Keistimewaan Kelapa Pandan Sedap Diminum Dan Lumayan Jika Ditanam


Kelapa Pandan Wangi ialah kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun 1971. Di Thailand kelapa ini dipanggil sebagai 'Makprow Nam Horm' dan di peringkat antarabangsa dikenali sebagai 'aromatic dwarf'.


Keistimewaan kultivar kelapa pandan wangi ialah isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar.

Ketinggian pokok kelapa pandan boleh mencapai 6 meter. Tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat bersegi tiga dibahagian bawah.

Penanaman kelapa pandan ini boleh dijalankan secara kepadatan tinggi dengan jarak tanaman 6 meter x 6 meter.

Ia mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur 3-4 tahun selepas ditanam di ladang. Ketika berumur 3 tahun pengeluarannnya hanya 40-50% dan mencapai 100% apabila berumur 4 tahun.

Pokok kelapa pandan wangi mengeluarkan 12-18 jambak bunga setahun. Purata bilangan buah setandan di antara 10-15 biji tetapi boleh berkurangan pada musim kemarau atau jika kawasan dibanjiri air.

Setahun (tahun ke 13) ia boleh mengeluarkan 130-175 biji buah kelapa muda sepokok. Dalam satu hektar (208 pokok) jumlah pengeluaran boleh mencapai 36,000-49,000 buah kelapa muda setahun. Kandungan air bagi sebiji ialah lebih kurang 330 ml.

Anak kelapa pandan wangi boleh dikenali melalui bau pandan pada hujung akar yang dihancurkan.

Melihat tandan buah-buah kelapa muda biasanya boleh dipetik pada umur 6 1/2 bulan selepas persenyawaan.

Kaedah yang digunakan ialah dengan melihat tandan buah serta saiz buah kecil (T-2) dan pembentukan seludang (T-3) di atas tandan buah kecil tersebut.

Tandan kelapa pandan muda yang dipetik (T-1), tandan buah kelapa kecil (T-2) dan seludang (T-3) adalah selari atau terletak di atas satu sama lain.

Petua Memilih Kelapa Pandan

Sekiranya anda ingin membeli anak benih kelapa pandan dan tidak yakin sama ada benih yang dijual itu benih kelapa pandan atau tidak, ada satu petua yang boleh anda lakukan.

Patahkan sedikit bahagian hujung akar muda daripada anak pokok yang hendak dibeli.

Gentil bahagian akar yang dipatahkan tadi dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk sehingga hancur dan hidu baunya.

Sekiranya benih itu benar benih kelapa pandan anda pasti dapat menghidu bau harum daun pandan.

Selain bahagian akar, bahagian daun anak pokok benih kelapa pandan juga boleh dilakukan perkara yang sama tetapi biasanya pengusaha tapak semaian tidak membenarkan kerana akan mencacatkan anak benih.

Bau harum pandan lebih kuat di bahagian daun berbanding bahagian akar.

Anggaran Pendapatan


Berbuah sekitar 3 tahun hingga empat tahun. Jangka hayat dalam lingkungan 25 tahun atau lebih bergantung pada penjagaan. Dalam setahun, satu hektar kelapa pandan boleh menghasilkan buah sebanyak 28,000 hingga 30,000 ribu biji.

Manakala anggaran harga borong sebiji kelapa pandan ialah RM2.50-3.00 dan untuk harga pasaran harga sebiji boleh mencecah RM5 hingga RM12 sebiji.

Andaikata 28,000 biji kelapa di darab dengan rm3.00 sebiji = rm84,000 bahagi 12 bulan, anggaran pendapatan adalah RM7,000 sebulan. Lumayan tak? Tepuk dada tanya selera.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Kelapa Tacunan Varieti Terbaik Untuk Tanaman KomersialKhasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu
sumber: zonjuly



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/08/kelapa-pandan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Ke Thailand Korang Kena Cari 6 Makanan Popular Ni Sedap Sungguh Katanya

Kalau Ke Thailand Korang Kena Cari 6 Makanan Popular Ni Sedap Sungguh Katanya

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 309 hits
Kata orang Thailand syurga makanan kerana makanan terdapat pelbagai makanan yang sedap dan murah serta segar Oleh itu kalau anda berpeluang ke Thailand jangan lupa menikmati beberapa makanan streat food yang memang terbaik dan sesuai dengan...
Resepi Muffin Dan Air Smoothie Blueberry Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Muffin Dan Air Smoothie Blueberry Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 483 hits
hai assalammualaikumResepi Muffin Dan Air Smoothie Blueberry Yang Mudah Dan sedap Entry sebelum ni nad ada cerita manfaat tentang Highbush Blueberry tu kalau terlepas pandang korang boleh klik ni Macam tak sangka buah yang kecil tapi banyak...
Pelancong Mengadu Air Kotak Di Malaysia Tidak Sedap

Pelancong Mengadu Air Kotak Di Malaysia Tidak Sedap

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 1571 hits
Malaysia mengharapkan kedatangan pelancong dari luar negara untuk mengaktifkan aktiviti pelancongan dan seterusnya menjana ekonomi negara Namun tentu sekali satu perkara yang tidak sedap didengar jika ada pelancong mengadu tentang sesuatu y...
Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap

Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 1011 hits
Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap Lamanya tak kongsi resepi dalam blog ini Dah alang alang free ini cik en nak kongsi dengan korang Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap Sesuai la untuk korang tengah demam atau diet Kaki ayam ini mempunyai kolage...
Lauk Sedap Puas Hati Masak Sendiri Kari Sotong Style Mamak

Lauk Sedap Puas Hati Masak Sendiri Kari Sotong Style Mamak

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 973 hits
Sotong adalah makanan laut yang memang sedap dimasak apa apa juga jenis masakan Salah satunya adalah buat kari style mamak Kalau pergi ke kedai mamak ada kalanya seram nak pilih lauk sotong Bimbang harganya yang mahal Nah sekarang korang bo...
Ini 6 Cara Kalau Nak Aroma Sedap Masakan Menggoda Selera

Ini 6 Cara Kalau Nak Aroma Sedap Masakan Menggoda Selera

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 466 hits
Bila aroma masakan mula menggoda selera di tekak bagaikan terasa keenakan sehingga tidak sabar untuk makan Di sebalik semua ini rempah ratus dan bahan tumisan mempunyai aroma yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain Bagi mengeluark...
11 Makanan Paling Sedap Di Ipoh No 5 Memang Buat Korang Meleleh Liur

11 Makanan Paling Sedap Di Ipoh No 5 Memang Buat Korang Meleleh Liur

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 578 hits
Walau apa jua pun tujuan anda bercuti sama ada untuk merasai dim sum yang asli atau menikmati pencuci mulut yang manis lagi sejuk ikuti pengembaraan jalan jalan cari makan kami selama 3 hari 2 malam di 10 tempat makan di Ipoh Kalau anda nak...
Mana Nak Cari Makanan Yang Sedap Di Bazar Ramadan

Mana Nak Cari Makanan Yang Sedap Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 1099 hits
Ah Ramadan menyapa lagi dan anda tahu maksudnya kan BAZAR RAMADAN Betul tu Bazar dengan makanan dan minuman yang enak enak belaka pasti buat perut anda makin berbunyi ketika bulan puasa ini Ramai yang sanggup bersesak sesak dan menghadap tr...
Ini Cara Buat Aiskrim Viral Ala Magnum Perghh Memang Sedap

Ini Cara Buat Aiskrim Viral Ala Magnum Perghh Memang Sedap

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 800 hits
Boleh dikatakan musim sekarang agak tidak menentu Ada masanya panas berhari hari diikut dengan hujan sekejap sekejap Bila dah musim panas memang sedap kalau pekena aiskrim Kalau sebut aiskrim Magnum memang fikir 10 kali nak beli melihatkan ...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Moment Empat Beradik Berkumpul Masak Mee Kari Resepi Arwah Mak

Ada Yang Setahun Jagong Memandai Palatao