Sepetang Bersama Chef Emmanuel Stroobant Menggunakan California Raisins Dalam Resipi Sajian Yang Hebat


Kismis bukan sahaja lazat dan membuka selera, tetapi juga kaya dengan khasiat pemakanan yang menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam sajian masakan memandangkan isu-isu kesihatan yang semakin meningkat disebabkan diet yang tidak sihat. Oh ya kismis ini bukan hanya untuk dimakan macam itu sahaja tau malah kita boleh memasak menggunakan kismis ini dalam juadah harian kita


Kemarin mama telah dijemput oleh Raisins Administrative Committee (RAC) untuk sambutan tahun baru dengan sentuhan manisan yang berasaskan resipi yang dicipta khas dengan menggunakan Kismis California di majlis Sepetang Bersama Chef Emmanuel Stroobant di Sampling On the Fourteen Restaurant yang terletak di Berjaya University College Kuala Lumpur. 
Sampai sahaja di sini kami diberikan welcome drink daripada kismis iaitu California Raisins Sparkling yang sedap dan menghilangkan dahaga kami. Air ini sangat simple dengan menggunakan kismis hancur dan ditambah air soda bersama air sprite. Korang wajib cuba air yang sangat mudah lagi sedap. 

Bukan itu sahaja, kami mencuba pelbagai roti yang dihasilkan bersama kismis yang cukup berkhasiat. Memandangkan mama pengemar roti jadi mama dapat rasa semua pelbagai jenis roti yang terdapat di sana. Diluar roti yang keras tapi dalam roti sangat lembut. 
Antara pelbagai kelebihan Kismis California ini termasuklah :-Semula jadi sepenuhnyaManis secara semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahanTidak mengandungi lemak dan kolestrol dan rendah natrium (garam) secara semula jadiSumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf)Sumber serat Sumber nutrienDiketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi.


Pada petang tersebut, kami juga dapat melihat lebih dekat dimana Chef selebriti bertaraf 2 bintang Michelin, iaitu Chef Emmanuel Stroobant bersama chef jemputan Chef Erich Anton Ross telah mencipta 4 resipi menggunakan kismis California ini dalam resipi sajian mereka dimana meraikan 40 Blogger Malaysia bagi menikmati juadah tersebut. 

Menurut Pengarah Promosi Perdagangan RAC Malaysia, Encik Richard Lieu berkata, "bagi kebanyakkan pengguna, terutama kanak-kanak sangat sesuai makan Kismis California ini dan menjadikan makanan snek yang sihat berbanding makanan snek yang lain kerana Kismis California ini  manis secara semulajadi dan tidak mengandung sebarang gula tambahan. Kismis California juga merupakan bahan serba guna yang boleh dijadikan pelbagai sajian masakan yang sihat iaitu sajian pembuka selera dan sajian utama mahupun manisan dan minuman kerana pengguna zaman sekarang lebih mementingkan kesihatan serta gemar mencuba sesuatu yang baru." 

Selain itu, kismis ini sesuai untuk dimakan dimana sahaja kerana kismis ini sangat sihat dan lazat. Tambah satu peket kismis California boleh dimasukkan ke dalam bag tangan atau bag bimbit. Ia juga mudah diselitkan dalam bekas makanan tengahari, bag gym dan laci meja tulis kita. Kismis California juga boleh dibeli dengan mudah, tidak mudah rosak dan senang dibawa kerana kismis ini didatangkan khas dalam kotak. Jadi kismis ini tidak perlu dibasuh, dikupas atau dicincang malah membolehkan seseorang dapat mencipta sajian dengan mudah

Seorang pakar diet klinikal iaitu Cik Tan Yen Sing turut hadir bagi menerangkan khasiat kebaikkan dan kelebihan Kismis California ini kepada kami semua. Menurut beliau, hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran iaitu melebihi 5 sajian sehari dapat mengurangkan 17% penyakit jantung koronari


Kata Cik Tan lagi, "pemakanan yang baik sememangnya cara terbaik untuk mencegah penyakit dan menjaga kesihatan. Kismis mempunyai antioksidan polifenol tinggi mengandungi kira-kira 3037 unit ORAC (Oxygen Radikal Absorbance Capacity - satu kaedah mengukur antioksidan dalam mananan) dalam kira-kira 2/3 cawan. Selain itu, bahan keperluan ini penting untuk perlindungan daripada tekanan oksidatif yang berkaitan peningkatan usia dan penyakit"
Walau kismis ini kecil tapi ia mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan kita. Kismis ini juga mengandungi 35% fruktosa dan 35% glukosa yang merupakan gula buah-buahan semulajadi serta sumber tenaga yang tidak mengandungi lemak dan juga kolesktrol. Jadi kismis ini snek yang sihat dan boleh menggantikan gula dalam banyak resipi masakan dan roti serta kek. 

Resipi sajian gourmet yang disediakan oleh dua chef tersohor ialah :-
Chef Emmanuel Stroobant (3 Resipi)

1) California Raisins, Crab & Cauliflower
2) California Raisins Pasta With Fennel & Prawns3) California Raisins With Beef Shorts Ribs & Winter Fruits

Chef Erich Anton Roos (Dessert)
4) Symphony Of California Raisins consisting of :California Raisins muffin with creamCalifornia Raisins cinnamon ice creamApple puff
Chef yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Chef Emmanuel Stroobant kerana beliau chef selebriti Belgium bertaraf 2 bintang Machelin ini telah melibatkan diri dalam dunia masakan sejak mula bekerja sebagai pembantu dapur pada usia semuda 16 tahun dan meniti kerjaya dalam dunia kulinari selama satu dekad. Paling menonjol ialah kemunculannya sebagai chef pengacara saluran AFC selama bertahun-tahun dan beliau membuka restoran pertamanya di Singapura yang dinamakan Saint Pierre. 
Kami telah mencuba keempat-empat hidangan dari 2 chef tersebut dan ternyata ianya sangat sedap malah memang sangat unik dimana buah kismis ini dijadikan pemanis semulajadi dalam hidangan ini cukup sempurna. Dan mama sendiri tidak menyangka gabungan kismis dalam masakan beliau telah membuka mata mama untuk mencuba dan mencipta sendiri resipi ini untuk keluarga tersayang. 
Hidangan pertama : California Raisins, Crab & Cauliflower
Hidangan Kedua : California Raisins Pasta With Fennel & Prawns
Hidangan ketiga : California Raisins With Beef Shorts Ribs & Winter Fruits
Kemudian Chef Erich Anton Roos menunjukkan bakat beliau untuk memasak pemanis mulut pula. Chef Erich merupakan warga Switzerland yang telah mengumpul pengalaman serta berkecimpung selama 40 tahun dalam dunia kulinari antarabangsa, meliputi banyak negara Barat dan Asia. Buat masa ini Chef berada di Bangkok dan memainkan peranan dan lebih tertumpu kepada perundingan dan perancangan strategik untuk keperluan latihan di dapur dalam rangkaian hotel antarabangsa


Walau Chef Erich hanya masak pemanis mulut sahaja tapi rasa pemanis mulut ini sangat sempurna apabila 3 sajian digabungkan sekali dalam satu mulut. Bayangkan muffin dengan cream dimakan bersama cinnamon ice cream yang lembut dan sejuk serta apple puff yang cukup sedap digabungkan yang cukup sempurna malah menjadi pelengkap menikmati juadah yang sedap semalam. 
Hidangan keempat : Symphony Of California Raisins consisting of California Raisins muffins with cream, California Raisins cinnamon ice cream & Apple Puff

Jadi kita sebagai manusia dewasa haruslah menjaga kesihatan kita dengan mengambil 1 1/2 hingga 2 cawan buah-buahan sehari yang telah disyorkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA). Buah-buahan sedia untuk dimakan dan mudah dibawa ke mana-mana seperti Kismis California sangat sesuai untuk mengisi kuota ini. Malah, pengguna hanya memerlukan 1/2 cawan kismis untuk keperluan harian berbanding 1 cawan penuh buah-buahan segar. Nampak tak betapa pentingnya kismis ini dalam tubuh badan kita


Terima kasih California Raisins kerana menjemput mama untuk menikmati 4 hidangan juadah yang cukup hebat dan sihat dengan menggunakan kismis yang berkhasiat. Mama akan cuba gantikan kismis dalam hidangan harian keluarga mama kerana kismis California ini tidak mengandungi lemak dan kolestrol malah ia rendah garam semulajadi. 
Untuk maklumat dan resipi Kismis California ini, sila layari www.calraisins.org dan www.caraisins.com atau ikuti di Facebook @RACAsean

Love,


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mamajue.com/2020/01/sepetang-bersama-chef-emmanuel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
California Raisins Menjadi Pilihan Chef Bertaraf Dunia Sajian Lazat Menggunakan Kismis

California Raisins Menjadi Pilihan Chef Bertaraf Dunia Sajian Lazat Menggunakan Kismis

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 563 hits
California Raisins menjadi pilihan chef bertaraf dunia Sajian lazat dan menggunakan kismis Baru baru ini saya berpeluang untuk menghadirkan diri ke majlis Sampling On the Fourteen Restaurant yang berlangsung di Berjaya University College un...
Kismis California Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia

Kismis California Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 334 hits
Hi Korang Apakah itu kismis Kismis merupakan anggur yang di keringkan secara semulajadi oleh matahari samada dibiarkan di pokok ataupun pada dulang kertas setelah di petik Kismis tanpa biji semulajadi termasuklah Thompson seedless dan kulti...
Samsung Memperlihatkan Projek Selfietype Menaip Menggunakan Papan Kekunci Maya Yang Dipancar Melalui Kamera Swafoto

Samsung Memperlihatkan Projek Selfietype Menaip Menggunakan Papan Kekunci Maya Yang Dipancar Melalui Kamera Swafoto

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 333 hits
https ift tt 2tiMgbP Samsung sering memperlihatkan sejumlah projek projek menarik pada pelbagai acara memfokuskan teknologi terutamanya daripada program C Lab Terbaru dengan acara CES 2020 yang menjelang tiba kini Samsung telah mengumumkan ...
Mengambil Satu Setengah Cawan Kismis California Setiap Hari Sudah Cukup

Mengambil Satu Setengah Cawan Kismis California Setiap Hari Sudah Cukup

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 456 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Maha nak kongsi dengan korang satu fakta menarik Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengesyorkan satu orang dewasa hanya perlu mengambil 1 hingga 2...
Iphone Iphone 2020 Akan Menggunakan Panel Oled Dari Boe

Iphone Iphone 2020 Akan Menggunakan Panel Oled Dari Boe

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 301 hits
https ift tt 36dbYxg Pada bulan Ogos lepas telah kami laporkan yang Terkini terdapat laporan yang melaporkan iPhone iPhone pada tahun 2020 akan mula menggunakan panel OLED dari BOE Menurut Samsung akan masih kekal menjadi pembekal panel skr...
Bridge House La By Dan Brunn Architecture In Los Angeles California

Bridge House La By Dan Brunn Architecture In Los Angeles California

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 261 hits
Project Bridge House LA Architects Dan Brunn Architecture Location Los Angeles California USA Area 4 500 sf Photographs by Brandon Shigeta Bridge House LA by Dan Brunn Architecture Architect Dan Brunn has decided to use a long slender layou...
Resipi Cuppiza Sarapan Anak Super Pantas Boleh Jimat Masa Mama Guna Lebihan Roti Je

Resipi Cuppiza Sarapan Anak Super Pantas Boleh Jimat Masa Mama Guna Lebihan Roti Je

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 1039 hits
Tidak kira ketika hari bersekolah atau dihujung minggu menyediakan sarapan yang super pantas pastinya menjadi kegemaran mana mana ibu Maklumlah cara menyediakannya menjimatkan masa malah langkahnya juga mudah Pun begitu jangan hanya yang mu...
China Kini Hampir Sedia Menggunakan Sistem Gps Tersendiri Supaya Tidak Bergantung Kepada Teknologi Barat

China Kini Hampir Sedia Menggunakan Sistem Gps Tersendiri Supaya Tidak Bergantung Kepada Teknologi Barat

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 238 hits
Tahun 2019 ialah tahun dimana Amerika Syarikat dan China memulakan perang perdagangan Tarif yang tinggi mula dikenakan ke atas produk dari China oleh A S bagi membalas tarif yang dikenakan oleh China ke atas mereka Pada waktu yang sama A S ...
Unik Kereta Yang Menggunakan Enjin Kereta Kebal

Unik Kereta Yang Menggunakan Enjin Kereta Kebal

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 464 hits
Blastolene Special ialah sebuah kereta ubahsuai yang dibina oleh Randy Grubb pada tahun 2001 dan dianggap sangat unik kerana menggunakan sebuah enjin kereta kebal M47 Patton yang menghasilkan 810 kuasa kuda Kereta seberat 4300 kg ini menggu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba