Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu
Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu | Restoran Sisik cukup dikenali dengan masakan warisan yang menyajikan hidangan ikan bakar dan pelbagai makanan laut. Kedudukan Restoran Sisik yang strategi ini selain terdapat ruang letak kereta yang luas ianya terletak berhampiran pusat membeli belah GM Klang (GM Klang Wholesales City) yang sentiasa menjadi kegilaan orang ramai malah seorang sahabat yang tinggal di Kedah pun sanggup ke sini untuk bershopping
Restoran Sisik yang dahulunya dikenali sebagai Restoran Resepi Warisan Tok, ditubuhkan pada tahun 2013 oleh pengasasnya yang berasal dari negeri Pahang yang ingin memartabatkan masakan Melayu asli terutama dari segi ramuan dan masakannya
Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu Memang dari jauh dah boleh nampak 'signboard' Restoran Sisik ni yang terletak di Bandar Botanik Klang ni
Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu
Nasi lemak sisi buluh perindu..pergh dasyat nama sajian ni kan! yang merupakan antara menu yang disajikan selain kita boleh makan nasi putih dengan pelbagai jenis masakan laut
Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayufavorite! dan recommended! memang sedap ikan pari bakar yang diletakkan kuah air asam yang pekat dan sangat memikat
Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi MelayuIkan masak tempoyak yang cukup sedap yang cukup disyorkan..tak percaya? mai la cuba!
Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayuikan siakap stim yang cukup memenuhi selera saya, ikan bawal bakar, siput buluh dan kepah yang dimasak cukup menyelerakan sampai tersandar lepas makan..hehe
Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi MelayuPelbagai jenis makanan laut segar untuk dipilih dan seterusnya dimasak ikut selera para pelanggan. Ada pemiant telor ikan mayong, telur sotong? dan peminat lauk masakan asli dan tradisi Melayu di Restoran Sisik ni, kena la singgah dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang sementara untuk steamboat dan hidangan bakar atau bakar berempah pula bermula jam 5 petang hingga 12.30 tengah malam
Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi MelayuRestoran ini boleh menempatkan sehingga 600 orang dalam satu masa, jadi kalau nak buat tempahan untuk sebarang majlis, jamuan makan dan apa saja acara, tempat ini memang sesuai
Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu
foto kredit to Ayu ArjunaSegak kan para pekerja di Restoran Sisik ni dengan baju ala pengawal siap dengan tanjak, kemas dan mereka ni sangat ramah dari bab pemilihan makanan sehingga bab sajian. Tahniah Restoran Sisik yang bukan sahaja memperkenalkan masakan asli Melayu tapi juga penampilan para pekerjanya
Nak tau lebih lanjut boleh layari www.facebook.com/restoransisik
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi 019 226 3004 / 016 224 0474
Alamat : No 2, Jalan Kasuarina 1/ks7,Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umifuzy.blogspot.com/2019/08/restoran-sisik-ikan-bakar-resepi.html