Gabungan Baharu Ph Anwar Hanya Timbalan Pm Sahaja
 Senior Editor         MINDA RAKYAT    

KUALA LUMPUR – Penyokong Gerakan PH++ sedang berusaha merealisasikan  gabungan politik yang mengangkat Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai  Perdana Menteri manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalannya. Sinchew Daily melaporkan, PH++ merupakan gabungan antara Pakatan  Harapan (PH)  dengan wakil rakyat kem Dr. Mahathir, Warisan, UPKO, Parti  Sarawak Bersatu, malahan mengintai Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Walaupun sebelum ini Dr. Mahathir mempertimbangkan Datuk Seri Mohd.  Shafie Apdal sebagai calon Timbalan Perdana Menteri, tetapi penyokong  kerajaan PH cuba menyakinkan beliau mengenai kepentingan 39 kerusi yang  dimiliki PKR jika mahu membentuk kerajaan.
Walau bagaimanapun, mesyuarat khas yang diadakan pemimpin tertinggi  PKR pada Ahad telah menunjukkan pendirian bahawa parti itu menyokong  Anwar sebagai Perdana Menteri manakala isu Timbalan Perdana Menteri  tidak dibangkitkan.
“Mesyuarat tidak berbincang bagaimana PH dan Dr. Mahathir dapat  mengumpulkan jumlah wakil rakyat yang mencukupi bagi membentuk kerajaan.  Isu sama ada Anwar sanggup menjadi Timbalan Perdana Menteri juga tidak  dibincangkan.
“Majlis Pimpinan Pusat PKR sebaliknya menyokong sepenuhnya Anwar  sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri,” kata sumber kepada Sinchew  Daily.
Walaupun PKR telah menetapkan pendirian, tetapi parti itu masih  terbuka kepada perbincangan dan sedia berunding dengan rakan-rakan PH.
“Masih boleh dibincangkan, kami tidak akan menutup pintu untuk perbincangan.
“Mesyuarat telah menetapkan untuk menyokong Anwar sebagai Perdana  Menteri dan kami juga memutuskan untuk menyerah kepada pemimpin parti  bagi berbincang dengan parti lain,” kata sumber itu.
Sementara itu, Dr. Mahathir dilaporkan yakin untuk mendapatkan  sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membentuk kerajaan PH++.
GPS dilaporkan perlu mempertimbangkan hubungannya dengan Pas dalam  Perikatan Nasional kerana kerjasama dengan Pas mungkin menjejaskan  prestasinya dalam pilihan raya negeri Sarawak pada tahun depan. –  MalaysiaGazette
MR :  Ni kira dah kebulur sangat... TPM oklah
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/gabungan-baharu-ph-anwar-hanya-timbalan.html