Kejayaan Maryam Cipta Makanan Haiwan Dapat Perhatian Rancangan Larut Malam James Coden
Kejayaan Maryam Muzamir, 11, menangi tiga pingat emas dalam pertandingan inovasi dan reka cipta di Toronto, Kanada pada Ogos lalu dapat perhatian pengacara hos terkenal antarabangsa, James Coden.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) Kejayaan Maryam cipta makanan haiwan dapat perhatian James Coden SHAH ALAM - Kejayaan Maryam Muzamir, 11, memenangi tiga pingat emas dalam pertandingan inovasi dan reka cipta yang berlangsung di Toronto, Kanada pada Ogos lalu mendapat perhatian pengacara hos terkenal antarabangsa, James Coden.
James berkata, inovasi Maryam dalam mencipta sejenis makanan haiwan baharu yang diperbuat daripada kulit udang dan siput sedut sangat membanggakan.
Ya, Saya Boleh!: Maryam (dua dari kanan) dan keluarganya mengambil gambar penghargaan sempena kemenangan dari pertandingan itu.
"Anda mungkin pernah mendengar tentang gadis ini (Maryam). Ia sangat luar biasa.
“Maryam Muzamir adalah pelajar sekolah berusia 11 tahun di Malaysia.
11-year-old Maryam Muzamir found a use for seafood shells by creating a sustainable livestock feed. Go, Maryam, go! #ClimateNight pic.twitter.com/93cUAX5f61
— The Late Late Show with James Corden (@latelateshow) September 23, 2021
“Dia menggunakan sisa makanan biasa, kerang makanan laut lalu mengolahnya menjadi makanan ternakan yang baharu,” katanya dalam video di ciapan Twitternya pada Khamis.
Ciapan tersebut turut dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui hantaran di Facebooknya pada Sabtu.
Pada Ogos, Maryam, pelajar Sekolah Kebangsaan (P) Methodist Kuantan mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila merangkul tiga pingat emas dalam pertandingan sempena The 6th International Invention, Innovation Competition (iCAN) 2021.
SOURCE: Sinar Harian
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/kejayaan-maryam-cipta-makanan-haiwan.html