Tak Mudah 3 Tahun Baru Dapat Lengkapkan Misi Dua Sahabat Raih Pengalaman Berharga Kembara Ke Indonesia Naik Vespa


KITA mungkin sering mendengar tentang jelajah atau ekspedisi menggunakan motosikal ke Thailand tetapi jarang pula dengar tentang kembara ke negara jiran, Indonesia.
Barangkali dari segi logistik dan kos yang tinggi membuatkan ramai rider lebih selesa memilih Thailand untuk melakukan kembara tetapi tidak bagi dua sahabat ini.
Pertemuan di sebuah acara di Pulau Pinang pada 2015 telah mencetuskan idea ‘gila’ untuk menjelajah ke seluruh Indonesia menggunakan motosikal klasik Vespa.

Johaniff memberitahu segala urusan bersama Imigresen dilakukan sendiri sebelum memasuki Kalimantan.
Bercerita mengenai jelajah itu, Mohd Johaniff Mohamed Sohaimi, 36, memberitahu dia sudah lama bercita-cita untuk ke Indonesia bersama Vespa kesayangannya dan tidak menyangka sahabatnya, Zafari Zakaria, 28, berminat dengan idea itu.
“Saya masih ingat ketika itu saya ke sebuah program di Pulau Pinang pada 2015 dan pertemuan dengan Zafari telah membuka cerita mengenai impian kami untuk mengembara ke luar negara menggunakan motosikal Vespa.
“Zafari cita-citanya nak menjelajah ke Indo-China dan daripada perbualan itu timbul idea untuk menjelajah ke seluruh Indonesia kerana belum ramai rider dari Malaysia berbuat demikian.
“Kami bersetuju dan memulakan perancangan rapi selain mengajak beberapa rakan lain untuk ke sana namun akhirnya hanya saya dan Zafari yang meneruskan misi itu,” katanya kepada mStar.

Dua sahabat ini melalui pelbagai cabaran dalam melengkapkan misi mereka.
Pada awalnya kata Johaniff, mereka bercadang untuk melengkapkan jelajah di Sabah dan Sarawak namun timbul idea untuk memasuki Indonesia menerusi Kalimantan Barat.
Johaniff memberitahu jelajah itu memakan masa selama tiga tahun untuk dilengkapkan atas beberapa faktor namun mereka berjaya melengkapkan fasa pertama kembara itu selama dua bulan iaitu pada Januari sehingga Februari 2016.
Sebelum memulakan perjalanan, kedua-dua sahabat itu menerbangkan motosikal Vespa kesayangan mereka ke Sabah dan memulakan ekspedisi mereka dengan menjelajah negeri di bawah bayu itu selain memasuki Brunei.
Sebelum memasuki Indonesia melalui Kalimantan Barat, kedua-dua sahabat itu meneruskan kembara ke Sarawak terlebih dahulu dan misi melengkapkan ekspedisi ke seluruh Malaysia berjaya.
Saya masih ingat, kehadiran kami bagaikan sudah disebarkan oleh komuniti Vespa di sana dan sambutan mereka terhadap orang luar cukup mengagumkan.Mohd Johaniff Mohamed Sohaimi“Kami memasuki Indonesia menerusi Kalimantan Barat dan seterusnya menempuh perjalanan ke Ponti4nak sebelum menaiki feri untuk ke Semarang.
“Dari situ, kami meneruskan perjalanan dengan menunggang Vespa menempuh perjalanan yang panjang sehingga ke Jakarta,” katanya.
Jelas Johaniff, perancangan dan semua kos kembara itu tidak ditanggung oleh mana-mana pihak sebaliknya mereka menggunakan simpanan sendiri.
Bercakap mengenai kembara itu, Johaniff memberitahu dia bersama Zafari menjelajah ke Sumatera, Jawa, Bali, Lombok, Sumbawa, Sulawesi, Sumba, Flores dan banyak lagi destinasi menarik dan memberikan pelbagai pengalaman sepanjang perjalanan itu.

Pemandangan indah bersama Vespa yang dirakamkan.
Persediaan motosikal sebelum berangkat
Sebagai persiapan sebelum memulakan kembara itu, Johaniff memberitahu paling utama adalah memastikan Vespa yang digunakan berada dalam keadaan baik kerana perlu menempuh perjalanan jauh.
Meskipun menunggang motosikal klasik, Johaniff berkata ia bukan satu masalah sebaliknya lebih selesa menggunakan motosikal kesayangannya itu meskipun terdapat perkhidmatan sewa kenderaan itu di Indonesia.
“Kalau guna Vespa sendiri, kita bukan sahaja sudah selesa dengannya tetapi jika berlaku sebarang masalah pun, kita boleh tahu apa yang tak kena.
“Apa paling penting, sebelum berangkat saya pastikan motosikal dalam keadaan baik selain membawa serba sedikit kelengkapan penting untuk kegunaan kecem4san.

Jelajah ini juga telah mempertemukan dua sahabat ini dengan ramai orang yang gemar membantu.
“Selebihnya saya tidak risau sangat kerana di seluruh Indonesia terdapat banyak bengkel dan rakan-rakan dengan minat sama… apa-apa berlaku memang ramai akan menawarkan bantuan,” ujarnya.
Ambil keputusan pulang ke Malaysia, tak putus asa lengkapkan kembara!
Johaniff memberitahu tiada perancangan lengkap selain beberapa faktor seperti wang mereka dit1pu telah membuatkan dia dan Zafari mengambil keputusan untuk melupakan seketika kembara tersebut dan pulang ke Malaysia pada akhir Februari 2016.
Meskipun berat hati namun keputusan itu paling realistik yang perlu dilakukan dan meninggalkan motosikal kesayangan mereka di Jakarta sebagai pemangkin semangat untuk kembali membawa pulang Vespa itu ke tanah air.
“Apabila pulang, hati itu belum rasa puas sebab masih belum melengkapkan kembara kami tetapi saya dan Zafari ambil peluang ini untuk membuat perancangan dengan teliti sebelum menyambung misi kami.

Johaniff dan Zafari anggap kembara yang dilakukan cukup mengujakan.
“Informasi tentang kembara ke Indonesia tidak banyak kerana tidak ramai rider dari Malaysia ke sana dan kami perlu mengkaji sendiri dan membuat perancang yang betul.
“Alhamdulillah pada fasa pertama kembara, kami sudah kenal ramai rider dari Indonesia dan mereka yang banyak tolong kami,” katanya.
Maka pada akhir bulan Disember 2018, Johaniff dan Zafari sekali lagi berangkat ke Jakarta untuk menyambung kembali misi mereka dan kali ini dalam keadaan lebih bersedia.
Hanya dalam tempoh tiga bulan, kedua-dua sahabat itu berjaya melengkapkan perjalanan dari Jakarta ke Bali, Lombok, Flores dan seterusnya ke Edanjaya, Sulawesi.

Feri antara pengangkutan paling banyak dinaiki mereka untuk merentas pulau di Indonesia.
Dari situ, mereka menuju ke Baka Belintung, Sumatera sebelum menuju kembali ke Ponti4nak seterusnya ke Kalimantan dan memasuki semula Malaysia pada Mac 2019.
“Paling penting dalam kembara kali ini, kami betul-betul mengkaji peta perjalanan dan pengangkutan awam di sana memandangkan Indonesia terpecah kepada beberapa pulau dan perlu menggunakan feri untuk menyeberang.
“Bayangkan hendak sampai ke Papua kami perlu menaiki 20 feri! Itu belum lagi keadaan cuaca dan kami pernah tersadai di Pulau Sumbawa Besar ketika hendak ke Flores.
“Tetapi Alhamdulillah dengan perancangan teliti kali ini, perjalanan lebih mudah apatah lagi bertemu dengan banyak rakan di sana yang menawarkan pelbagai bantuan kepada kami berdua,” jelasnya.

Bersama sahabat-sahabat di Indonesia.
Jauh berjalan, luas pemandangan
Ditanya pengalaman berharga sepanjang kembara itu, Johaniff memberitahu semangat persaudaraan yang ditunjukkan komuniti dan masyarakat setempat di sana mengagumkan mereka.
Meskipun pernah dit1pu oleh orang tempatan, Johaniff berkata, pengalaman buruk itu tidak mencerminkan secara keseluruhan pengalaman kembara mereka malah menganggap ia kenangan berharga.
“Saya masih ingat, kehadiran kami bagaikan sudah disebarkan oleh komuniti Vespa di sana dan sambutan mereka terhadap orang luar cukup mengagumkan.
“Ada sampai kami tidak dibenarkan tidur di hotel dan mereka layan kami dengan cukup baik. Berjumpa dengan komuniti di sana juga pengalaman berbeza apatah lagi banyak benda yang dikongsi,” ujarnya.

Antara program yang dihadiri Johaniff di Indonesia.
“Dari segi pengalaman kembara, sebenarnya terdapat pelbagai destinasi yang cukup indah di Indonesia seperti di Timur Sumbawa. Pemandangannya cukup mengagumkan,” kongsinya.
Berharap pandemik segera berakhir, Johaniff memberitahu dia sudah bersedia untuk kembali mengembara bersama Vespa kesayangannya.
Impiannya kali ini, mengelilingi dunia!
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2021/11/tak-mudah-3-tahun-baru-dapat-lengkapkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kos Haji Jemaah Indonesia Naik Mulai Tahun Ini

Kos Haji Jemaah Indonesia Naik Mulai Tahun Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 173 hits
JAKARTA Kos mengerjakan haji bakal jemaah Indonesia meningkat kepada 35 8 juta rupiah tahun ini kata Menteri Agama Indonesia Lukman Hakim Saifuddin Beliau dipetik media tempatan memaklumkan bahawa mulai tahun 2017 lalu kos mengerjakan haji ...
Aku Dah Simbah Isteri Air Yassin Air L0ngkang Je Blm Lagi Baru 4 Tahun Kahwin Berat Bdn Isteri Naik 95kg

Aku Dah Simbah Isteri Air Yassin Air L0ngkang Je Blm Lagi Baru 4 Tahun Kahwin Berat Bdn Isteri Naik 95kg

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 423 hits
B4ca perlahan lahan semoga dapat pengajaran dari k1sah ini Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada s3mua pemb4ca Min tolong hide kan fb aku M1n aku dah 4 tahun kawin min
Berkat 3 Tahun Tunggu Ingat Kembar Dua Seminggu Lahir Baru Tahu Ada Seorang Lagi

Berkat 3 Tahun Tunggu Ingat Kembar Dua Seminggu Lahir Baru Tahu Ada Seorang Lagi

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 238 hits
Disangkakan dua rupanya tiga Siapa sangka selepas hampir tiga tahun menanti kehadiran cahaya mata doa ejen hartanah Mohamad Safwan Abd Rahim dan pasangannya Nurul Farhana Fatin Salim akhirnya termakbul apabila dikurniakan bayi lelaki kembar...
Dap Kekalkan Enam Bekas Adun Calonkan Dua Muka Baru

Dap Kekalkan Enam Bekas Adun Calonkan Dua Muka Baru

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 262 hits
MALAYSIA DATELINEDAP mengekalkan enam bekas Adun dan mencalonkan muka baharu pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini Semua lapan calon daripada parti itu yang akan bertanding pada PRN Melaka akan menggunakan logo Pakatan Harapan kat...
Menko Luhut Perketat Aturan Di Tahun Baru Untuk Antisipasi Kenaikan Kasus

Menko Luhut Perketat Aturan Di Tahun Baru Untuk Antisipasi Kenaikan Kasus

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 220 hits
Pemerintah juga mempersiapkan berbagai skenario untuk mengantisipasi potensi kenaikan kasus akibat Natal dan Tahun Baru Kesiapan itu mencakup aspek baik dari sisi kesehatan maupun ekonomi
Luhut Ungkap Skenario Cegah Lonjakan Covid 19 Usai Natal Dan Tahun Baru

Luhut Ungkap Skenario Cegah Lonjakan Covid 19 Usai Natal Dan Tahun Baru

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 220 hits
Menurut dia kesuksesan dalam menahan kenaikan kasus Covid19 pada periode Nataru 2021 akan menentukan keberlanjutan pemulihan ekonomi ke depan
Menkes Ri Kendalikan Pandemi Jika Lewati Natal Dan Tahun Baru Tanpa Lonjakan Kasus

Menkes Ri Kendalikan Pandemi Jika Lewati Natal Dan Tahun Baru Tanpa Lonjakan Kasus

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 152 hits
Budi mengapresiasi kerja keras tenaga kesehatan di seluruh Indonesia selama pandemi Covid 19
Sweet Raih Sokongan Peminat Indonesia

Sweet Raih Sokongan Peminat Indonesia

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR Tanpa peminat seseorang artis tidak mungkin menempa kejayaan Dengan tertubuhnya kelab peminat sokongan diterima berterusan sekali gus menyuntik semangat baharu dalam meneruskan kerjaya seni Klik sini untuk baca artikel penuh Su...
Wagyu Tomahawk Bersalut Emas Berharga Rm6 888 Raih Perhatian Netizen

Wagyu Tomahawk Bersalut Emas Berharga Rm6 888 Raih Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 246 hits
Wagyu Tomahawk Bersalut Emas Berharga RM6 888 Raih Perhatian Netizen Setiap kali muncul restoran baru atau viral mesti anda selidik dahulu menu dan harga di restoran tersebut bukan Terbaharu seorang pengguna Facebook Tzeyung Toh dalam group...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities