Kekurangan Hasil Sayur Pelaburan Syarikat Tempatan Rumah Hijau Mampu Elak Krisis Getaran 10 09 2022


 


KUALA LUMPUR - Laporan Channel News Asia yang mendakwa bekalan hasil tanaman kini berkurangan akibat hujan berterusan dan dijangka menyebabkan harga produk itu termasuk sayuran meningkat, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengeluar, pembekal dan pengguna di negara ini.
Malah, menerusi maklumat diberikan Persatuan Pemborong Sayur-Sayuran Malaysia itu, kekurangan bekalan sebanyak 20 hingga 30 peratus berlaku di kawasan pengeluaran tanaman berkenaan, seperti Melaka dan Cameron Highlands, selain di pasar sekitar ibu kota.
Dr N Marimuthu Bagi berdepan situasi itu, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr N Marimuthu berkata, kerajaan harus memberikan kebenaran untuk mengimport bekalan sayuran sebagai penyelesai masalah itu bagi menampung keperluan pengguna, seterusnya mengelakkan berlaku kenaikan harga produk terbabit.
“Kementerian boleh mengambil langkah mengimport sayuran bagi jangka masa pendek untuk menangani krisis kekurangan bekalan.
“Langkah mengimport hasil tanaman ini akan mengisi kekurangan sayuran buat sementara waktu (ketika situasi hujan), namun pada masa sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna harus melaksanakan usaha lain sebagai penyelesaian jangka masa panjang,” katanya ketika dihubungi Getaran.
Marimuthu berkata, pelaburan pihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam usaha penanaman sayuran secara besar-besaran juga, dijangka mengurangkan secara ketara import makanan negara bagi tempoh dua hingga tiga tahun.
Justeru, syarikat swasta atau GLC digalak memulakan pelaburan dalam penanaman sayuran, disusuli buah-buahan dan produk lain, seperti tenusu atau ruminan.
Buat masa ini, katanya, tahap sara diri bagi sayuran hanya 60 peratus, manakala baki 40 peratus diimport.
“Dengan pelaburan serius dan penggunaan teknologi, kita mampu mencapai 100 peratus (tahap sara diri sayuran) yang bererti tidak perlu lagi mengimport dari negara luar.
“Pelaburan ini perlu dimulakan GLC, khususnya di negeri dan pastikan ia berjaya untuk menarik minat lebih banyak pelaburan swasta,” ujarnya.
Nadzim Johan Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mengesyorkan untuk membina rumah hijau bagi penanaman sayuran.
Beliau berkata, menerusi konsep penanaman menggunakan rumah hijau, kesan cuaca panas atau hujan berpanjangan terhadap sayuran ditanam adalah lebih rendah.
Menurutnya, sebagai contoh, jika dalam keadaan hujan lebat sekalipun, ia tidak memberi kesan kepada bidang ini kerana hasil tanaman lebih konsisten.
“Malah, orang ramai turut boleh usahakan tanaman dengan rumah hijau sendiri dan tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada bekalan hasil tanaman pengeluar atau petani yang menggunakan rumah hijau,” katanya.
Selain itu, Nadzim berkata, kerajaan harus menggalakkan pertanian moden selari dengan kemajuan industri dan teknologi baharu dalam pertanian.
“Pertanian secara intensif terbukti berjaya meningkatkan pengeluaran makanan sesebuah negara atau rantau,” ujarnya.
Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengakui berlaku kekurangan hasil tanaman sayuran kini, namun situasi terbabit tidak membimbangkan dengan kadarnya hanya kira-kira 10 peratus.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kekurangan itu adalah paras pusingan normal dan pengguna tidak perlu panik dengan keadaan berkenaan.
Keadaan itu juga, katanya, susulan hujan dan kemerosotan permintaan sekitar bulan lalu.
“KPDNHEP sudah mendapatkan maklumat daripada Persekutuan Persatuan Pekebun-Pekebun Sayur Malaysia dan dimaklumkan kekurangan pada masa ini, sekitar 10 peratus sahaja.
“Pengurangan 10 peratus ini adalah pada paras pusingan normal. Secara umumnya, tidak berlaku kekurangan bekalan sayuran dalam negara kini,” katanya.
Alexander Nanta Linggi Pada masa sama, Alexander menyeru semua pihak untuk tidak mencetuskan sebarang spekulasi berhubung kekurangan bekalan sayuran, malah mendapatkan maklumat tepat berhubung isu terbabit.
“Ini bagi mengelakkan tercetus suasana panik dalam kalangan pengguna,” katanya.
Alexander berkata, harga sayuran masih ditentukan faktor penawaran dan permintaan.
Jelasnya, sayuran yang dipengaruhi cuaca, seperti sayuran berdaun mungkin akan mengalami perubahan harga, sekiranya hujan berterusan.
Bagaimanapun Alexander menjelaskan, bekalan sayur import lain, mampu menampung kekurangan itu sekiranya ia berlaku.
“Pemantauan KPDNHEP akan dilaksanakan secara berterusan dan pihak kami juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi memperkukuh bekalan sayur dalam negara.
“KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 terhadap mana-mana pihak yang cuba memanipulasi harga produk terbabit.
“Menjadi keutamaan KPDNHEP bagi memastikan harga sayuran berada pada kadar munasabah, menerusi jaminan bekalan hasil kerjasama dengan agensi lain,” tegasnya. – Getaran, 10 September 2022


Artikel oleh: Getaran
KEKURANGAN HASIL SAYUR: PELABURAN SYARIKAT TEMPATAN, RUMAH HIJAU MAMPU ELAK KRISIS
https://www.getaran.my/artikel/semasa/30594/kekurangan-hasil-sayur-pelaburan-syarikat-tempatan-rumah-hijau-mampu-elak-krisis


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/09/kekurangan-hasil-sayur-pelaburan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harta Pusaka Perlu Diagih Ketika Hidup Elak Perebutan Gagal Dituntut Getaran 07 09 2022

Harta Pusaka Perlu Diagih Ketika Hidup Elak Perebutan Gagal Dituntut Getaran 07 09 2022

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 150 hits
KUALA LUMPUR Ahli keluarga seharusnya memaklum dan mengagihkan harta pusaka ketika masih hidup bagi mengelakkan tercetus konflik antara waris mereka termasuk perebutan hak milik Menurut pendakwah terkenal Datuk Daud Che Ngah tindakan itu ju...
Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu Rmmt 2022

Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu Rmmt 2022

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 213 hits
PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU RMMT 2022 Kerajaan negeri Terengganu telah mengumumkan tentang inisiatif bantuan perumahan untuk rakyat iaitu Rumah Mampu Milik Terengganu 2022 Inisiatif kerajaan negeri ini untuk memberikan ba...
Masa Hamil Isteri Suka Sayur Berdaun Hijau Seawal 2 Tahun Anak Boleh Baca Kira

Masa Hamil Isteri Suka Sayur Berdaun Hijau Seawal 2 Tahun Anak Boleh Baca Kira

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 193 hits
Kebolehan luar biasa Siapa sangka anak yang baru berusia 2 tahun mempunyai kebolehan untuk membaca mengira dan mengetahui planet Kalau diikutkan di usia ini anak anak sedang dalam proses untuk bercakap dan belajar bersosial Namun bagi pasan...
50 Rakyat Malaysia Akui Tak Mampu Beli Rumah Tanpa Bantuan Kewangan Atau Kerajaan

50 Rakyat Malaysia Akui Tak Mampu Beli Rumah Tanpa Bantuan Kewangan Atau Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 325 hits
Kajian Sentimen Pengguna Separuh Kedua 2022 yang dibuat oleh Property Guru Malaysia mendapati 51 peratus responden menyatakan mereka tidak memenuhi syarat kelayakan untuk skim perumahan mampu milik kerajaan dan tidak mampu membeli hartanah ...
Permohonan Bina Rumah 2022 Kerajaan Bantu Rakyat Miliki Rumah Sendiri L Rujuk Segera Syarat Kelayakan

Permohonan Bina Rumah 2022 Kerajaan Bantu Rakyat Miliki Rumah Sendiri L Rujuk Segera Syarat Kelayakan

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 232 hits
Permohonan Bina Rumah 2022 Kerajaan Bantu Rakyat Miliki Rumah Sendiri l Rujuk Segera Syarat Kelayakan Sambung tulis Pendahuluan Ramai rakyat Malaysia yang mengidamkan mempunyai kediaman sendiri Sebenarnya sememangnya kerajaan ada menyediaka...
Kerajaan Umumkan Bantuan Suri Rumah Rm480 Bermula September Tahun 2022

Kerajaan Umumkan Bantuan Suri Rumah Rm480 Bermula September Tahun 2022

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 447 hits
Tahukah anda Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i Suri Ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pemb...
Permohonan Rumah Mesra Rakyat Tahun 2022 Kini Dibuka Mohon Sekarang

Permohonan Rumah Mesra Rakyat Tahun 2022 Kini Dibuka Mohon Sekarang

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 288 hits
Syarikat Perumahan Negara Berhad merupakan sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kera...
Usung Ibu Naik Ambulans Pergi Perbaharui Kad Atm Mana Hati Perut Getaran 03 09 2022

Usung Ibu Naik Ambulans Pergi Perbaharui Kad Atm Mana Hati Perut Getaran 03 09 2022

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 192 hits
KUALA LUMPUR Seorang wanita lumpuh dan uzur terpaksa diusung menaiki ambulans menuju ke sebuah bank di Gurun Kedah bagi memperbaharui kad mesin juruwang automatik miliknya yang hampir luput Langkah itu diambil ahli keluarga wanita terbabit ...
Hasil Rompak Buat Hantaran Langgan Pelacur Remaja Antara Ditahan Pecah Rumah Bapa Saudara

Hasil Rompak Buat Hantaran Langgan Pelacur Remaja Antara Ditahan Pecah Rumah Bapa Saudara

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 180 hits
FMT Reporters Polis berkata suspek dan rakannya juga menggunakan hasil rompak untuk membeli barangan mewah termasuk kereta selain motosikal berjenama Yamaha dan Kawasaki PETALING JAYA Remaja lelaki bersama rakan ditahan selepas memecah masu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah