Kekayaan Tun Daim Yang Dicemburui
1. Sosok bergelar ‘Tun Daim’ ini bukan sesuatu yang asing dalam lipatan sejarah politik negara. Ditambah pula Tun Daim mempunyai hubungan yang erat bersama Tun M.
2. Baru-baru ini SPRM telah menyita Menara Ilham milik Tun Daim dan yang paling laju memberi reaksi tentang isu ini adalah Tun M, keakraban mereka memang tidak dapat dinafikan.
3. Sitaan SPRM juga dibuat hasil daripda siasatan lama yang telah dijalankan selepas berlakunya pendedahan Pandora Papers kepada umum.
4. Tun Daim didapati telah melanggar Seksyen 38(5) Akta SPRM 2009. SPRM telah memberi notis awal agar Tun Daim bertindak mengisytihar hartanya. Keengganan Tun Daim berbuat demikian akhirnya menyebabkan SPRM menyita bangunan berkenaan.
5. Persoalannya, mengapa Tun Daim tidak mahu mengisytiharkan hartanya? Sebesar dan semahsyur apakah kekayaan beliau?
6. Dalam laporan Pandora Papers, aset RM141 juta dimiliki oleh keluarga Tun Daim. Beliau juga dikatakan memiliki RM65 bilion aset di bursa Malaysia. Tak cukup dalam negara, beliau juga mempunyai bank di Switzerland dan 14 bank di seluruh negara?
7. Jika kekayaan yang dimiliki ini adalah kejayaan beliau sebagai tokoh koperat atau ahli perniagaan, ia sepatutnya diisytiharkan. Mengapa Tun Daim memilih untuk menyembunyikannya?
8. Sebab itu, kenyataan penafian isteri Tun Daim pagi ini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM tidak kukuh dan tidak masuk akal.
9. Isteri beliau mendakwa, Tun Daim di aniaya kerana memiliki kekayaan. Peliknya kekayaan yang tidak isytiharkan. Secara logik, ia sudah pun menimbulkan keraguan dan syak wasangka. Kalau betul hasil kekayaan tersebut diperolehi secara sah, ia sepatutnya disytiharkan.
10. Kekayaan Tun Daim ini memang tidak mampu lagi disembunyikan. Tindakan SPRM berbuat demikian adalah tindakan tepat dan masih lagi berlunaskan perundangan.
11. Bayangkan, di saat kanak-kanak lain memiliki peranti dan alat permainan, anak kepada Tun Daim sudah menjadi pemilik firma Kepulauan Virgin Britain pada usia 9 dan 12 tahun.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/01/kekayaan-tun-daim-yang-dicemburui.html