Kehijauan Dan Keindahan Resort Taman Eko Rimba Komenwel Rawang Tarikan Percutian Di Selangor
Back to Nature! Meluangkan masa menikmati keindahan alam semulajadi di Resort Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang. Keindahan dan kehijauan di hutan rimba pasti dapat menenang jiwa kita seketika setelah masing-masing sibuk dengan urusan kerja di ibu kota yang sibuk. Jadi apa salah ya anda meluangkan masa bersama keluarga dan teman-teman berlibur, ceria dengan melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti yang pasti akan mengembirakan anak-anak, pasangan, teman-teman rapat dan Rakan sekerja. Bawalah mereka mengenali alam fauna dan flora di Resort Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang.
Jom kita #PusingSelangorDulu, untuk maklumat anda Negeri Selangor terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk kita lawati dan ianya adalah menjadi tarikan pelancong untuk datang bercuti di Negeri Selangor. Salah satu tarikan pelancongan yang menarik adalah Resort Taman Eko Rimba Komanwel.
Seri Wangi berkesempatan menyertai Program Fam Trip/Hari Terbuka Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor di Resort Taman Eko Rimba Komenwel pada 01 Ogos 2022 yang lalu. Dengan adanya program seperti ini kita dapat mempromosikan industri pelancongan di Negeri Selangor terus berkembang maju.
Resort Taman Eko Rimba Komenwel
Resort Taman Eko Rimba Komanwel terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong di jalan menghala ke Rawang, kira-kira 24km ke utara pusat bandar Kuala Lumpur dan kira-kira 3km dari Bandar Rawang. Tarikan ini merupakan hutan simpan yang besar dengan keluasan lebih 260 hektar dalam spesies dipterokarpa tanah rendah bersempadan dengan Hutan Lipur Kanching dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Seri Wangi pertama kali ke sini, biasanya bawak keluarga ke FRIM tapi sejak Covid 19 melanda memang tidak ke mana-mana dan baru tahu ada lagi tempat menarik di sini.
Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK) dilancarkan bagi memperingati Persidangan Hutan Komanwel ke-14 pada tahun 1993, taman ini menggabungkan hutan tebal dengan taman berlandskap yang disediakan dengan pemandangan panorama, susunan formal, tapak perkhemahan, chalet, monumen air pancut, trek joging, denai mendaki, ladang lebah kelulut dan kemudahan lain untuk memberi pengunjung pengalaman yang indah untuk percutian.
RTERK kini diuruskan oleh Future World Avenues Sdn. Bhd. dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri, Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
Aktiviti Yang Menarik Di Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK)
Di Resort Taman Eko Rimba Komanwel ini sebenarnya banyak aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan bersama keluarga semasa bercuti di sini, pastinya anak-anak yang paling happy begitu juga anak-anak remaja dan dewasa sambil menikmati pemandangan hutan rimba di sini. Antara aktiviti-aktiviti yang Seri Wangi sertai semasa menyertai Program Fam Trip tersebut seperti senamrobik, kita kena warmup dulu sebelum lakukan aktiviti yang pasti akan menguji minda dan fizikal anda. Sekali sekala best jugak bergoyang badan dan menari ikut rentak.. haaaa!
Aktiviti berkayak bagi yang sukakan adventure tentu sekali tidak akan lepaskan peluang ini. Seri Wangi pun sukakan aktiviti berkayak tapi belum pernah lagi mencubanya dan kali ni Seri Wangi dapat jugak lakukan ya, memang seronok bila dh tahu macam mana nak handle tapi kita berkayak berdua... nti kalau sorang-sorang entah ke mana pulak hala tujunya!
Memang happening sangat bila dah dapat berkayak, rasanya tak puas lagi nanti bolehlah datang lagi ke sini. Habis aktiviti berkayak, kita pergi pula lakukan aktiviti yang akan buat anda berpeluh. Jom ikut Seri Wangi pusing-pusing Eko Rimba Komanwel ini dengan berbasikal, cuba pula ride electric Scooter dan ATV Ride kalau berani.
Berbasikal
Electric Scooter
ATV Ride
CAMPING SITE
Bagi anak-anak remaja tentu mereka sukakan cabaran untuk bermalam di khemah ataupun di tapak perkhemahan yang disediakan di tepi sungai dengan pelbagai kemudahan untuk mereka. Memang seronok sekali sekala bermalam di khemah yang di kelilingi hutan rimba.
Tempat Menarik Untuk OOTD
Sepanjang berada di Resort Taman Eko Rimba Komenwel selain anda lakukan pelbagai aktiviti dan riadah, anda juga bolih berselfie di tempat-tempat menarik dan cantik seperti di Mini Flower Garden Cik Bunga, Cafe Loave & Bites, Cik Bunga Telephone Booth, Welcome Bamboo, Roundabout RTERK dan The White Cottage.
1. Mini Flower Garden Cik Bunga
2. Cik Bunga Telephone Booth
3. Cafe Loave & Bites
4. Welcome Bamboo
5. Roundabout RTERK
6. The White Cottage
Pelbagai aktiviti indoor dan outdoor menarik yang dapat anda lakukan dan aktiviti sebelah malam sehingga 1 malam. Jom kita ramai-ramai explore keunikan dan keindahan alam semulajadi di Resort Taman Eko Rimba Komenwel untuk menenangkan fikiran, berehat dan bersantai bersama keluarga tersayang. Jangan risau di sini banyak pilihan penginapan dan kemudahan yang disediakan. Jom kita #PusingSelangorDulu
Checkpoint Stamp
Pemenang Aktiviti dan Cabutan Bertuah
Untuk maklumat lanjut
WEBSITEwww.selangor.travel
Resort Taman Eko Rimba KomenwelWEBSITEhttps://www.rterkpark.com/
FACEBOOKhttps://www.facebook.com/ekorimbakomanwel/
AlamatLagong Forest Reserve, KM 23, Jalan Rawang, Compartment 3, 48000 Rawang, Selangor
Tel: +60 12-276 1609
#PusingSelangorDulu #ResortTamanEkoRimbaKomanwel #discoverselangor #wonderfulselangor #tourismselangor #cuti2malaysia #travelblogger #lifestyleblogger #bloggermalaysia #lifestylemalaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2022/08/kehijauan-dan-keindahan-resort-taman.html