Kelantan Gold Trade Perkenal Dinar Emas Edisi Baharu


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيمKOTA BHARU: Kelantan sekali lagi memperkenalkan edisi baharu mata wang emas berlandaskan syariah iaitu dinar dan wafer emas serta dinar emas dan dirham perak.
Mata wang yang menggunakan emas dan perak itu mempunyai nilai muka sah untuk dijual atau sebagai gadaian di kedai pajak gadai Islam seperti Ar Rahn atau Ar Rahnu.
Diuruskan Kelantan Gold Trade Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Gold Trade menawarkan wafer, dinar dan dirham terbabit mulai semalam, yang boleh dibeli oleh orang ramai sebagai satu pelaburan atau simpanan.
Bagi wafer emas yang bersaiz muka 15 x 8 milimeter (mm) bersamaan berat 1.0 gram dengan ketulenan emas 999 dan dinar emas dengan nilai muka Satu Dinar seberat 4.250 gram berukuran diameter 22 mm dengan ketulenan emas 917.
Manakala dirham perak, dua jenis diperkenalkan iaitu yang bernilai Satu Dirham seberat 2.975 gram berukuran diameter 22 mm dengan ketulenan perak 999 dan Dirham Belia seberat 29.75 gram berukuran diameter 41 mm dengan ketulenan perak 999.
Produk dinar emas lain yang ditawarkan ialah dalam bentuk 1/2 Dinar, Dua Dinar, 5 Dinar dan 8 Dinar, bagi Dirham perak pula, Dua Dirham, 5 Dirham, 10 Dirham dan 20 Dirham manakala Dirham Belia dan Dirham Wanita, masing-masing 10 Dirham dengan berat dan harga yang berbeza.
Nilai produk berkenaan yang ditawarkan dijual oleh Kelantan Gold Trade mengikut harga semasa pasaran emas dan perak dan membeli semula daripada jualan balik oleh orang ramai juga mengikut harga semasa dengan sedikit pemotongan bagi kos risiko naik turun harga selepas itu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, berkata kerajaan negeri sebelum ini sudah memperkenalkan dinar dan wafer emas pada bulan Ogos 2010 yang dilancarkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bagaimanapun, katanya disebabkan beberapa masalah termasuk dari segi ketulenan produk yang dipersoalkan seperti tiada nombor siri dan sijil ketulenan, ia kurang mendapat sambutan sehinggalah sekarang diperkenalkan dalam bentuk edisi baharu yang dijamin ketulenannya.
Katanya, antara ciri baharu ketulenan logam itu diperkenalkan dan dijamin oleh Kelantan Gold Trade ialah setia produk berkenaan mempunyai nombor siri, kod dan sijil pengesahan.
"Walaupun bukan mata wang dalam kegiatan ekonomi semasa untuk urusan jual beli dan perniagaan tetapi ia sebagai mata wang syariah yang boleh dijadikan sebagai pelaburan dan simpanan wang dalam bentuk nilai emas dan perak.
"Ia juga boleh dibeli untuk dijadikan hadiah atau pun sebagai mas kahwin kerana ia mempunyai nilai dan sah dijual beli dan kita juga mematuhi apa yang ditegur oleh Jabatan Audit Negara dari segi operasinya dan menjaga ketulenan," katanya pada majlis Pelancaran Dinar dan Wafer Emas Edisi Baharu keluaran Kelantan Gold Trade, di Kota Darulnaim di sini, baru-baru ini.
Turut hadir, Pengurus Besar Kelantan Gold Trade, Khalily An Kadir.

Ahmad berkata, sebagai sokongan bagi mengukuhkan Kelantan Gold Trade sebagai pemain dalam industri perniagaan emas di negeri ini, kerajaan negeri juga menetapkan dasar setiap syarikat perlombongan emas di negeri ditetapkan menjual tidak melebihi 30 peratus bahan galian itu kepada Kelantan Gold Trade.
Katanya, langkah itu sebagai menjaga kepentingan logam itu tidak dilombong sewenang-wenangnya dipasarkan sepenuhnya kepada pihak luar.
Sementara itu, Khalily berkata, pihaknya menyasar jualan wafer dan dinar, emas sehingga lima kilogram sebulan manakala dirham perak satu kilogram sebulan menerusi edisi baharu logam berkenaan.
Beliau menjangkakan sambutan baik akan diterima daripada orang ramai menerusi produk edisi baharu yang ditawarkan itu sebagai satu bentuk pelaburan dalam bentuk pembelian emas.
"Kita mensasarkan kutipan jualan produk ini sehingga RM2.5 juta sebulan dan jualan wafer, dinar emas dan dirham perak akan mengikut harga pasaran semasa," katanya.
Artikel ini adalah bertajuk "Kelantan perkenal dinar emas edisi baharu" disediakan oleh Azman Mahmood dan disiarkan di Berita Harian pada 20151216.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2020/06/kelantan-gold-trade-perkenal-dinar-emas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nanti Siapa Jadi Mak Jadi Nenek Akan Rasa Macam Mana Perasaan Itu Warga Emas Sebak Beraya Cara Normal Baharu

Nanti Siapa Jadi Mak Jadi Nenek Akan Rasa Macam Mana Perasaan Itu Warga Emas Sebak Beraya Cara Normal Baharu

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 475 hits
Kemudahan teknologi seperti sidang video masih mampu mendekatkan hubungan Raidah bersama adik beradik lain yang semuanya berasal dari Singapura JOHOR BAHRU Sebahagian masyarakat menggangap normal baharu dilihat membataskan mereka berkumpul ...
Terkini 93 Kes Positif Baharu Hari Ini Termasuk 91 Kes Adalah Bukan Warganegara Sifar Kematian

Terkini 93 Kes Positif Baharu Hari Ini Termasuk 91 Kes Adalah Bukan Warganegara Sifar Kematian

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 248 hits
Sebanyak 93 kes positif jangkitan baharu Covid 19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 7 970 kes setakat Rabu jam 12 tengahari Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah oleh itu jumlah kes ak...
Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa Kpkt Beku Pengeluaran Lesen Baharu Minuman Keras

Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa Kpkt Beku Pengeluaran Lesen Baharu Minuman Keras

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 289 hits
Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan minuman keras di negara ini Pegawai Pendidikan CAP N V Subbarow berkata gesaan itu berikutan peningkat...
Ziarah Raya Dipercayai Punca Kluster Baharu Covid 19 Disebuah Pangsapuri

Ziarah Raya Dipercayai Punca Kluster Baharu Covid 19 Disebuah Pangsapuri

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 322 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan terdapat satu kluster baharu di pangsapuri di Cheras Kuala Lumpur dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung mengunjung ketika Aidilfitri Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah b...
Mtcc Dapat Pengerusi Baharu

Mtcc Dapat Pengerusi Baharu

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 223 hits
KAMARUZAMAN merakam gambar kenangan bersama Teng Koon dalam sesi taklimat yang diadakan di pejabat Majlis Pensijilan Kayu Malaysia baru baru ini Oleh KHADIJAH IBRAHIMKUALA LUMPUR Majlis Pensijilan Kayu Malaysia hari ini sec
Novel Alaf21 Baharu Novel Sekilas Kenangan Novel Projek Seram Gunung Novel Bayangan Novel Uncle Bos Mama

Novel Alaf21 Baharu Novel Sekilas Kenangan Novel Projek Seram Gunung Novel Bayangan Novel Uncle Bos Mama

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 485 hits
Novel Alaf21 Baharu Novel Sekilas Kenangan Novel Projek Seram GUNUNG Novel Bayangan Novel Uncle Bos Mama Novel ini dijual dan boleh didapatkan pada laman web karagkrafmall Novel Alaf21 baru yang dijual di web tersebut Berminat boleh singgah...
Iran Catat Kes Baharu Covid 19 Tertinggi Dalam 24 Jam

Iran Catat Kes Baharu Covid 19 Tertinggi Dalam 24 Jam

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 257 hits
TEHRAN Iran mencatatkan 3 574 kes jangkitan baharu Covid 19 hari ini yang tertinggi pernah dicatatkan dalam tempoh 24 jam sejak Februari lalu Ia adalah hari keempat berturut turut Iran mencatatkan jangkitan baharu melebihi angka 3 000 Rekod...
Terkini 277 Kes Positif Baharu Dan Hanya 4 Warganegara Berjangkit Dalam Penularan Tempatan

Terkini 277 Kes Positif Baharu Dan Hanya 4 Warganegara Berjangkit Dalam Penularan Tempatan

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 345 hits
Sehingga 4 Jun 2020 pukul 12 tengah hari terdapat 277 kes baharu yang telah dilaporkan Ini menjadikan jumlah kes positif Covid 19 di Malaysia adalah sebanyak kes Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham ...
Gabungan Baharu Ph Anwar Hanya Timbalan Pm Sahaja

Gabungan Baharu Ph Anwar Hanya Timbalan Pm Sahaja

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 594 hits
KUALA LUMPUR Penyokong Gerakan PH sedang berusaha merealisasikan gabungan politik yang mengangkat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalannya Sinchew Daily melaporkan PH merupakan ga...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Ceo Flutter 2023

Hari Ini 3 Lucu Di M Sia K Jaan Gagal Sayur Kisah Cinta

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music

Potong Ikan Keluar Api