Kekanda Di Cordova Kisah Cinta Politik Dr Mujahid Nurul Izzah



SHAH ALAM - Warkah dari Cordova untuk Nurul Izzah Anwar dikirim secara terbuka melalui media sosial oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid diolah netizen dengan pelbagai sudut sehingga menarik perhatian ramai penggiat politik.

Salah seorangnya, Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan beliau dilihat tertarik dengan infografik Warkah dari Cordova yang disunting netizen dari satu drama popular di sebuah stesen televisyen tempatan kemudian mengembangkannya menjadi satu plot drama berkisar politik.

Menurutnya, tiba-tiba sahaja perkataan adinda dan kekanda menjadi popular, bahkan ada satu infografik filem bertajuk Kekanda di Cordova.

“Ada gambar Dr Mujahid berlakon sebagai kekanda, Nurul Izzah sebagai adinda, Anwar (Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai ayahanda, Wan Azizah (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) sebagai bonda.
“Tidak tahu pula KJ (Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar) memegang watak apa, walaupun ada gambar beliau di sebelah Nurul Izzah.
“Betulkah Mujahid bercinta dengn Nurul Izzah sampai tidak tidur malam? atau baru mahu melamar atau memang akan berkahwin?,” katanya melalui perkongsian di Faceboknya hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Puad juga mempunyai kreativitinya sendiri dan mengaitkan apa yang berlaku itu adalah cerita tentang perkahwinan politik semata-mata.

“Saya yakin ia hanya cerita perkahwinan politik. Mujahid risau Nurul Izzah akan bercerai politik daripada PH apabila meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Ketua PKR Pulau Pinang.
“Sebab itu dia mengajak Puteri Reformasi itu berkahwin dengan Amanah. Kenapa Nurul Izzah mahu bercerai politik daripada PH.
“Mungkin dia tidak tahan dengan Pak Mertua dia (Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad) yang cuba membawa ramai lelaki gelandangan (bekas pemimpin Umno) yang tidak ada hala tuju masuk Bersatu,” katanya.

Mohd Puad memberitahu, situasi peletakan jawatan Nurul Izzah dalam PKR telah mengganggu perasaan Anwar dan menjejaskan peluang menjadi Perdana Menteri.

“Tetapi yang amat risau dengan perceraian politik Nurul Izzah ini sudah tentu yang berlakon watak ayahanda, iaitu Anwar.
“Perceraian itu boleh menyebabkan hubungan dengan besannya (Tun M) renggang dan menjejaskan peluang beliau sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Mohd Puad turut mengandaikan tentang peranan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang wajahnya juga ada dalam infografik yang disunting netizen.

“Apa pula peranan KJ (Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar)? Mungkin dia mengajak Nurul Izzah berkahwin mutaah dengannya iaitu menubuhkan gagasan 'Anak Muda' yang melangkaui sempadan parti politik.
“Sebab itu dengan pelakon yang sama, ada yang buat filem berjudul “Cinta Tiga Segi”. Marilah kita sama sama menonton filem “Box Office” ini yang akan mula masuk panggung tahun hadapan untuk mengetahui 'endingnya'.
“Mujur watak kekanda tidak dipegang oleh Abang Mat Sabu,” katanya lagi.

Kelmarin, Mujahid yang merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar ketika dalam perjalanan dari Cordova ke Madrid, Sepanyol menulis surat terbuka kepada Nurul Izzah dan ia tular di media sosial.

Namun, sehingga semalam, Nurul Izzah dilihat mengambil langkah berdiam diri tanpa memberi sebarang maklum balas kepada pertanyaan media yang menghubunginya dan beliau juga dilihat tidak memuat naik sebarang status di media sosial peribadinya.

Lihat sebelum ini..

Ini, Surat Dr Mujahid Buat YB Nurul Izzah. Romanti...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/12/kekanda-di-cordova-kisah-cinta-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mujahid On Why He Wrote Letter From Cordova To Nurul Izzah

Mujahid On Why He Wrote Letter From Cordova To Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 384 hits
Amanah s Mujahid Yusof Rawa says he has always maintained close ties with Nurul Izzah Anwar and they view each other as family GEORGE TOWN Amanah s Mujahid Yusof Rawa today said his flowery letter to Permatang Pauh MP Nurul Izzah Anwar was ...
Dari Cordova Ke Madrid Mujahid Sempat Tulis Surat Terbuka Untuk Nurul Izzah

Dari Cordova Ke Madrid Mujahid Sempat Tulis Surat Terbuka Untuk Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 722 hits
MALAYSIADATELINE Dari Cordova ke Madrid Mujahid sempat tulis surat terbuka untuk Nurul Izzah Keputusan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar melepaskan dua jawatan kanannya sebagai Naib Presiden dan Pengerusi Negeri Pulau Pinang da...
Netizen Nak Muntah Baca Surat Cinta Mujahid Kpd Nurul Izzah

Netizen Nak Muntah Baca Surat Cinta Mujahid Kpd Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 884 hits
Cari makhluk hitam tersembunyi dalam gambar WARKAH DARI CORDOVA UNTUK NURUL IZZAH Ke hadapan Adinda Nurul Izzah yang dikasihi Kekanda kini dalam perjalanan darat 3 jam dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid Kekanda tidak boleh tidur keran...
Kekanda Tidak Boleh Tidur Fikirkan Adinda Dr Mujahid Sampaikan Warkah Terbuka Buat Yb Nurul Izzah

Kekanda Tidak Boleh Tidur Fikirkan Adinda Dr Mujahid Sampaikan Warkah Terbuka Buat Yb Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 475 hits
Kekanda Tidak Boleh Tidur fikirkan Adinda Dr Mujahid Sampaikan Warkah Terbuka Buat YB Nurul Izzah Nurul Izzah sebelum ini mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR serta Pengerusi PKR Pulau Pinang akibat kekecewaannya ter...
Adinda Nurul Izzah Jawab Warkah Kekanda Mujahid Nasional Berita Harian

Adinda Nurul Izzah Jawab Warkah Kekanda Mujahid Nasional Berita Harian

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 643 hits
Adinda Nurul Izzah jawab warkah kekanda Mujahid Nasional Berita Harian Adinda Nurul Izzah jawab warkah kekanda MujahidKUALA LUMPUR Bekas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akhirnya membuka mulut berhubung isu warkah dikirimkan Menteri di J...
Ini Surat Dr Mujahid Buat Yb Nurul Izzah Romantik Nampaknya

Ini Surat Dr Mujahid Buat Yb Nurul Izzah Romantik Nampaknya

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 885 hits
Kekanda Tidak Boleh Tidur Bimbangkan Adinda Surat Terbuka Dr Mujahid Buat YB Nurul Izzah December 26th 2018 by Minggu lepas YB Nurul Izzah membuat langkah mengejutkan apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Ketua Par...
Kesiannya Mujahid Lebih 24 Jam Surat Tidak Dilayani Nurul Izzah

Kesiannya Mujahid Lebih 24 Jam Surat Tidak Dilayani Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 1266 hits
Sudah 24 jam Warkah Dari Cordoba Untuk Nurul Izzah ditulis dan dipaparkan namun sehingga kini masih tiada reaksi daripada sosok surat terbuka itu ditujukan iaitu Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar Warkah tersebut ditulis oleh Me...
Mujahid Dear Nurul Izzah New Malaysia Needs Its Princess

Mujahid Dear Nurul Izzah New Malaysia Needs Its Princess

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 378 hits
Permatang Pauh MP Nurul Izzah Anwar still has a role to play in the new Malaysia said Amanah vice president Mujahid Yusof Rawa In an open letter penned on his journey from Cordoba to Madrid Mujahid said Nurul Izzah as the puteri reformasi i...
Nurul Izzah Mujahid S Letter Was Inappropriate And Condescending

Nurul Izzah Mujahid S Letter Was Inappropriate And Condescending

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 181 hits
Former PKR vice president Nurul Izzah has finally responded to Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa s open letter four days later Unfortunately it was not a positive response for the Minister in the Prime Minister s Department Good intentions n...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte