Panduan Untuk Sambung Bidang Psikologi Dengan Mudah


AssalamualaikumBismillah
Hari ini rasa terdetik di hati nak berkongsi pengalaman khususnya kepada pelajar lepasan sekolah atau kolej tentang macam mana mahu sambung bidang psikologi. Entri ini InsyaAllah boleh dijadikan panduan untuk korang yang berminat untuk sambung dalam bidang ini

Sebelum itu, aku cuma nak ingatkan ini hanya sekadar perkongsian pengalaman sahaja ya. Jangan kecam aku pula kalau korang tak dapat bidang ni

Panduan Untuk Sambung Bidang Psikologi
InsyaAllah panduan ini boleh diguna pakai untuk semua bidang psikologi. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut

1. Bidang Psikologi Apa Yang Korang Nak?Pertama sekali untuk sambung belajar dalam bidang psikologi, korang kena ketahui minat korang ke arah yang macam mana? Bidang psikologi ini ada banyak sangat. I have explain many times di entri sebelum ini lagi


Antara bidang psikologi yang korang kena tahu :psikologi kaunselingpsikologi klinikalpsikologi pendidikanpsikologi industri dan organisasiPsikologi pembangunan belia & komunitiPsikologi kanak-kanak & keluarga
Dan banyak lagi.. korang rajin-rajinlah google. Macam aku minat sangat dengan kanak-kanak. Mesti korang akan cakap kan.. "sambunglah bidang pendidikan awal kanak-kanak" ataupun pilihlah bidang yang lebih kepada pendidikan. 
Yup, nampak macam tu kan, tetapi point paling penting sekali aku tak minat nak mengajar ataupun jadi guru. Jadi aku rasa guru kerjaya yang kurang sesuai untuk aku. 
Tetapi aku minat juga kanak-kanak. So macam mana tu? Jawapannya kena rajin lah mencari lagi bidang selain pendidikan. Dan akhirnya aku jumpa bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga. 
Dah tahu minat ke arah yang macam mana, jadi korang kena tetapkan bidang psikologi apa yang korang nak berdasarkan minat tu. Kalau minat nak dengar luahan orang, boleh cuba bidang psikologi kaunseling. 
Baca Sini : Subjek Apa Yang Aku Belajar Dalam Psikologi?
2. Bidang Itu Ada Ditawarkan Di Mana?Aku bagi contoh untuk bidang aku sahaja tau. Contohnya macam aku sendiri lah. Aku dah jumpa apa minat aku dan bidang yang aku nak. 
Seterusnya, aku carilah bidang tu ada ditawarkan di universiti atau kolej mana. Misalnya bidang psikologi kanak-kanak & keluarga ada ditawarkan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). 
Penting sangat nak tahu bidang yang korang minat tu ada kat mana. Ada orang dia minat sangat bidang psikologi tetapi disebabkan oleh masalah kewangan, universiti yang ditawarkan luar dari Negeri korang, yuran pengajian, hostel dan banyak lagi.

Semua benda korang kena ambil kira. Banyakkan berbincang dengan keluarga. Apatah lagi yang bercadang untuk memilih universiti yang jauh.

Baca Sini : Terima Tawaran Ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) Walaupun Terpaksa
3. Syarat Kelayakan Bidang PsikologiDah tahu bidang tersebut ditawarkan di mana. Barulah korang lihat syarat kelayakan untuk bidang tersebut. Boleh rujuk di setiap website universiti / kolej yang korang pilih. Kebanyakkan pelajar dia tak tengok syarat sebelum memohon bidang tersebut. 
Oleh sebab itulah permohonan korang mungkin ditolak. Korang imagine berapa puluh ribu yang memohon bidang psikologi yang korang nak tu? Jadi kena bersaing untuk dapat tempat. Tambahan pula kuota untuk setiap bidang tu terhad. 
Jadi jangan hairan sekiranya korang dah memenuhi syarat tetapi tak dapat bidang tersebut. Misalnya untuk bidang psikologi di UMS, pihak universiti ada tetapkan berapa kuota untuk pelajar dari semenanjung dan kuota untuk pelajar sarawak & sabah. Ini belum termasuk lagi pelajar SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, Diploma dll

Jadi tips untuk mudah sambung bidang psikologi ini, pastikan korang memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Boleh saja cuba nasib tetapi aku lebih galakkan korang untuk pilih bidang yang memenuhi syarat yang diminta. 
Baca Sini : Syarat Kemasukan Fakulti Psikologi dan Pendidikan (Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga) 
4. Isi UPU Dengan Betul Part ini pun penting tau. Katakanlah korang minat sangat bidang psikologi kanak-kanak & keluarga tetapi korang letak pilihan terakhir, korang rasa boleh dapat tak? Aku tak pastilah kan pengisian UPU  sekarang macam mana. (Aku batch 2015) Setahu aku sekarang kalau keputusan korang tidak memenuhi syarat yang ditawarkan, korang tidak dapat pilih bidang tersebut. 
Maksud aku secara automatik bidang yang korang nak tu takkan keluar semasa isi UPU. (Betulkan aku sekiranya aku salah ya) sebab aku memang tak tahu sistem nak isi UPU sekarang macam mana. Cuma tips yang aku boleh bagi ialah korang letakkan bidang yang korang nak tu di PILIHAN PERTAMA. Kalau tak dapat juga bidang yang korang nak, baca balik point yang NO 3. 
Kesimpulannya, korang kena tahu korang cenderung ke arah minat psikologi yang macam mana. Tetapi aku faham kebanyakkan orang tahu psikologi klinikal, kaunseling dan psikiatri sahaja. Dan tidak ramai juga yang bagi pendedahan bidang psikologi ini yang macam mana

Aku pun bukannya pakar, setakat bidang ijazah sarjana muda sahaja tidak layak aku digelar sebagai psikologis lagi. Oleh sebab itulah aku kurang juga berkongsi tentang psikologi tetapi kalau cerita tentang apa yang aku belajar dulu boleh lah. 
Ada banyak juga aku kongsi tentang psikologi tetapi untuk bidang aku sahaja lah. Bidang lain aku sendiri tak berani nak ulas lebih-lebih. Boleh baca entri tentang psikologi di SINI. 
InsyaAllah lain hari aku kongsi lagi perjalanan degree aku. Doakanlah aku rajin menulis pasal ini. Dah 3 tahun aku tinggalkan dunia belajar jadi aku ingat-ingat lupa dah. Apapun semoga entri ini bermanfaat dan dapat permudahkan urusan kalian yang berminat nak sambung psikologi. All the best! 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2020/08/panduan-untuk-sambung-bidang-psikologi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malas Nak Masak Lauk Jom Cuba 10 Aneka Resepi Telur Sedap Dan Mudah Disediakan

Malas Nak Masak Lauk Jom Cuba 10 Aneka Resepi Telur Sedap Dan Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 743 hits
hi there aku ni kadangkala memang ada mood malas sangat nak memasak Tapi kalau tak masak anak anak nak makan apa Jadi biasanya aku memang akan masak telur buat lauk janji anak anak tak kebulur kan Dan telur merupakan sumber protein yang bai...
Prk Kuala Besut Tedi Ramal Bn Menang Mudah

Prk Kuala Besut Tedi Ramal Bn Menang Mudah

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 252 hits
Sekali sekala nak juga Tedi jadi pemerhati politikSekarang ni telinga Tedi yang besar ni tersumbat oleh berita berita berbaur politik Semuanya berkenaan Pilihanraya Kecil di Kuala Besut DUN atau Parlimen ek Tunggu sekejap Tedi dulu Jumpa ga...
Resipi Donat Ball Mudah Cukup Lembut Gebu Bulat Bulat Comel Senang Anak Makan

Resipi Donat Ball Mudah Cukup Lembut Gebu Bulat Bulat Comel Senang Anak Makan

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 476 hits
Tidak dinafikan donat antara kuih yang cukup digemari anak anak kita Selain rasa gula yang manis adunan tepung yang lembut dan gebu juga buat anak suka Bosan dengan donat biasa kali ini kita hasilkan bebola donat pula untuk anak Comel saizn...
Pening Tentang Stok Barangan Runcit Inilah Jalan Keluar Yang Lebih Selamat Dan Lebih Mudah

Pening Tentang Stok Barangan Runcit Inilah Jalan Keluar Yang Lebih Selamat Dan Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 377 hits
Sebilangan besar negara kita sekarang sedang dalam keadaan terkurung Tetapi kita masih diberi pengecualian seperti keluar untuk mendapatkan rawatan dan juga untuk membeli belah barangan runcit keperluan dapur Sedikit kelonggaran ini membuat...
Tempoh Bertenang Talian Mudah Alih Di Malaysia

Tempoh Bertenang Talian Mudah Alih Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 246 hits
Asssalamualaikum Bagi pengguna prabayar ini selalu kena peka tentang tarikh aktif talian hp masing masing terutama sekali kepada yang jarang guna Contoh mak ayah di kampung tu Setiap bulan kita kena top up untuk mereka untuk mengekalkan lin...
Pemindahan Dana Ke Akaun Simpanan Tabung Haji Kini Lebih Mudah Dengan Jompay

Pemindahan Dana Ke Akaun Simpanan Tabung Haji Kini Lebih Mudah Dengan Jompay

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 253 hits
Orang ramai kini boleh membuat pemindahan dana ke dalam akaun Tabung Haji dengan lebih mudah menerusi perkhidmatan JomPAY Ini merupakan salah satu inisiatif Lembaga Tabung Haji dalam usaha menuju ke arah digitalisasi dengan menambah baik pe...
Bukan Mudah Nak Lahirkan Bayi Seberat 4kg Mungkin Anak Boleh Tercedera Masa Lahir

Bukan Mudah Nak Lahirkan Bayi Seberat 4kg Mungkin Anak Boleh Tercedera Masa Lahir

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 339 hits
Kebiasaan bayi normal mempunyai berat badan dalam lingkungan 3 4 kg hingga 3 5 kg Bayi besar dari usia kandungan adalah lebih besar daripada bayi normal Bayi besar dari usia kandungan adalah bayi yang mempunyai Berat lahir adalah melebihi 9...
8 Cadangan Cara Hadapi Stress Yang Mudah

8 Cadangan Cara Hadapi Stress Yang Mudah

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 263 hits
Rasa panik berlebih cemas bahkan tertekan boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja Ada banyak perkara yang mampu membuat seseorang tertekan atau cemas berlebih Salah satunya kerana situasi pandemik yang dunia hadapi ketika ini yang berpengaruh pa...
Ekosistem Duitnow Qr Mengaktifkan Perniagaan Digital Bagi Perusahaan Kecil Dengan Mudah

Ekosistem Duitnow Qr Mengaktifkan Perniagaan Digital Bagi Perusahaan Kecil Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 237 hits
Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana di seluruh negara kini hanya perlu memaparkan DuitNow QR untuk menerima pembayaran daripada pelanggan bank dan penyedia perkhidmatan eDompet Situasi di mana kaunter perniagaan yang dipenuhi dengan pelbag...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Padu Confirm Jadi

Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza