Keistimewaan Makanan Laut Bakar Dari Restoran Sisik Ikan Bakar Bandar Botanic Klang


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tengah rancak sekarang ini di sosial media kempen utamakan produk muslim seperti mana posting di blog Maha sebelum ini. Jadi sebab itu sekarang ni Maha nak bawa korang kepada satu restoran 100% milik Muslim yang ramai orang cari. Bukan calang-calang tau restoran ini menyajikan makanan laut bakar yang menjadi pilihan warga Klang dan juga yang berhampiran dengannya

Restoran yang Maha maksudkan adalah Restoran Sisik Ikan Bakar yang terletak di Jalan Kasuarina 1/ks7, Bandar Botanic Klang. Tapi kalau korang nak senang cari restoran ini terletak betul-betul depan GM Klang. Kalau cari tu Insha Allah tak sesat punya hehehe. Restoran ini buka setiap hari dari pukul 8.00pagi hingga 4.30petang untuk masakan asli Melayu dan untuk malam pula dari pukul 5.00petang hingga 12.30 tengah malam untuk makanan laut bakar. 


Korang yang tinggal atau bekerja area Klang nak cari makan ikan bakar waktu malam boleh datang ke restoran ini memang meriah dengan makanan laut yang segar dan banyak pilihan. Korang boleh tengok sendiri lah masa Maha pergi makan hari tu ada pelbagai jenis ikan seperti Ikan Siakap, Ikan Bawal Mas, Ikan Jenahak, Ikan Kembung, Ikan Cencaru, Ikan Tuka dan banyak lagi. Itu baru ikan tak masuk lagi yang lain seperti Sotong, Udang, Kerang, Ketam, Pepahat, Lala dan macam-macam lagi lah





Jadi korang boleh pilih nak bakar yang macam mana. Kalau nak masak berkuah pun ada kat sini macam yang telah dihidangkan kepada Maha dan kawan-kawan hari tu. Banyak sangat lauk pauknya semua masakan asli Melayu. Korang boleh cuba Ikan Siakap Bakar Tempoyak atau orang Pahang panggil Masak Pais. Ini paling menjadi kegemaran Maha tak begitu pedas dan juga rasa Tempoyak yang cukup rasa. Mungkin ada orang yang suka rasa Tempoyak lebih tapi bagi Maha yang ini sesuai dengan selera Maha
Ikan Siakap Bakar Tempoyak
Selain tu, juga korang boleh cuba ikan dimasak pelbagai cara lain yang popular seperti Asam Pedas, Masak 3 Rasa, Stim Hijau, Bakar Berempah dan banyak lagi. Semua ini cukup rasa rempah dan juga bahan masakan mereka tidak lebih dan juga tidak kurang. Masak pun tidak berlebihan kerana kalau ikan yang terlebih masak ia akan jadi kering dan isi ikan tidak berjus
Ikan Siakap Masak Asam
Ikan Siakap Masak Sambal
Ikan Bawal Masak Asam
Menu lain yang menjadi pilihan orang ramai yang datang makan kat sini adalah Sotong Bakar Manis macam yang Maha cuba ini. Sangat sedap yer sotongnya saiz yang besar dan juga rasa cukup rempahnya. Makanan laut kat sini juga boleh dimasak cara lain yang korang suka seperti Masak Petai, Masak Berlada, Goreng Berempah dan juga Masak Cili. Sotong Bakar Manis
Makan tanpa sayur-sayuran tak lengkap juadah yang seimbang betul tak. Kat sini pun banyak jenis sayur-sayuran segar yang korang boleh pilih untuk masak macam Kangkung Goreng Belacan, Kailan Ikan Masin, Sayur Goreng Campur dan banyak lagi. Nak makan ulam segar pun ada bersama dengan pilihan sambal ada Budu, Sambal Tempoyak, Sambal Belacan atau Cencaluk
Udang Goreng Berempah
Pepahat Masak Berlada
Lala Masak Cili
Kupang Masak Berlada
Semua tukang masak kat sini sedia menyediakan hidangan masakan yang korang nak tu jangan bimbang cuma korang pilih jer nak makanan laut mana. Makan pun panas-panas sebab bila ada tempahan baru mereka masak jadi rasa lebih enak. Makan pula dengan nasi putih dan juga ulam-ulaman kampung bersama sambal belacan terbaik lah. Kalau tak jilat jari jilat pinggan punya wakakaka. 



Waktu malam di restoran ini korang kena cuba mereka punya Nasi Lemak Buluh Perindu. Bukan biasa-biasa tau kerana nasi lemak ini dimasak kukus dalam buluh dan juga nasinya bewarna hijau. Nasi lemak ini boleh dimakan dengan pelbagai jenis pilihan lauk-pauk seperti Sambal Udang, Sambal Paru, Ayam Rendang dan juga pilihan ramai makan bersama Ikan Bakar. Maha suka nasi lemak mereka ni sebab sambal sedap dan juga nasi yang cukup lemaknya

Nasi Lemak Buluh Perindu
Sambal Udang
Ayam Rendang
Sambal Paru
Dulu restoran ini dikenali sebagai Restoran Resipi Warisan Tok dan kemudian baru ditukar nama  kepada Restoran Sisik Ikan Bakar ini. Kalau korang perasan banyak masakan di restoran ini dipengaruhi oleh masakan dari Negeri Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan juga Selangor. Jadi sebab tu banyak variasi masakan yang memenuhi citarasa rakyat dari pelbagai negeri di Malaysia. 



Maha dah datang sini korang bila lagi jangan lupa nanti tag mereka bila dah cuba makan kat sini ok. Nak bawa family yang ramai sangat sesuai sebab restoran ini luas dan selesa. Nak parking waktu malam pun banyak walaupun kita tahu yang Bandar Botanic tu akan mati lepas pukul 7.00 malam. Tapi restoran ini ada untuk memeriahkan dan mengisi perut korang pada waktu malam. So cuba jangan tak cuba ok. Selamat menjamu selera semua

Info lanjut dan promosi hebat boleh layari :Facebook : https://www.facebook.com/restoransisikInstagram : https://www.instagram.com/restoransisikAlamat : Restoran Sisik Ikan Bakar                No 32 Jalan Kasuarina 1/ks7 Bandar Botanic               41200 Klang SelangorWhatsapp : 019-2263004                   016-2240474
Ranking Mahamahu :-Kebersihan : 4/5Kesedapan : 4/5Harga : 3/5








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/09/keistimewaan-makanan-laut-bakar-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Craving Masakan Melayu Asli Datang Je Restoran Sisik Ikan Bakar Klang

Craving Masakan Melayu Asli Datang Je Restoran Sisik Ikan Bakar Klang

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 1268 hits
Assalamualaikum hi kawan kawan Last week BBL pergi satu kedai masakan Melayu Asli Restoran Sisik Ikan Bakar betul betul depan Plaza GM Klang Bandar Botanic Apa special kedai ni ialah menu seafood tradisional yang jarang jarang kita boleh ju...
Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu

Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 744 hits
Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu Restoran Sisik cukup dikenali dengan masakan warisan yang menyajikan hidangan ikan bakar dan pelbagai makanan laut Kedudukan Restoran Sisik yang strategi ini selain terdapa...
Restoran Sisik Ikan Bakar Where The Seafood Is Fresh And The Food Is Appetizing

Restoran Sisik Ikan Bakar Where The Seafood Is Fresh And The Food Is Appetizing

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 430 hits
Restoran Sisik Ikan Bakar Where The Seafood is Fresh and The Food is Appetizing Last week I went to Bandar Botanic Klang to quench my cravings for seafood What Rawlins You went all the way from Bangi to Klang to eat seafood Yes I did It has...
Bmf Saya Menjual Pelbagai Hasil Makanan Laut Kering

Bmf Saya Menjual Pelbagai Hasil Makanan Laut Kering

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 460 hits
BMF Saya menjual pelbagai hasil makanan laut kering segar dan yang penting halal Boleh hubungi saya di nombor 0179621568 jika berminat Berlokasi di Kota Kinabalu Sabah Perkhidmatan pos di sediakan untuk kawasan Semenanjung dan Sarawak Terim...
D Perapi Tebengau Tawarkan Hidangan Makanan Laut Segar

D Perapi Tebengau Tawarkan Hidangan Makanan Laut Segar

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 1638 hits
D Perapi Tebengau Tawarkan Hidangan Makanan Laut Segar Hi korang Bulan lepas encik suami aka daddy pergi ride dengan kawan dia Destinasi yang dia pergi tak jauh pun Just kat Kuala Kedah Katanya nak pergi try Mee Udang di tempat viral iaitu ...
Ikan Bakar Petai Wira Seafood Ikan Bakar Terbaik Toq

Ikan Bakar Petai Wira Seafood Ikan Bakar Terbaik Toq

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 621 hits
Ikan Bakar Petai Wira Seafood Ikan Bakar Terbaik Toq l Assalamualaikum Sabtu lepas bawa mak dan 2 adik Ana pergi beli perabot rumah Balik dari tu rasa lapar teruk Perut Ana dah lah tengah nak baik dari gastrik So memang kena makan segera Me...
Jamu Selera Menu Terbaru Makanan Jepun Di Restoran Rakuxin Hotel Concorde Shah Alam

Jamu Selera Menu Terbaru Makanan Jepun Di Restoran Rakuxin Hotel Concorde Shah Alam

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 963 hits
Bagi korang yang menyukai masakan negara matahari terbit Jepun dan mencari cari makanannya yang halal boleh menikmatinya di Restoran RaxuXin yang terletak di aras lobi Hotel Concorde Shah Alam Menu Terbaru Makanan JepunRestoran RakuXin ini ...
Ikan Jenahak Bakar

Ikan Jenahak Bakar

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 731 hits
Asalamualaikum dan salam rabu yang berjerebu since tak dapat nak berbrisk walk pagi2 hari ni meh la kita menghadap komputer mengupdate blog masak2 yang macam hidup segan mati tak mahu ni semuga tuan dapo akan sentiasa ada kerajinan untuk me...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game