Keladi Hiasan Syngonium Golden Allusion Yang Mudah Untuk Di Tanam Dan Di Jaga
Keladi Hiasan Syngonium Golden Allusion Cantik Di Laman Rumah | Mak Fiza suka berkebun. Bukan sayur dan buah-buahan sahaja yang dia tanam. Malah, tumbuhan hiasan dalaman dan luaran rumah juga turut ditanamnya
Bila kami ke rumah mak, benda pertama yang mencuri perhatian Fiza adalah bunga. Dari Orkid sampaila sacculent, semuanya ada dalam koleksi my mom. Pendek kata, bila ada je pokok atau tanaman hiasan yang viral di socmed... Mesti my mom akan ada jugak.
So, from now Fiza akan cuba updated satu persatu jenis bunga yang my mom tanam. At least, bila Fiza updated banyak maklumat mengenainya akan Fiza pelajari. Lagipun, rumah baru Fiza takde lagi bunga.
Semuanya tunggu bunga yang mak tanam untuk Fiza. So, from now nak kena gali juga ilmu cara penjagaan tanaman hiasan semua tu
Nanti bila Nur Dhia dah besar sikit, bolehla angkut bawa balik. Hehe... Banyak cantik muka. Kan! Haippp takde free of charge yer. Berbayar ok. Walaupun mak takdelah nak mintak bayaran
Fiza faham, nak tanam pokok bunga yang subur kena tahu caranya. Kemudian, ianya juga memerlukan modal yang banyak. Mana lagi nak beli pasu, tanah organik... Kemudian, baja untuk penjagaan pun nak kena beli jugak. Ingat senang ke. Betul tak
Keladi Hiasan Syngonium Golden AllusionSalah satu jenis keladi hiasan yang ada dalam koleksi my mom adalah berbentuk Arrow yang diberi nama saintifiknya Syngonium Golden Allusion
Cantik kan
Actually, daunnya berbentuk anak panah dan mempunyai urat pada daun yang bewarna merah jambu. Cantik sangat bila letak dalam pasu putih. Kemudian, di letakkan di ruangan tetamu rumah. Confirm! Menarik. Tak silap, di Shopee pun sekarang ni ada yang menjual keladi hiasan macam ni. Search je, confirm jumpa.
Cara Penjagaan Keladi Hiasan Agar Sentiasa SuburKata mak, keladi sangat mudah untuk dijaga. Apa yang penting kena tahu kaedahnya
#PencahayaanPertama, pokok keladi sesuai ditanam dan diletakkan di tempat yang redup. Atau senang cerita, ianya sesuai diletakkan di tempat yang terlindung daripada sinaran cahaya matahari secara terus
#Kekerapan SiramanKemudian, pokok keladi sangat sensitif pada cahaya matahari. Pastikan siram sebanyak dua kali sehari sekiranya cuaca dalam keadaan panas. Jangan biarkan tanah kekeringan. Pastikan juga, air tidak bertakung
#PembajaanUntuk baja, boleh gunakan baja kimia untuk pertumbuhan daun yang lebat. Pastikan Baja diletakkan jauh sedikit dari batang daun untuk elak batang Dan daunnya melecur rosak
Kemudian, untuk menanamnya pulak. My mom kata senang je. Apa yang pasti keladi hiasan kena letak dalam pasu. So, medium tanah pun kena betul barulah ianya hidup subur. Untuk campuran tanah..
Nisbahnya adalah 1:4, di mana..
satu guni cocopeat ( Cocopeat adalah sabut kelapa yang telah diurai/dihancurkan oleh mesin pengurai sabut ).3@4 bekas plastik tanah sawit (tanah yang agak basah dan lembik-tanah dari kolam sisa sawit).*boleh juga nak letak sedikit pasir-optionalCara penyediaan : Gaul semuanya bagi rata dan dah boleh guna untuk tanam pelbagai jenis tanaman dan sayuran.
Tu antara lain maklumat yang mak kongsikan pada Fiza. In Shaa Allah, ada masa Fiza updated lagi ye mengenai jenis-jenis pokok hiasan yang my mom tanam. Banyak sebenarnya, cuma... Fiza ni je takde masa nak snap gambar satu-satu. Hehe..
#pokokhiasan#keladihiasan#SyngoniumGoldenAllusion
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizacrochet.com/2021/02/keladi-hiasan-syngonium-golden-allusion.html