik Iqbal Zulkefli

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 157 hits
Usahawan Iqbal Zulkefli memberi respons terhadap kenyataan aktres Wafariena Roslan yang mengaku tidak selesa apabila terdapat spekulasi liar selepas foto mereka berdua menjadi bualan ramai Sebelum itu Wafariena yang terkenal dengan watak Nu...
Calon Ph Ni Tak Ada Idea Lain Kah Selain Dari Provoke Khairy

Calon Ph Ni Tak Ada Idea Lain Kah Selain Dari Provoke Khairy

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 116 hits
Wakil Rakyat adalah mereka yang dipilih sebagai wakil menerusi sistem pilihan raya Secara umumnya ada tiga fungsi utama wakil rakyat Pertama sebagai mekanisme penyampai pendapat dan kehendak rakyat Kedua sebagai pembuat atau penggubal undan...
Saya Tidak Tertekan Na Inwoo Kongsi Pandangan Mengenai Pembikinan Filem Ditto Projek Lain

Saya Tidak Tertekan Na Inwoo Kongsi Pandangan Mengenai Pembikinan Filem Ditto Projek Lain

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 134 hits
Korang dah ready nak tengok filem Ditto nanti ARTIKEL BERKAITAN Dalam sesi temu bual baru baru ini pelakon filem tersebut Na In woo berkongsi pandangannya mengenai beberapa projeknya yang akan datang Untuk filem yang akan datang Na In woo b...
Luhut Jangan Merasa Ri Minta Minta Ke Negara Lain

Luhut Jangan Merasa Ri Minta Minta Ke Negara Lain

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 130 hits
Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman Luhut Binsar Pandjaitan mengingatkan kepada generasi muda bahwa Indonesia bukan negara yang ketergantungan dengan negara lain Justru Indonesia sekarang merupakan negara yang memiliki banyak potensi
Nia Ramadhani Buka Suara Usai Dituding Rebut Kursi Penonton Lain Saat Konser Mlrt

Nia Ramadhani Buka Suara Usai Dituding Rebut Kursi Penonton Lain Saat Konser Mlrt

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 147 hits
Tak ingin tudingan terus berlanjut Nia meluruskan kalau sejak awal ia nggak membeli tiket dan diundang secara khusus untuk menonton konser tersebut
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord