1. Pukul 9.26 malam, jalanan masih sibuk
2. Antara tempat yang sesuai untuk berfoto dengan latar menara berkembar, iaitu di tempat melintas menuju ke KLCC. Tapi jangan berlama, orang lain nak berfoto juga dan nak melintas jalan. Boleh ikut contoh pasangan di atas cara bagaimana kedudukan subjek dan juru gambar. Saya dah kaburkan mereka berdua, harap tak menjadi kesalahan saya paparkan foto ini di blog
3. Di sudut atas tangga ini juga antara tempat yang sesuai untuk berfoto dengan latar menara berkembar dan air pancut. Itulah sebabnya ramai orang berkumpul di sini untuk mendapatkan hasil fotografi yang menarik
4. Selain para pelancong, tempat ini juga menjadi tumpuan orang-orang menjual aksesori/mainan bercahaya. Juga para juru gambar yang berkeliaran menawarkan servis fotografi. Di tangan mereka memegang gimbal (alat penstabil) lengkap dengan telefon bimbit dan reflector (alat memantulkan cahaya kepada subjek). Entah berapa harga servis yang ditawarkan, saya pun tak bertanya walaupun kerap kali disapa oleh para juru gambar ini
5. Menara Berkembar Petronas berdiri gagah menyerlahkan keindahnya di malam hari
6. Air pancut yang bertukar warna menambah keindahan suasana malam di sini. Saya bercadang nak ke hujung barisan air pancut ini untuk memotret dari sudut berbeza. Tapi rupanya tepat pukul 10 malam, air pancut ini berakhir. Kalaulah saya tau lebih awal…
7. Suasana malam di sini meriah, pelancong luar dan tempatan sibuk berfoto. Ada juga yang sekadar duduk santai menikmati suasana di bangku-bangku yang tersedia
8. Foto menara berkembar dirakam dari sudut lebih dekat. Begitu hebat ciptaan manusia dengan akal fikiran anugerah Allah
9. Saya zoom in kamera untuk memotret puncak menara. Ada kumpulan serangga berterbangan di puncak sana
10. Pukul 10.33 malam, foto dirakam sewaktu kami dalam perjalanan kembali ke hotel penginapan. Dapatlah juga merakam foto Menara Kuala Lumpur dari kejauhan|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |