Kapten Sabah Rawilson Batuil Pemain Terbaik Liga Premier Mei 2019


KENYATAAN MEDIA PFA MALAYSIA MENGENAI MAJLIS PENYERAHAN ANUGERAH PEMAIN TERBAIK LIGA PREMIER PFAM-asiana.my EDISI MEI 2019 Kapten Sabah Rawilson Batuil Pemain Terbaik Liga Premier Mei 2019!

Pemain pasukan Sabah Football Association, Rawilson Batuil dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Premier Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) - asiana.my - All Sports Images And News Agency bagi edisi Mei 2019. Anugerah itu disampaikan oleh Presiden SAFA, YB Datuk Peter Anthony dan Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail dalam satu majlis ringkas sebelum perlawanan Liga Premier antara UiTM FC dan Sabah di Stadium UiTM, Shah Alam hari ini.



Rawilson yang ditemui selepas majlis penyerahan tersebut nyata gembira dan akan menjadikan pengiktirafan ini sebagai batu loncatan untuk terus maju dalam karier bola sepak.


"Saya mengucapkan terima kasih terutama kepada para penyokong yang sentiasa memberikan sokongan dan dalam pada masa yang sama menterjemahkan sokongan tersebut kepada undian"

"Tidak dilupakan juga kepada ahli keluarga, pihak pengurusan dan rakan-rakan sepasukan yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Tanpa mereka tidak mungkin pengiktirafan ini dapat direalisasikan"

Rawilson menerima undian tertinggi sebanyak 67.93% (5,275 Undi) mengalahkan empat calon lain iaitu Sergio Aguero dari Penang FA (11.36% - 966 Undi), Igor Luiz dari Negeri Sembilan FA (11.36% - 882 Undi), Kang Seung-Jo dari Penang FA (6.93% - 538 Undi) dan Lee Chang Hoon dari PDRM FA (1.34 - 104 Undi)

Untuk rekod, beliau merupakan pemain kelima dari pasukan Sabah FA yang berjaya memenangi anugerah ini selepas Robson Rendy Rining (Februari 2018), Hector Omar Ramos Lebron (Jun 2018), Luka Milunović (Februari 2019) dan Luiz Junior (Mac 2019).

Sebagai pemenang, beliau menerima sebuah Trofi dan sebingkai gambar sumbangan asiana.my, wang tunai berjumlah RM500, jersi khas tajaan Great Heights dan gel sukan aktif tajaan Maselfix.


Undian dibuat melalui pautan khas yang disediakan dan para pengundi boleh membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar, atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser). Undian akan dibuka selama sepuluh hari untuk peminat-peminat bolasepak mengundi calon kegemaran mereka. Tahniah Rawilson!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2019/07/kapten-sabah-rawilson-batuil-pemain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Juara Liga Premier Malaysia 2019

Sabah Juara Liga Premier Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 542 hits
Pemain dan pegawai Sabah bersorak kegembiraan mengungguli Liga Perdana 2019 selepas menewaskan UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam sebentar tadi NSTP Saddam YusoffSabah juara Liga Premier Malaysia 2019Sabah mengesahkan kejuaraan Liga Perdana ...
Liga Premier 2019 Pdrm Menang Tipis Ke Atas Selangor United 3 2

Liga Premier 2019 Pdrm Menang Tipis Ke Atas Selangor United 3 2

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 318 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Entri Terbaik Bulan April Dan Mei 2019

Entri Terbaik Bulan April Dan Mei 2019

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 406 hits
Entri Terbaik Bulan April Dan Mei 2019 Assalamualaikum Hai korang semua punya malas nak menaip entri dekat blog lama sangat bercuti gara gara sibuk dengan urusan rumah dalam proses baik pulih Ini pun ada lagi yang masih tak selesai lagi dap...
Liga Premier 2019 Jdt 2 Ungguli Takhta Liga Premier

Liga Premier 2019 Jdt 2 Ungguli Takhta Liga Premier

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 283 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Ini Perwira Tni Ad Lulusan Terbaik Akmil Penerima Adhi Makayasa 2019

Ini Perwira Tni Ad Lulusan Terbaik Akmil Penerima Adhi Makayasa 2019

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 320 hits
259 Taruna dan Taruni mengikuti upacara penutupan pendidikan di Akademi Militer Kepala Staf TNI AD Jenderal TNI Andika Perkasa sekaligus menganugerahkan penghargaan kepada lulusan terbaik Adhi Makayasa dan Anindya Wiratama
Liga Kdm Malaysia Pusingan 16 Pasukan Terbaik Kini Bermula

Liga Kdm Malaysia Pusingan 16 Pasukan Terbaik Kini Bermula

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 317 hits
Liga KDM Malaysia pusingan 16 pasukan terbaik kini bermulaJELLYSIUS SAIMPONKejohanan Liga Bola Sepak Kadazan Dusun Murut Malaysia 2018 2019 yang berehat sepanjang bulan puasa dan perayaan Aidilfitri lalu akan disambung semula dengan pusinga...
Realme 3 Pro Peranti Mampu Milik 2019 Terbaik

Realme 3 Pro Peranti Mampu Milik 2019 Terbaik

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 387 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraUntuk kali ini aku nak kongsi dengan anda semua salah satu peranti pintar yang menarik perhatian aku Peranti yang diperkatakan adalah Realme 3 Pro Yang menjadi perhatian aku sudah pastinya ciri cirinya dan...
Ulasan Huawei P30 Pro Peranti Untuk Fotografi Terbaik 2019

Ulasan Huawei P30 Pro Peranti Untuk Fotografi Terbaik 2019

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 310 hits
Tahun lalu buat pertama kali dalam sejarah Amanz peranti Huawei dinobatkan sebagai yang terbaik sepanjang 2018 Huawei Mate 20 Pro menerima anugerah ini kerana sistem tri kameranya yang membawakan inovasi yang tidak ditemui pada peranti lain...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Online Presence Is Critical For Business

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini

Makan Nasi Goreng Siang Malam

Medical Follow Up Di Kpj Seremban

Dating Berdua Dengan Dania