
Satukan mentega dan susu pekat. Pukul hingga sebati dan berkrim. Ketepikan.Dalam bekas lain pukul telur, gula dan ovelet dengan speed tinggi hingga kembang.Kemudian, satukan adunan mentega tadi ke dalam adunan telur.Sebatikan, putar menggunakan speed paling rendah.Kemudian masukkan serikaya dan putar hingga bergaul rata. Masukkan horlicks, tepung dan esen vanila. Putar dengan speed perlahan hingga bergaul rata.Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diputar hingga sebati.Alihkan adunan ke mangkuk besar dan kaup balik dengan spatula hingga rata.Panaskan oven pada suhu 150c (api atas sahaja). Sendukkan lebih kurang 5 sudu makan (105 gm) ke dalam loyang dan ratakan.Bakar menggunakan api atas saja lebih kurang 8 minit atau sehingga permukaan kek keperangan.(masa bakar bergantung kepada kepanasan oven sendiri).Angkat dan tekan permukaan kek dengan penekan kek lapis dan cucuk dengan garpu.Ratakan lapisan seterusnya dan ulangi melapis sehingga 3 lapisan.Untuk lapisan ke empat, ratakan adunan.Kemudian atur rapat dan cucuk hawflakes secara menyerong sehingga separuh tenggelam.Bakar hingga permukaan kek keperangan. Keluarkan dari oven, tekan perlahan hawflakes pada satu arah sahaja.Buat tanda pada loyang arah susunan hawflakes supaya susunan lapisan berikut berada pada arah yang sama.Ulangi Langkah 15 - 19 sehingga habis.
Kek Lapis Sisik Ikan|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |