Keindahan Desa Cattle Dairy Farm Di Sabah
Desa Dairy Farm (DDF) adalah satu tempat menarik di Sabah yang semakin ramai dikunjungi oleh pengunjung dari Semenanjung Malaysia. Suhu yang dingin ditambah pula dengan suasana menghijau pasti membuatkan diri anda akan terpana dengan keindahan flora dan fauna. DDF ini terletak 100KM daripada Kota Kinabalu, Sabah.
Ianya mengambil masa 2 jam 30 minit dengan menaiki kenderaan untuk sampai disana. Oleh yang demikian, pelancong perlu menyewa kenderaan untuk pergi ke sana. Namun yang demikian, pengalaman yang hebat menanti anda dengan melawati DDF
Disini merupakan sebuah ladang ternakan tenusu yg dikatakan mempunyai suasana seperti berada di luar negara. Ramai yang mengatakan suasana di sana persis berada di New Zealand dan para pengunjung juga berpeluang melihat lembu hitam putih yang bersaiz besar yang jarang terdapat di tempat lain
Anda juga boleh melihat sendiri proses memerah dan memproses susu selain dari berpeluang membeli susu segar terus dari ladang ini. Anak-anak juga boleh memberi makan anak lembu dan kambing sewaktu kunjungan ke kandang haiwan. Pengalaman seperti ini tidak akan diperolehi di tempat lain dan pasti akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan
Dengan suhu sejuk dan pemandangan gunung, ladang tenusu Desa Dairy Farm ini menjadi tempat pilihan ramai pengantin untuk mengabadikan kenangan dengan pemandangan seperti ladang di Eropah. Selain itu, disini jga menjadi tempat perhatian produksi filem untuk melakukan penggambaran filem. Dengan pelbagai perkara menarik di Desa Dairy Farm ini, admin sangat tertarik untuk membuat artikel mengenai tempat ini.
sebelum itu mari admin kongsikan juga Peta Tempat Menarik ini.
Desa Dairy Farm Menjanjikan Percutian Segar dan Nyaman Persis Di New ZealandMari kita lihat butiran kawasan ini dahulu
Alamat : 89308 Kundasang, Sabah, Malaysia.Nombor Telefon : +60 88-889 562Waktu Operasi : 8 Pagi hingga 5 Petang
Facebook : https://www.facebook.com/desadairyfarm/Peta Lokasi :
Info Menarik di Desa Dairy Farm
Aktiviti SesuaiAnda berpeluang melihat sendiri proses memerah dan memproses susuAnak-anak juga boleh memberi makan anak lembu dan kambingMengambil gambar pemandangan di sanaMembeli susu segar, dadih dan ais krim
Waktu Memerah/ Memproses SusuMemerah : 3 ptg – 5 ptg setiap hari
Memproses : Setiap Selasa, Khamis, Ahad pada 10 pg – 2 ptgHarga dan Kos TerlibatDewasa — RM5
Kanak-kanak — RM4
Sesi Fotografi — RM10
Saksikan Keindahan Panorama Desa Dairy Farm
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/07/keindahan-desa-cattle-dairy-farm-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29