Istighfar Bacaan Maksud Serta Kelebihan Istighfar Terutamanya Pada Hari Jumaat


Istighfar lazimnya kita ungkapkan sebagai zikir untuk memohon keampunan kepada Allah SWT. Secara automatiknya kita akan melafazkan istighfar selepas kita tersedar melakukan dosa dengan harapan agar Allah ampunkan dosa kita.

Maksud lain istighfar adalah memohon keampunan dan penghapusan dosa serta berlindung daripada kejahatan. 
Firman Allah SWT :Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. – Surah Ali Imran, ayat 133
Istighfar juga bermaksud, "memohon maghfirah". Bila kita sebut, “Astaghfirullahal ‘azim”, maknanya ialah “Aku memohon maghfirah daripada yang Maha Agung”. Bermakna, setiap kali kita beristighfar, sebenarnya, kita sedang meminta Allah untuk berikan kita ‘maghfirah’

Apakah maksud ‘maghfirah’? Maghfirah (مغفــرة) diambil daripada perkataan ‘mighfar’ yang bermaksud penutup kepala yang digunakan oleh seorang tentera. Senang cakap, maksud ‘mighfar’ ialah perisai kepala

Apa pula kaitannya perisai kepala ni dengan ‘memohon maghfirah’?
Seperti mana yang kita tahu, fungsi perisai ni ada dua. Pertama, untuk menutup kepala kita (ســتر) dan kedua adalah untuk mencegah (الوقايــة) serangan yang akan terkena kepalanya.

Senang cakap, tujuan kita pakai perisai kepala ketika perang adalah supaya wajah kita dilindungi, juga untuk mencegah daripada segala serangan yang bakal datang sama ada pedang, pistol dan sebagainya.

Maka, sebenarnya, apabila kita beristighfar & memohon ‘maghfirah’ daripada Allah, hakikatnya kita sedang memohon 2 perkara daripada Allah. Pertama, kita mohon agar Allah TUTUP AIB kita. Kedua, kita mohon agar Allah cegah dan jauhi kita daripada segala KESAN DOSA yg kita lakukan.

Maksudnya, setiap kali kita sebut, “Astaghfirullahal ‘azim”, kita sebenarnya, kita sedang minta, “Aku memohon kepadaMu, ya Allah agar aibku ditutup dan dilindungi daripada segala kesan dosa yang aku lakukan...” Itulah maksud sebenar istighfar
Namun, kelebihan istighfar itu ada banyak keutamaan lain jika diamalkan. Ketika kita pernah melalui hari yang sukar seperti ahli keluarga sakit, kenderaan rosak, dibebani hutang, kesempitan duit dan sebagainya. Sudah pasti emosi akan terganggu

Penyelesaiannya adalah dengan beristighfar dapat menyejukkan hati. Ujian yang Allah datangkan kepada kita untuk menjadi seorang yang lebih kuat. 
Adakah kita menjadi seorang suka mengeluh bila ditimpa masalah atau berusaha mencari jalan penyelesaian?

Allah dah susun cantik bahagian rezeki masing-masing, akan tetapi ia tetap memerlukan kita untuk lebih berusaha dan bersungguh-sungguh mencapai apa yang dihajatkan termasuk melakukan amalan yang boleh membuka pintu rezeki

Sebagai hamba kepada Sang Pencipta, hidup seolah olah tidak lengkap seandainya kita tidak beristighfar kepada-NYA

Ya, itulah sepatutnya yang dilakukan oleh seorang hamba. Tiada perkara yang lebih baik untuk dilakukan selain beristighfar memohon keampunan-NYA daripada dosa-dosa yang telah dilakukan

Syarat-syarat Istighfar1. Niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah
Ketahuilah bahawa ALLAH SWT tidak akan menerima amal perbuatan seseorang manusia itu kecuali jika ia dilakukan ikhlas dan semata-mata untuk-NYA

2. Hati dan lidah serentak beristighfar
Kedua-dua hati dan lidah perlu bergerak seiring, barulah mencapai matlamat yang sama. Bayangkan jika hanya lidah sahaja yang beristighfar, sementelah hati pula berbolak-balik ingin kembali melakukan maksiat, memang kita tidak akan ke mana-mana. Malah, perbuatan itu seolah-olah memperlihatkan kita sedang mempersendakan ALLAH SWT

3. Jaga adab beristighfarPertama sekali, sebelum memohon keampunan kepada ALLAH, pastikan diri dalam keadaan suci dan sempurna. Ia merupakan perkara paling penting terutama dalam setiap ibadah yang hendak dikerjakan. Seperkara lagi, antara adab berkenaan adalah pilihlah waktu yang utama iaitu sebelum menjelangnya subuh. Itu adalah waktu afdal untuk kita beristighfar. 
Bagaimana pula dengan kelebihan beristighfar pada hari Jumaat

Kelebihan Istighfar Pada Hari JumaatKelebihan Istighfar menurut Mufti Wilayah
Soalan : Apakah terdapat hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan istighfar pada hari Jumaat?

Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Di dalam kehidupan kita, kita perlulah banyak beristighfar kepada Allah SWT iaitu memohon ampun kepada-Nya di atas segala dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan. Ini kerana, Nabi SAW yang diketahui bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang tidak pernah meninggalkan istighfar ini. 
Hadis kelebihan istighfarDi dalam sebuah hadith, diceritakan bahawa Nabi SAW beristighfar lebih daripada 70 kali sehari sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam al-Bukhari:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Maksudnya :
Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali. – Riwayat al-Bukhari (6307)

Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang biasa dijadikan dalil dalam menceritakan berkaitan kelebihan istighfar pada hari Jumaat iaitu:

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قال صَبيحَةَ يَوْمِ الجُمُعَةِ قَبْلَ صَلاةَ الغَدَاةِ: أسْتَغْفِرُ اللهَ الذِي لا إلهَ إلَّا هُوَ الحَيَ القَيومَ وأتُوبُ إلَيْهِ ثلَاثَ مَرَات، غَفَرَ اللهُ تعالى ذُنوبَهُ ولو كانتْ مِثْلَ زَبَدِ البَحْرِ

Maksudnya : Barangsiapa yang beristighfar pada pagi hari Jumaat sebelum menunaikan solat pagi. Dengan mengatakan “Aku memohon ampun kepada Allah, Tiada Tuhan melainkan-Nya, yang Maha Hidup, Maha Kekal Mentadbir dan aku bertaubat kepada-Nya sebanyak tiga kali. Maka Allah Taala akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” – Riwayat Ibn al-Sunni (83)

Antara ulama yang menilai status hadith ini ialah Imam al-Hafiz Ibn Hajar. Beliau mengatakan bahawa hadith ini adalah gharib dan sanadnya terlalu dhaif. Selain itu, Imam al-Nawawi ada menukilkan hadith ini di dalam kitabnya al-Azkar dengan sighah tamridh yang menunjukkan bahawa hadith tersebut adalah dhaif

Di samping itu juga, Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini dhaif. Walaupun hadith tersebut dinilai dhaif, tetapi terdapat banyak dalil yang bersifat umum menuntut untuk kita memperbanyakkan istighfar dalam setiap masa dan keadaan. Adapun berkaitan makna seperti buih-buih lautan adalah kinayah banyaknya dosa dan dosa-dosa yang diampunkan ini adalah dosa-dosa kecil yang berkaitan dengan hak-hak Allah SWT. [Lihat : al-Futuhat al-Rabbaniyyah, 143/2]

Imam al-Nawawi menyatakan disunatkan kepada kita untuk memperbanyakkan berzikir dan berselawat kepada Nabi SAW pada hari Jumaat berbanding hari-hari yang lain. Selain itu, kita juga disunatkan untuk memperbanyakkan berdoa pada hari tersebut bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. –  al-Azkar, 85

Tambahan pula, istighfar mempunyai banyak kelebihan sebagaimana yang riwayatkan oleh Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”. – Riwayat Abu Daud (1518) [Menurut Syeikh Syu’aib al-Arna’outh : Sanadnya dhaif kerana salah seorang perawi bernama al-Hakam bin Mus’ab padanya jahalah (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Zahabi]

Kesimpulan
Istighfar sangat penting kerana padanya terdapat banyak kelebihan. Selain itu juga, kita sebagai seorang manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan perlulah melazimi istighfar di dalam kehidupan seharian kita

Berhentilah berdolak-dalih dengan pelbagai alasan untuk kembali kepada Tuhan sedangkan istighfar boleh dilakukan di mana sahaja dengan lafaz yang paling mudah. Lazimi istighfar ketika senang, mudahan istighfar menjadi asbab bantuan ketika susah

Banyak kemanisan, ganjaran dan kelebihan istighfar. Maka rugilah jika kita tidak mengejar segala kebaikan ini untuk pelaburan dunia dan keuntungan akhirat

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa melazimi istighfar serta menggolongkan kita dalam kalangan penghuni syurga. Aaamiin...

Wallahua’lam..

Bacaan istighfar serta maksudnya1. Istighfar pendek
Bacaan istighfar pendek ini dibaca oleh Nabi Muhammad SAW sebanyak tiga kali setelah solat. Bacaannya istighfar pendek :استغفرالله
"Astaghfirullah"
Maksudnya : Aku memohon ampun kepada Allah

Ada juga yang belakangnya ditambah beberapa kata:اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ"Astaghfirullahal ‘adzhiim"
Maksudnya : Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung.
2. Istighfar Nabi Muhammad SAW sebelum wafat ‏سبحان الله وبحمده، أستغفر الله، وأتوب إليه"Subhanallahi wabihamdih, astaghfirullaha wa atuubu ilaih"Maksudnya: Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya 
3. Istighfar penghapus dosa أستغفر الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه“Astaghfirullah, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyumu wa atuubu ilaih” Maksudnya: Aku memohon ampun kepada Allah, Dzat yang tidak ada sesembahan kecuali Dia. Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri. Dan aku Bertaubat kepada-Nya. 
4. Istighfar meminta ampun dan taubatرَبِّ اغْفِرْ لِى وَتُبْ عَلَىَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
“Rabbighfirli wa tub ‘alaiya, innaka antat tawwabur rahiim” Maksudnya : Ya Tuhan ampunilah dan sayangilah aku dan terimalah taubatku , sesungguhnya Engkau Maha penerima Taubat dan Maha Penyayang (HR Abu Daud)
5. Istighfar sebelum salam dalam solat
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظَلَمْتُ كَثِيْرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
“Allahumma inni dhalamtu nafsi dhulman katsira, wala yaghfirudz dzunub illa anta, faghfirluu maghfiratan min indik, warhamnii innaka antal ghafurur rahiim” 
Maksudnya :Ya Allah, sungguh aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, sedangkan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka itu ampunilah aku dengan suatu pengampunan dari sisiMu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


 6. Istighfar Nabi Adam رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ“Robbana dholamna anfusana, wa illam taghfir lana wa tarhamna lanakuunanna minal khasirin” 
Maksudnya : Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang rugi
 7. Doa sayyidul istighfar اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، اغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ“Allahumma anta Rabbi, la ilaha illa anta, Khalaqtani wa ana abduka, wa ana ‘ala ahdika wa wa’dika, mas tatha’tu, audzu bika min syarri ma shana’tu, abu’u laka bi ni’matika wa abu’u laka bi dzanbi. Faghfir li, fainnahu la yaghfirudz dzunuba illa anta” 
Maksudnya : Ya Allah Engkau Tuhanku, tidak ada tuhan selain Engkau , Engkaulah yang menjadikan aku , dan aku adalah hamba-Mu, aku akan selalu menepati janji-Mu sekemampuan-Ku, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang aku perbuat. Aku kembali kepada-Mu dengan nikmat yang telah Engkau berikan. Aku kembali kepada-Mu dengan dosa, maka mapunilah aku, sesungguhnya tidak ada yang bisa mengampuni dosa kecuali Engkau

Sumber :1. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3506-irsyad-al-hadith-siri-ke-385-kelebihan-istighfar-pada-pagi-hari-jumaat
2. https://www.facebook.com/jainjohor/posts/kelebihan-istighfarkita-semua-pasti-pernah-mengalami-hari-yang-sukar-kereta-rosa/3043768665952563/3. https://twitter.com/adninroslan/status/1228308495126020096

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/11/istighfar-bacaan-maksud-serta-kelebihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelebihan Hari Jumaat Berbanding Hari Lain Dalam Islam Dan Amalan Yang Dituntut Kita Melakukannya

Kelebihan Hari Jumaat Berbanding Hari Lain Dalam Islam Dan Amalan Yang Dituntut Kita Melakukannya

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 274 hits
Assalamualaikum Harapnya hari Jumaat yang penuh indah dan bahagia ini dapatlah saya tumpang barokahnya Alhamdulillah Entah ya Saya tak tahu feel orang lain macam mana bila giliran Hari Jumaat dah sampai Kalau saya secara personalnya Jumaat ...
Penasaran Dengan Jasa Ketok Magic Ini Kelebihan Serta Kekurangannya

Penasaran Dengan Jasa Ketok Magic Ini Kelebihan Serta Kekurangannya

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 175 hits
Silahkan lanjut baca artikel di Setiap pemilik kendaraan tentu tidak ingin melihat ada goresan retak atau bahkan penyok pada body Artikel pertama kali dipublikasikan di
Kelebihan Bacaan Hasbunallah Wanikmal Wakil

Kelebihan Bacaan Hasbunallah Wanikmal Wakil

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 304 hits
Bacaan zikir Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir adalah bacaan zikir pendek tetapi memiliki makna yang mendalam Ketika hati sedang gundah gulana dan dalam kegelisahan bacalah bacalah Hasbunallah Wanikmal Wakil dengan isti...
Hari Halloween Maksud Sejarah Dan Hukum Menyambut Halloween

Hari Halloween Maksud Sejarah Dan Hukum Menyambut Halloween

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 152 hits
Tarikh Halloween 2022 pada 31 Oktober mula diraikan oleh mereka yang bukan Islam sejak dari malam tadi Perayaan Hari Halloween bukan budaya orang Islam dan orang Islam tidak menyambut Hari Halloween Jangan kita terikut ikut dengan budaya ba...
Bekal Hari Ini

Bekal Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 135 hits
Assalamualaikum Quick update burpppp alhamdulillah kenyang dah SA sambil makan sambil tengok Netflix hehehe hari ni malas nak keluar dah 2 hari SA bawak bekal harap2 consistent la bawak bekal ni jangan sekejap je eh tapi next week ada BOD M...
Dsai Di Kelantan Hari Ini

Dsai Di Kelantan Hari Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 233 hits
RAKYAT KELANTAN MENANTI BAKAL PM 10 Stadium Kota Bharu pernah dibanjiri apabila Anwar Ibrahim sepentas dengan Almarhum Tok Guru Nik Aziz Tok guru sering mendoakan Anwar Ibrahim menjadi PM Almarhum juga pernah mendoakan kecelakaan buat peras...
Eur Usd Setiap Hari Adalah Ujian Euro Berpotensi Untuk Jatuh Ke Dalam Keputusasaan Sekali Lagi Jika Powell Mencetuskan

Eur Usd Setiap Hari Adalah Ujian Euro Berpotensi Untuk Jatuh Ke Dalam Keputusasaan Sekali Lagi Jika Powell Mencetuskan

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 141 hits
Pada hari Isnin pasangan mata wang utama kehilangan 80 mata berakhir di sekitar 0 9885 dan menjejaki kemerosotan sentimen pasaran pada awal minggu baharu Indikator utama Wall Street mengakhiri sesi hari Isnin dalam warna merah Khususnya S P...
Penelitian Terbaru Ikan Paus Telan 10 Juta Mikroplastik Tiap Hari

Penelitian Terbaru Ikan Paus Telan 10 Juta Mikroplastik Tiap Hari

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 236 hits
Tim peneliti kemudian memperkirakan ukuran dan besarnya jumlah suapan yang dilakukan paus setiap hari Berdasarkan tiga model skenario yang dihasilkan tim peneliti menemukan ikan paus biru setiap harinya memakan 10 juta mikroplastik
Dulu Hari Hari Abah Call Rindu Tiada Penghujung Luahan Lelaki Ini Und4ng Seb4k

Dulu Hari Hari Abah Call Rindu Tiada Penghujung Luahan Lelaki Ini Und4ng Seb4k

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 200 hits
Jika kasih sayang ibu hingga ke syurga kasih sayang ayah pula setiap masa Bagi yang masih mempunyai ibu ayah harus sentiasa menghargai sementara mereka masih ada di dunia Apabila di jemput Ilahi tiada lagi peluk nasihat dan kata kata prihat...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Tattoos Portland Maine


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1