Kelebihan Derma Darah Panduan Dan Manfaat Khas Untuk Penderma


Rakyat Malaysia yang sihat tubuh badan terutamanya golongan belia digalakkan untuk menderma darah kerana ia sentiasa diperlukan oleh pesakit dan permintaan bagi bekalan darah tidak pernah berkurangan.
Secara anggaran, 1 beg darah diperlukan bagi setiap 43 saat di Malaysia bagi menampung keperluan pesakit.
Kelebihan Derma Darah Selain dapat membantu pesakit yang memerlukan, terdapat pelbagai kelebihan derma darah yang dapat diperoleh antaranya :
Dapat menyelamatkan sehingga tiga nyawa pesakit Penderma dapat mengetahui kumpulan darah, bacaan tekanan darah dan tahap hemoglobin Baik untuk kesihatan dan dapat memelihara kesihatan jantung Membakar lebih kurang 600 kalori bagi setiap satu beg darah Penderma akan berasa sihat dan segar Dapat meningkatkan tahap kepuasan diri apabila membantu pesakit yang lebih memerlukan. Manfaat Khas Untuk Penderma Darah Untuk penderma darah, sebuah rekod akan direka bagi melayakkan mereka mendapat beberapa keistimewaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Berikut adalah kelebihan rawatan kesihatan yang layak diterima oleh individu yang giat menderma darah :
1 kali : Percuma rawatan pesakit luar & rawatan perubatan (tidak termasuk x-ray & pembedahan) dan wad kelas 2 untuk tempoh 4 bulan* 2 kali : Percuma suntikan pencegah Hepatitis B dalam tempoh 12 bulan* 2-5 kali : Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 4 bulan* 6-10 kali : Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun* & rawatan perubatan kelas 2 untuk tempoh 6 bulan* 11-15 kali : Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun*, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 1 tahun* 16-20 kali : Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 2 tahun* 21-30 kali : Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 3 tahun* 31-40 kali : Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 4 tahun* 41-50 kali : Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 6 tahun* Lebih 50 kali (bagi penderma “Whole Blood”) lebih 150 kali (bagi penderma aferesis) Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan, wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun* & wad kelas 2 seumur hidup selepas 10 tahun* di wad kelas 1. *Dari tarikh pertama menderma
Sumber: BERNAMA Panduan Derma Darah Bagi yang pertama kali atau sudah lama tidak menderma darah, di sini kami kongsikan beberapa panduan sebagai persediaan.
Sebelum Menderma Darah
Ketahui lokasi menderma darah dan kriteria menderma darah dengan melayari www.pdn.gov.my. Minum air kosong secukupnya. Dapatkan tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 5 jam. Pada Hari Menderma Darah
Pastikan anda sihat dan tiada simptom seperti demam, batuk, atau kesukaran bernafas. Cuci tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan. Makan sebelum menderma darah dan minum air kosong secukupnya. Jangan lupa bawa kad pengenalan, lesen memandu atau pasport untuk pendaftaran. Lakukan senaman regangan otot semasa menderma darah. Selepas Menderma Darah
Makan makanan ringan dan minuman yang disediakan Minum lebih banyak air Elakkan minuman beralkohol dalam tempoh 24 jam. Kurangkan pendedahan berterusan kepada cahaya matahari buat sementara waktu bagi mencegah dehidrasi. Tidak digalakkan untuk mengangkat atau melakukan senaman berat untuk tempoh 6-8 jam bagi mengelakkan bengkak di kawasan pendermaan darah. Hentikan aktiviti sekiranya pening atau pitam. Dapatkan rehat secukupnya sehingga pulih. Rehat di atas katil selama 10 minit. Kad Derma Darah Digital Di MySejahtera Berita baik buat individu yang gemar menderma darah. Sejak tahun 2022, aplikasi MySejahtera telah menambah satu lagi fungsi menarik yang sangat memudahkan para penderma darah iaitu kad derma darah digital.
Jika sebelum ini seseorang penderma darah perlu membawa sebuah buku merah yang merekodkan tarikh dan kekerapan anda menderma darah, dengan fungsi terbaru MySejahtera ini segala info dari kad derma darah akan dipaparkan dalam aplikasi ini.
Walau bagaimanapun, buat masa ini sistem ini hanya boleh merekodkan aktiviti derma darah di pusat pendermaan yang menggunakan sistem Blood Bank Information System (BBISV2) sahaja.
Setakat ini, sistem tersebut hanya digunakan di 22 pusat kutipan darah sahaja iaitu :
Pusat Darah Negara Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak. Hospital Taiping, Perak. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Hospital Pulau Pinang. Hospital Miri, Sarawak Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Hospital Seri Manjung, Perak. Hospital Umum Sarawak. Hospital Sibu, Sarawak. Hospital Tawau, Sabah. Hospital Queen Elizabeth II, Sabah. Hospital Sandakan, Sabah. Hospital Melaka. Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Negeri Sembilan. Sumber : https://mail.pdn.gov.my/ Dengan erti kata lain, bilangan pendermaan darah yang dipaparkan adalah merujuk kepada data yang diperolehi daripada BBISV2 sahaja.
Data pendermaan darah yang tidak direkodkan dalam BBISV2 buat masa kini tidak termasuk sebagai bilangan pendermaan.
Dengan pelbagai kelebihan derma darah serta keistimewaan yang bakal diterima oleh penderma, anda juga berpeluang untuk membantu lebih ramai pesakit dan mendapat pelbagai manfaat.
Oleh itu, ayuh kita bersama-sama menderma darah.
Lokasi Kempen Menderma Darah Terkini Untuk mengetahui di manakah lokasi Kempen Menderma Darah di sekitar anda, sila rujuk maklumat melalui Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia.
Orang ramai turut dialu-alukan untuk tampil untuk menderma darah di Pusat Darah Negara, Unit Bergerak atau Pusat Pendermaan Darah di Hospital KKM berdekatan.
Anda juga boleh hubungi Pusat Darah Negara menerusi butiran berikut :
Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur 03 26132688, Faks : 03 2698 0362  [email protected] www.pdn.gov.my Lokasi di Google Map

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kelebihan-derma-darah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kelebihan-derma-darah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Derma Darah Koleksi Poster Kempen Derma Darah

Derma Darah Koleksi Poster Kempen Derma Darah

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 128 hits
Untuk menarik orang ramai menderma darah salah satu cara yang dilakukan adalah dengan mengeluarkan poster kempen derma darah Untuk makluman sasaran Kementerian Kesihatan Malaysia adalah untuk menjadikan sekurang kurangnya 5 rakyat Malaysia ...
Nota Serah Tugas Contoh Nota Kandungan Nota Panduan Tips

Nota Serah Tugas Contoh Nota Kandungan Nota Panduan Tips

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 168 hits
Nota serah tugas merupakan dokumen penting dalam urusan pentadbiran khususnya bagi kakitangan yang akan bertukar penempatan atau jawatan Ia bertujuan memastikan kelangsungan kerja tidak terganggu dan memudahkan individu yang mengambil alih ...
Maksud Akil Baligh Umur Tanda Perubahan Panduan Ibu Bapa

Maksud Akil Baligh Umur Tanda Perubahan Panduan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 239 hits
Maksud akil baligh adalah salah satu fasa penting dalam kehidupan setiap individu yang menandakan peralihan daripada zaman kanak kanak kepada alam dewasa Ia merupakan proses semula jadi yang berlaku apabila tubuh mula mengalami perubahan fi...
Mengenal Al Qur An Panduan Untuk Pemula

Mengenal Al Qur An Panduan Untuk Pemula

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 175 hits
Mengenal Al Qur an Panduan Untuk PemulaAl Qur an adalah kitab suci umat Islam yang menjadi petunjuk hidup bagi seluruh umat manusia Ia diturunkan oleh Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW sebagai wahyu yang sempurna dan lengkap untuk diikuti...
Panduan Cara Buat Online Banking Bsn

Panduan Cara Buat Online Banking Bsn

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 300 hits
Panduan Cara Buat Online Banking BSN Jom ketahui cara buat online banking BSN Dalam era digital perkhidmatan perbankan semakin mudah diakses melalui platform dalam talian Seperti bank lain di Malaysia Bank Simpanan Nasional turut menyediaka...
Cara Beli Rumah Lelong Panduan Tips Untuk Pembeli Pertama

Cara Beli Rumah Lelong Panduan Tips Untuk Pembeli Pertama

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 155 hits
Membeli rumah lelong adalah salah satu cara yang popular untuk mendapatkan hartanah pada harga yang lebih rendah daripada pasaran namun tidak ramai yang tahu cara beli rumah lelong Membeli rumah lelong boleh menjadi pelaburan yang menguntun...
Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 199 hits
Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan okay Lebih kurang sebulan lagi kita akan bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan dan rahmat bulan Ramadhan 2025 insyaAllah Bulan yang dinanti nantikan oleh umat Islam ini merupakan kesempatan untuk mempe...
Cara Beli Saham Di Bursa Malaysia Panduan Asas Tips

Cara Beli Saham Di Bursa Malaysia Panduan Asas Tips

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 201 hits
Bursa Malaysia merupakan platform utama untuk membeli dan menjual saham di Malaysia namun tidak ramai yang tahu cara asas beli saham di Bursa Malaysia Bursa Malaysia adalah pasaran saham yang diiktiraf di negara ini di mana pelbagai syarika...
Nak Buat Ujian Kehamilan Di Rumah Jangan Salah Langkah Ikut Panduan Ni

Nak Buat Ujian Kehamilan Di Rumah Jangan Salah Langkah Ikut Panduan Ni

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 160 hits
Bila agaknya masa yang sesuai untuk anda menggunakan ujian kehamilan di rumah Ini panduan untuk bakal ibu bagi memeriksa kehamilan anda Sebelum itu jom ikuti dahulu mengapa ujian ini perlu dan bagaimana cara melakukannya Apa itu ujian keham...
Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Bukti Kalimah Islam Dan Tarbiah Dilaung Pas Hanya Sembang Kosong Sahaja

Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Abaikan Jika Tak Minat

Landscape House By Maud Caubet A Contemporary Retreat Amid Forest And Ocean

Klang River Water Level Exceeds Danger Level

Raising Accountants How Professional Socialisation Can Empower Them

Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan