Usung Ibu Naik Ambulans Pergi Perbaharui Kad Atm Mana Hati Perut Getaran 03 09 2022


 

KUALA LUMPUR - Seorang wanita lumpuh dan uzur terpaksa diusung menaiki ambulans menuju ke sebuah bank di Gurun, Kedah bagi memperbaharui kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya yang hampir luput.
Langkah itu diambil ahli keluarga wanita terbabit selepas pihak bank didakwa enggan bertolak-ansur mengenai proses pembaharuan kad berkenaan.
Tindakan tersebut bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang dikalangan warganet selepas video dikongsi anak wanita itu yang dikenali sebagai Nur Hatini di aplikasi TikTok, malam kelmarin menjadi tular.

Video memaparkan kisah pilu wanita berkenaan meraih 1.1 juta tontonan, lebih 48,000 tanda suka dan 4,976 komen di aplikasi media sosial itu setakat ini.
Menurut Nur Hatini, kejadian berlaku apabila ibunya yang lumpuh seluruh badan memberitahu kad ATM miliknya akan luput dalam masa terdekat.
Berdasarkan perkongsian tersebut, Nur Hatini berkata, dia cuba menghubungi pihak bank untuk bertanya sekiranya ada prosedur lain bagi membolehkan kad ATM ibunya diperbaharui tanpa kehadiran wanita itu di premis terbabit.
Bagaimanapun dalam video berdurasi 13 saat itu, Nur Hatini memaklumkan, dia diberitahu pihak bank bahawa tiada cara lain melainkan membawa ibunya ke bank bagi memperbaharui kad tersebut.
Katanya, atas sebab itu ahli keluarganya terpaksa menyewa sebuah ambulans St John untuk membawa ibu mereka ke bank terbabit.
Perkongsian tersebut mengundang simpati warganet dengan majoriti mengecam sikap petugas bank terbabit yang tiada belas ihsan terhadap wanita itu.
“Sepatutnya dah (masuk) tahun 2022 ni sudah adalah pemudah cara untuk mereka yang sakit teruk menyelesaikan urusan bank mereka. Kadang pelik juga urusan macam mana pun kena pemilik datang ke bank,” kata Ibrahim Baim.
“Kenapa tak suruh pegawai bank yang sihat walafiat datang ke rumah? Menyusahkan betul. Tahun 2022 dah ni. Cari pengurus bank ini. Kenapa sampai jadi begini?” soal Pandadada.
“Allahu Akbar. Tolong letakkan hati perut dalam servis kamu. Ini adalah ‘wake up call’ untuk yang lain,” kata MrGambitflix.
Berdasarkan komen warganet, rata-rata menyarankan agar pelanggan bank terbabit menutup akaun mereka bagi memberi pengajaran terhadap syarikat perbankan itu.
Sementara itu, video tersebut turut mendapat perhatian Setiausaha Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia (MCM), Sukhdave Singh yang menggesa pihak bank agar lebih prihatin terhadap pelanggannya yang uzur.
Sukhdave Singh “Pihak bank harus prihatin dalam membantu pelanggan mereka yang uzur. Tiada gunanya melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial (CSR) dan menghebahkan dalam media apabila pelanggan mereka sendiri diabaikan dengan cara sebegini.
“Mereka sepatutnya boleh meminta bukti daripada ahli keluarga bahawa pelanggan tersebut kurang sihat dan menghantar pegawai mereka untuk menyelesaikan urusan itu,” katanya kepada Getaran.
Malah beliau turut menyeru supaya Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan garis panduan berkaitan layanan terhadap pelanggan uzur yang perlu dipatuhi semua syarikat perbankan.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyifatkan tindakan tersebut sebagai ‘bongok’ dan tidak berhati perut.
Nadzim Johan “Urusan yang mudah kenapa peru disusahkan? Kenapa tidak hantar saja pegawai kamu untuk bertemu pelanggan tersebut dan selesaikannya dengan baik.
“Adakah layanan sama akan kamu berikan kepada pelanggan kaya? Sepatutnya tiada alasan logik boleh diberikan pihak bank untuk isu sebegini,” katanya.
Menurut beliau lagi, pihak bank boleh menggunakan budi bicara mereka memandangkan kes seperti itu jarang berlaku di negara ini.
“Polisi kamu (bank) menyusahkan ramai pihak dan jika keluarga tersebut daripada golongan tidak berkemampuan, mereka terpaksa mengeluarkan wang simpanan untuk menyewa ambulans.
“Mereka tiada pilihan melainkan terpaksa melakukannya semata-mata kerana pihak bank tidak boleh melonggarkan peraturan bagi kes tersebut,” katanya.
Bagaimanapun, di ruangan komen video tersebut, ada beberapa individu berkongsi pengalaman mereka dibantu petugas bank tertentu bagi memudahkan urusan perbankan ahli keluarga yang uzur.
“Agro Bank, saya hanya bawa abah dalam kereta. Pegawai bank yang datang ke tempat letak kereta untuk urusan perbaharui kad. Terima kasih Agro Bank Bantura, Pahang,” kata KakMunah1979.
“Pesakit tak perlu masuk hanya tunggu dalam kereta. Tu yang CIMB dan Bank Simpanan Nasional (BSN) Kelantan buat pada mak saya,” kata My Bliese.
“Saya Agro Bank, mak mertua terbaring. Beritahu bank, mereka datang rumah tolong buatkan. Sepatutnya mereka (bank) kena datang, bukan kita,” kata Faizal_Sidam. - Getaran, 3 September 2022


Artikel oleh: Getaran
USUNG IBU NAIK AMBULANS PERGI PERBAHARUI KAD ATM, "MANA HATI PERUT?"
https://www.getaran.my/artikel/semasa/30152/usung-ibu-naik-ambulans-pergi-perbaharui-kad-atm-mana-hati-perut


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/09/usung-ibu-naik-ambulans-pergi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perghhh Ibu Tebal Muka Rayu Atm Bawa Anak Hamil Ronda Ronda Naik Kereta Kebal

Perghhh Ibu Tebal Muka Rayu Atm Bawa Anak Hamil Ronda Ronda Naik Kereta Kebal

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 188 hits
Ibu tebal muka rayu ATM bawa anak hamil ronda ronda naik kereta kebal Mak buyung punya drama sampai muntah 3 kali Oleh MSTARCara mengidam Ain semasa hamil anak kedua berbeza dengan kehamilan anak pertama KAU dah kenapa Mana ibu nak cari ADV...
Mengidam Naik Kereta Kebal Ibu Hamil Menangis Impian Tercapai Dengan Bantuan Atm

Mengidam Naik Kereta Kebal Ibu Hamil Menangis Impian Tercapai Dengan Bantuan Atm

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 166 hits
Ibu hamil yang mengidam bukan saja saja Kadang benda ini berlaku diluar kawalan dan tak dibuat buat pun Bukan setakat mengidam makanan ada juga ibu mengandung teringin untuk buat sesuatu yang tak terfikir sebelum itu Terbaharu tular di akau...
Hiburan Tak Ada Timbang Rasa Ibu Lumpuh Seluruh Badan Terpaksa Diusung Ambulans Untuk Renew Kad Bank

Hiburan Tak Ada Timbang Rasa Ibu Lumpuh Seluruh Badan Terpaksa Diusung Ambulans Untuk Renew Kad Bank

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 173 hits
Sebuah perkongsian di media sosial baru baru ini telah mencuri perhatian netizen apabila seorang individu ada memuat naik video memaparkan seorang warga emas telah diusung menggunakan ambulans hanya kerana ingin memperbaharui kad bank milik...
Cara Renew Kad Debit Atm Maybank Yang Dah Expired Secara Online

Cara Renew Kad Debit Atm Maybank Yang Dah Expired Secara Online

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 318 hits
Cara renew kad debit ATM maybank yang dah expired secara online Assalamualaikum dan Hai Tadi tengah belek belek purse sambil susun kad yang ada dalam purse tu Banyak sangat kad tapi yang ada duitnya satu dua kad je Itu biasaaa kan Tengah ra...
Tarif Ojol Resmi Naik Mulai 10 September 2022 Ini Perhitungannya

Tarif Ojol Resmi Naik Mulai 10 September 2022 Ini Perhitungannya

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 195 hits
Direktorat Jenderal Perhubungan Darat Kementerian Perhubungan resmi menaikkan tarif ojol terbaru yang akan resmi berlaku per 10 September 2022 Kenaikan ini menyesuaikan beberapa harga yang naik seperti kenaikan harga bahan bakar minyak
Langsung Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Morbiditi Kesihatan Ibu Anak 26 Ogos 2022

Langsung Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Morbiditi Kesihatan Ibu Anak 26 Ogos 2022

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 196 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menggerakkan satu Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi Isu kesihatan ibu dan anak adalah yang ditekankan bagi NHS Ketahui skop dan sasaran tinjauan ini dalam AWANIpagi AWANInews MalaysiaSihat SUBSCRIBE ...
Bonge Tampil Di Runway Jf3 Fashion Festival 2022 Warganet Naik Kelas

Bonge Tampil Di Runway Jf3 Fashion Festival 2022 Warganet Naik Kelas

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 147 hits
Penampilan catwalk Bonge ini direspons positif oleh warganet Mereka menilai Bonge nggak cuma viral sesaat tapi juga bisa unjuk bakat
Banyak Negara Twice Belum Pergi Sana Kongsi Keinginan Kumpulan Lepas Perbaharui Kontrak

Banyak Negara Twice Belum Pergi Sana Kongsi Keinginan Kumpulan Lepas Perbaharui Kontrak

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 170 hits
Korang dah dengar ke lagu baru TWICE Talk that Talk Best tak ARTIKEL BERKAITAN TWICE baru sahaja mengeluarkan lagu Talk that Talk dan kini lagu itu sudah mencecah hampir 51 juta tontonan sejak disiarkan pada 26 Ogos lagu Salah seorang ahli ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu