Masyarakat Minang terkenal dengan budaya merantau, dan salah satu wilayah yang menjadi daerah rantaunya adalah Negeri Sembilan yang ada di Malaysia. Namun ramai yang tidak tahu masyarakat Minang sebenarnya wujud di Negeri Selangor juga.
Baralek Gadang dalam bahasa minang membawa maksud kenduri besar-besaran. Kenduri ini melibatkan seluruh penduduk Kampung Sesapan Batu Minangkabau bersama bergandingan bahu untuk menjayakan kenduri kahwin kali ini.
Dua hari sebelum berlangsungnya majlis kami berpeluang merasai sendiri pengalaman menggoreng kerepek rempeyek crispy yang begitu popular di sekitar Beranang. Mewarisi resipi keluarga, perusahaan ini diusahakan oleh suami isteri Mohd Fairus Khan dan Yang Azida Amarul Mokhtar.
Sesudah bertungkus-lumus menjadi tukang goreng rempeyek kami terus ke rumah tradisi orang Minang. Tak sah rasanya kalau tak singgah melihat sendiri keunikan rumah yang berusia 89 tahun ini. Di kampung ini, terdapat tiga rumah tradisi Tanjak Rembau. Salah satunya ialah rumah ini yang dimiliki oleh Rahim Adam, generasi keempat keluarga beliau yang menetap di sini sejak 1933.
Selain itu, rumah ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu depan, tengah dan belakang di mana setiap bahagian ini mempunyai fungsinya tersendiri. Jika terdapat sebarang majlis merisik ruang di bahagian depan digunakan khusus untuk kaum lelaki dan di bahagian tengah pula dihuni oleh kaum wanita.
Sekali imbas mungkin ladang ini nampak biasa-biasa sahaja. Tetapi bagi mereka yang berasal dari bandar pastinya akan menjadikan ladang ini bak New Zealand. Pemandangan hijau serai cukup dapat menenangkan jiwa dan memberi suasana kampung yang kita semua rindukan.
Salah satu ladang terletak di Kampung Sesapan Batu Minangkabau yang diusahakan oleh Kamarul Bahrin Moftah dan rakan kongsinya, Anuar Saleh.
Sate Minang antara makanan tradisi yang cukup digemari bukan setakat dalam kalangan komuniti Minangkabau, bahkan di seluruh Malaysia.
Bagi mereka yang baru pertama kali merasa sate Minang ni, korang pasti akan tertanya-tanya kenapa kuahnya kuning? kenapa daging dan ayam yang digunakan tak sama dengan sate biasa? Jawapan dia itulah uniknya sate Minang. Kuah kuning bukan kuah kacang, rasanya juga berbeza kerana ada sikit rasa pedas dari rempah dan juga rasa lemak.
Seawal jam 10 pagi kami sudah terpacak di tapak majlis dengan penuh semangat untuk turut serta dalam kenduri secara besar-besaran ini yang juga turut disertai lebih kurang 300 penduduk kampung.
Paling membuatkan kami bersemangat adalah acara melapah kerbau. Masyarakat Minang memang terkenal dengan haiwan ini, tidak hairanlah rumah tradisi mereka juga berkonsepkan tanduk kerbau. Inilah juga peluang untuk kami untuk merasa sendiri daging kerbau yang boleh dikatakan cukup susah untuk dapat di mana-mana kedai sakarang.
Malam kemuncak Baralek Gadang: Kita Rewang Sekampung yang menyaksikan kehadiran lebih 1,500 orang. Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat mewakili YB Tuan Borhan Aman Shah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar & Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan & Warisan.
Pada majlis sama, satu majlis berinai secara tradisi Minang turut diadakan selain penganugerahan kepada tokoh-tokoh kampung terpilih, persembahan nyanyian dan cempuling.
Trip jelajah warisan ini diakhiri oleh majlis yang ditunggu-tunggu bagi meraikan 2 pasangan mempelai yang sama cantik sama sepadan. Persalinan dan busana pengantin Minang juga begitu unik dalam mempersempahkan budaya mereka yang tersendiri.
Dengan itu berakhirlah sudah trip kami bersama team Gaya Travel dan juga Persatuan Media Negeri Selangor. Sesungguhnya banyak yang telah kami pelajari dan tidak lupa juga dengan ikatan silaturahim rakan-rakan media baru yang terjalin semoga kekal erat selaamnya. Korang memang best dan sempoi yang membuatkan trip kali ini begitu istimewa.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |