Kekanda Tidak Boleh Tidur Fikirkan Adinda Dr Mujahid Sampaikan Warkah Terbuka Buat Yb Nurul Izzah


“Kekanda Tidak Boleh Tidur fikirkan Adinda,” Dr Mujahid Sampaikan Warkah Terbuka Buat YB Nurul Izzah. Nurul Izzah sebelum ini mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR serta Pengerusi PKR Pulau Pinang akibat kekecewaannya terhadap isu politik yang berlaku didalam parti.
Keputusan yang dibuat telah mengejutkan rata-rata pemimpin dan penyokong yang selama ini selesa berada dibawah pimpinannya.
Sehubungan itu, surat terbuka dari Dr. Mujahid antara yang mendapat perhatian kerana menggunakan kata ganti nama Kanda dan Adinda dalam keseluruhan catatannya.
Dr. Mujahid dalam pada itu berharap Nurul Izzah untuk meneruskan perjalannya di dalam dunia politik yang selama ini memperjuangkan reformasi untuk memperkukuh Malaysia.
WARKAH DARI CORDOVA UNTUK NURUL IZZAH بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته
Ke hadapan Adinda Nurul Izzah yang dikasihi,
Kekanda kini dalam perjalanan darat 3 jam dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid. Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda setelah keputusan adinda tempoh hari. Semoga adinda berada dalam keadaan sihat dan tenang menghadapi berbagai cabaran selaku ‘Puteri Reformasi’.
Gelaran itu bukanlah mudah untuk dikalungkan kepada sesiapa walaupun ramai wanita muda era reformasi bangkit bersama, ini adalah kerana adinda ialah lambangnya dan simbol yang sinonim dengan gelombang reformasi. Kekanda amat bangga dengan gelaran itu malah kekanda sering menjadikannya inspirasi kepada anak-anak dan golongan muda lain agar mencontohi susuk tubuh ‘puteri’ ini.
Adinda,
Kekanda pernah menasihati adinda bahawa jalan untuk adinda masih panjang dan jauh dan pastinya adinda akan sampai jua dihujungnya. Kekanda cuba menyelami perasaan anak muda seperta adinda dalam politik kepartian yang penuh dengan persaingan individu dan kekelompokan. Percayalah, kekanda telah melaluinya sehingga kekanda terpaksa membuat tindakan yang sukar lagi berisiko, semuanya gara-gara tabiat politik kepartian. Kekanda tidak mahu adinda tumpas dengan medan politik dalaman yang kadang-kadang tidak berhati perut. Beberapa kali kekanda menangis sendirian antara meneruskan atau pasrah sahaja malah ada ketika mahu sahaja kekanda mengucapkan selamat tinggal kepada politik kepartian. Kekanda pernah dinasih
ati sifu-sifu parti agar senantiasa fokus dan buktikan nilai diri kita kepada perjuangan parti.
Sehingga kini, di telinga kekanda masih teriang kata-kata penuh hikmah ayahanda kekanda Tuan Haji Yusof Rawa ketika kekanda mengadu padanya tentang persaingan dalam kepimpinan semasa kekanda dalam Pemuda PAS satu ketika dahulu. Ayahanda yang sudah agak uzur ketika itu tersenyum sambil berkata: “anakandaku Mujahid, di mana kamu berada bukan masalah kamu, jika Allah kehendaki kamu akan sampai di kemuncak, sampailah kamu, walaupun ramai tangan manusia yang menyekat kamu, tapi ingat jika belum sampai masanya dan Allah belum menetapkan, walaupun seribu tangan manusia ingin membawamu ke sana kamu tak akan sampai.”
Haji Yusof Rawa terus berpesan dengan penuh kebaikan: “…buktikan dengan kerja kamu, buatlah kebaikan kerana Allah, bersabar dan biarkan yang lain di tanganNya”
Sudilah apa kiranya dikongsikan nasihat ini untuk adinda jua semoga dipanjangkan kebaikan nasihat ayahanda Haji Yusof Rawa yang amat dikasihi oleh ayahanda Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Adindaku Nurul Izzah,
Nama adinda adalah cahaya (Nur) yang penuh dengan kemuliaan (Izzah). Ayahanda adinda tinggi peradabannya malah kekanda yakin setiap nama yang diberikan kepada zuriat yang dikasihi adalah doa agar kekal nama itu sepadan dengan tuannya.
Kita dilahirkan dalam rumah yang tidak terpisah dengan kerjaya ayahanda kita iaitu ahli dan tokoh siyasah (politik). Sememangnya benar kata pepatah orang tua-tua kita : “kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?”
Adinda mewarisi ketokohan siyasah itu sama ada dengan pilihan atau warisan. Memang sukar untuk selalu diperbandingkan kita dengan ayahanda-ayahanda kita oleh manusia yang memerhatikan kita. Kekanda selalu berkias tidak layak perbandingan tersebut dengan berkata, kuku pun tak sama dengan ayahanda kekanda, apatah lagi ketokohannya. Namun kita juga harus berbangga bahawa ayahanda kita mendidik kita sebaiknya untuk kita menabur bakti, berbuat baik tanpa syarat dan mementingkan perjuangan daripada diri sendiri. Kekanda yakin adinda telahpun menghadamnya sejak bergelumang di alam politik.
Adindaku,
Sejak kekanda mengenali adinda, adinda masih remaja dan amatlah kekanda bersedih dan bersimpati betapa remaja seperti adinda terpaksa melalui saat-saat duka menanggung kepedihan fitnah ke atas ayahanda yang dikasihi. Bukan mudah penderitaan tersebut, terpaksa menanggung kata keji manusia yang memfitnah sedangkan kita ada kawan, sekolah dan masa depan yang kita harus tempuhi. Bukan calang-calang manusia yang mampu berhadapan dengannya apatah lagi sebagai anak sulung, adinda terpaksa membebani jua penderitaan adik-adik yang masih kebingungan.
Kekanda ada melihat wajah adinda semasa dalam salah satu siri ceramah di Melaka hujung tahun 90an. Kekanda berada di atas pentas ketika itu, betapa hati kekanda berbisik : “Ya Allah, mengapakah anak ini harus menanggung semua ini? Lihatlah wajahnya masih remaja dan mentah terpaksa berada di atas pentas membela ayahnya yang difitnah dan diaibkan, Ya Allah kukuhkan jiwa anak ini.” Itulah bisikan doa kekanda waktu itu. Alhamdulillah era reformasi hujung 90an membawa kekanda berada di atas pentas politik sehingga kekanda memutuskan untuk bertanding pada PRU 1999.
Alhamdulillah juga kita diketemukan usai PRU 2008 sebagai ahli parlimen hingga kini. Anak ‘remaja mentah’ yang kekanda pernah doakan agar jiwanya cekal kini menjadi rakan seperjuangan kekanda yang kental, sama-sama melalui detik suka dan duka demi harga sebuah perjuangan, demi Malaysia Baru. Kekanda amat menghargai persahabatan kita disimpulkan dengan satu cita-cita dan satu harapan.
Adinda Nurul Izzah,
Kekanda amat yakin kebolehan adinda bukanlah kerana ‘menumpang’ nama besar Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pepatah Arab ada mengatakan: “bukanlah anak muda hebat itu yang berbangga tentang kegemilangan ayahnya tetapi anak muda hebat ialah yang berkata aku adalah aku”. Kekanda akan berkata, “adinda adalah adinda dari sudut kehebatan dan kemampuan”.
Manusia akan terus berkata, janganlah adinda menjangkakan manusia akan diam dengan kebolehan kita dan kemampuan kita. Sehebat manapun seseorang, dia akan lebih hebat jika manusia terus mempertikaikannya maka terserlah lagi kehebatannya. Para ulama dan ilmuwan yang namanya terukir dibibir orang yang membaca pandangannya tidak dihargai pandangannya begitu sahaja, mereka dikritik malah dicerca dan dicaci sebagai ‘sesat’ dan sebagainya. Lihat siapa mereka hari ini, dimana pencacinya berakhir? Pencaci dan pencacai akan hilang ditelan zaman, yang terserlah ialah kehebatan kepada yang dicaci dan dikritik.
Kekanda tidak tahu tentang adinda tetapi kekanda yakin dengan ‘sunnah’ ini selagi ada kekuatan hujah dan kejelasan pemikiran apa yang kita perjuangkan. Biarkan pengkritik lakukan apa yang mereka pakar lakukan, kita lakukan apa yang kita perlu lakukan iaitu membawa gelombang Malaysia Baru! Kekanda perlukan adinda bersama memimpin gelombang besar ini…
Bukan mudah berada dalam parti yang dikatakan kononnya ‘parti anak beranak’. Mereka juga menggunakan istilah yang lebih sofistikated seperti ‘nepotism’. Kekanda tidak pandai guna istilah-istilah ini, apa yang kekanda tahu ialah abaikan semua itu (persetankan, maaf bahasa kasar) kerana adinda bukan apa yang diperkatakan, adinda ada kelayakan tersendiri, amat tidak adil untuk kelayakan ini ‘dimandulkan’ hanya kerana kata-kata sinis seorang, dua. Tiada yang lebih baik dibuat kayu pengukur melainkan dengan istilah al-Quran iaitu ‘al-qawwi’ ‘al-amin’.
Adindaku,
Kekanda pernah bertanya pada sifu-sifu kekanda dalam politik. Anehnya sifu-sifu kekanda bukan semuanya dari mana-mana parti tertentu tetapi sebahagian mereka hanya pemerhati yang mengamati sepanjang pengalaman hidupnya bagaimana potensi digilap dan potensi’dimalap’.
Hanya satu pesanan sifu-sifu ini:
“…dalam perjuangan tak boleh ‘merajuk’ dan kecil hati sebab musuh kita akan melihat itu satu kekalahan awal, mereka akan lebih berani ke hadapan hendak menjatuhkan kita”.
Namun satu kata nasihat yang kekanda tak akan lupa dari seorang sifu kekanda yang telah pun meninggalkan dunia fana ini. Sifu dari Pulau Pinang ini memetik dari kata-kata semangat seorang pemimpin besar di Barat: “Jangan salahkan musuh kamu kerana menjatuhkan kamu, salahkan diri kamu sendiri kenapa kamu enggan berdiri semula”.
Kekanda pernah dijemput ke rumah seorang sifu satu ketika di Kelantan. Waktu itu kekanda berumur 30-an dan penuh semangat anak muda. Sifu ini yang sekian lama berdiam diri setelah pernah menjadi manusia yang digelar ‘paling bekeng’ dalam politik Kelantan. Beliau jadi juara ‘gedebe’ setelah menewaskan dalam satu pergaduhan dengan ‘ketua gangsta’ paling digeruni, sejak itu gelaran kepada beliau sebagai tokoh gedebe tidak pernah dipertikai dan disangsikan. Dengan latarbelakang sifu ini, kekanda menjangkakan nasihatnya ‘keras’ dan ‘tegas’ namun kata nasihatnya penuh kesufian dan kelembutan. Katanya: “Mujahid akan muncul jadi pemimpin satu hari nanti, lagi tinggi Mujahid naik, mesti lebih kukuh asas tempat bertapak, jika tidak, pasti akan bergoyang di atas nanti, bina tapak dari sekarang pasti Mujahid akan memerlukannya”. Dua puluh tahun lebih berlalu, kenyataan kata-kata nasihat dari sifu paling ‘gedebe’ ini kanda ingin kongsikan dengan dinda. Sudilah apa kiranya adinda mendengarnya buat bekalan perjalanan panjang kita.
Adinda Nurul Izzah,
Kekanda hanya mahukan kebaikan untuk masa depan politik adinda, maaf kerana warkah ini ditulis cara terbuka tetapi kekanda rasa adinda adalah ‘Puteri Reformasi’ milik generasi baru yang akan mencorakkan Malaysia Baru. Mereka perlukan ‘puteri’ mereka terus memimpin langkah awal ke arah apa yang dicitakan oleh pengasas gelombang reformasi. Para pengkritik juga ingin menguji apakah kekentalan ‘Puteri Reformasi’ masih utuh? Jangan biarkan ujian ini menjadi satu kebenaran dan jangan biarkan mereka yang tidak ada bersama kita sebelumnya menentukan nasib Malaysia Baru, kita perlu tentukannya bersama.
Adinda tidak perlu bimbang banjiran mereka yang mahu berada dalam Pakatan kita, kita punya kerangka besar yang mereka harus berada dalamnya biar apa parti pun yang mereka pilih di kalangan kita. Kita ada Malaysia Baru yang kita perjuangkan bersama, Puteri Reformasi perlu perkukuhkan Malaysia Baru bagi menjawab kebimbangan ini. Janganlah berundur setelah beribu tapak perjalanan kita, jalan kita masih jauh, Malaysia Baru memerlukan adinda.
Adinda Nurul Izzah, Akhir kalam terimalah salam kekanda dari hati yang merindui Malaysia Baru tanpa kebencian kaum dan agama, Malaysia Baru yang melimpahkan kekayaannya buat golongan mustadafin dan Malaysia Baru yang melahirkan generasi baru yang progresif dan inklusif. Alangkah bahagianya saat Malaysia Baru jadi kenyataan ketika itu.
Kekanda tidak tahu apakah kekanda akan berada di situ nanti tetapi sekurangnya adinda Nurul Izzah mesti teruskan perjalanan ini. Kekanda menghormati keputusan adinda namun kekanda harap adinda membaca warkah ini sehingga habis bukan untuk mengubah pendirian adinda kerana kekanda tahu kekentalan adinda sukar dilenturkan, tetapi untuk menyatakan kepada adinda bahawa perjuangan kita lebih besar dari perasaan dan emosi kita terhadap apa sahaja yang berlaku di hadapan kita. Siapalah kita hanya zarrah kecil membentuk harapan manusia ke arah Malaysia dengan dunia yang lebih baik.
Kenderaan kami menghampiri Toledo, dan kekanda akan berhenti di sini dahulu untuk menikmati keindahan pemandangan dari kawasan tinggi di sini. Adios…
Sekian,
Yang Benar,
Kekanda Mujahid Yusof Rawa
(Perjalanan darat dari Cordova ke Madrid)
Sumber: Siakap Keli
The post “Kekanda Tidak Boleh Tidur Fikirkan Adinda,” Dr Mujahid Sampaikan Warkah Terbuka Buat YB Nurul Izzah appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/kekanda-tidak-boleh-tidur-adinda-dr-mujahid-sampaikan-warkah-terbuka-buat-yb-nurul-izzah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adinda Nurul Izzah Jawab Warkah Kekanda Mujahid Nasional Berita Harian

Adinda Nurul Izzah Jawab Warkah Kekanda Mujahid Nasional Berita Harian

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 704 hits
Adinda Nurul Izzah jawab warkah kekanda Mujahid Nasional Berita Harian Adinda Nurul Izzah jawab warkah kekanda MujahidKUALA LUMPUR Bekas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akhirnya membuka mulut berhubung isu warkah dikirimkan Menteri di J...
Warkah Kekanda Mujahid Buat Adinda Izzah

Warkah Kekanda Mujahid Buat Adinda Izzah

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 560 hits
Warkah kekanda Mujahid buat adinda Izzah ULASAN Kekanda perlukan adinda bersama memimpin gelombang besar Malaysia baru ini
Dah Berapa Malam Tak Tidur Najib Persenda Surat Mujahid Untuk Nurul Izzah

Dah Berapa Malam Tak Tidur Najib Persenda Surat Mujahid Untuk Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 435 hits
Dah berapa malam tak tidur Najib Persenda Surat Mujahid untuk Nurul Izzah Datuk Seri Najib Tun Razak mempersendakan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berhubung surat dengan tulus ikhlas kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar d...
Dari Cordova Ke Madrid Mujahid Sempat Tulis Surat Terbuka Untuk Nurul Izzah

Dari Cordova Ke Madrid Mujahid Sempat Tulis Surat Terbuka Untuk Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 772 hits
MALAYSIADATELINE Dari Cordova ke Madrid Mujahid sempat tulis surat terbuka untuk Nurul Izzah Keputusan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar melepaskan dua jawatan kanannya sebagai Naib Presiden dan Pengerusi Negeri Pulau Pinang da...
Surat Terbuka Kepada Nurul Izzah Martabat Bahasa Melayu Klasik Kata Mujahid

Surat Terbuka Kepada Nurul Izzah Martabat Bahasa Melayu Klasik Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 513 hits
December 29 2018 4 22 PM Mujahid berkata netizen patut berterima kasih kepadanya kerana rata rata mereka sudah mula menggunakan bahasa Melayu klasik selepas surat beliau tular di media sosial GEORGE TOWN Penggunaan bahasa Melayu klasik dala...
Kekanda Di Cordova Kisah Cinta Politik Dr Mujahid Nurul Izzah

Kekanda Di Cordova Kisah Cinta Politik Dr Mujahid Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 437 hits
SHAH ALAM Warkah dari Cordova untuk Nurul Izzah Anwar dikirim secara terbuka melalui media sosial oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid diolah netizen dengan pelbagai sudut sehingga menarik perhatian ramai penggiat p...
Ini Surat Dr Mujahid Buat Yb Nurul Izzah Romantik Nampaknya

Ini Surat Dr Mujahid Buat Yb Nurul Izzah Romantik Nampaknya

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 923 hits
Kekanda Tidak Boleh Tidur Bimbangkan Adinda Surat Terbuka Dr Mujahid Buat YB Nurul Izzah December 26th 2018 by Minggu lepas YB Nurul Izzah membuat langkah mengejutkan apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Ketua Par...
Najib Trolls Mujahid Over Nurul Izzah Letter

Najib Trolls Mujahid Over Nurul Izzah Letter

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 448 hits
PETALING JAYA Datuk Seri Najib Tun Razak has taken the mickey out of Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa for his heartfelt letter to Permatang Pauh MP Nurul Izzah Anwar in which he said he could not sleep out of concern for her The former prim...
Warkah Balas Dari Izzah Yang Dinanti Selamba Rani Kulup Kata Mujahid Gila Berlendir

Warkah Balas Dari Izzah Yang Dinanti Selamba Rani Kulup Kata Mujahid Gila Berlendir

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 618 hits
Warkah balas dari Nurul Izzah yang dinantikan oleh Menteri Agama Mujahid Yusof Rawa tetapi dibalas pula oleh Ayahanda Petala Langit Ke 7 Rani Kulup Baca warkah dari beliau amat sardis jika dihayati WARKAH DARI AYAHANDA RANI KULUP UNTUK MUJA...
Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata