Kegembiraan Datang Bersama Ujian Anak Suspect Hypoglycemia


Assalammualaikum,


14 November 2018/3.46pm hari ke 62 kelahiran Rayyan Mikhael

Sebelum meneruskan membaca entry ini,boleh singgah baca entry kenangan di Labour room ini dulu.[pengalaman bersalin di Rampai Puteri Medical Centre

Alhamdulilah,tepat 14 September 2018 telah lahir:



Lahir:babyboy
Term 39weeks
6.38am
3.6kg

Baby sihat dan nampak kuat.
Baby bersama mama di wad selepas itu,cuba bagi susu,biasalah awal-awal mana ada susu sangat,itu biasa.

Baby dibawa ke nursery.Beberapa jam lepas tu,doktor datang ke wad mama bersama seorang nurse dan beritahu baby hypoglycemia(low sugar).Sebenarnya tidaklah bahaya sebab paras normal,tapi kita yang sudah lama tak beranak dengan pengalaman ectopic pregnancy sebelum ni,amatlah risau.doktor suggest top up susu formula since susu mama masih belum banyak.Sedih sangat sebab kalau boleh tak nak bagi anak susu formula langsung tapi demi kebaikkan anak,hati merelakan.Kata doktor baby lahir besar 3.6kg,jadi isunya sekarang bacaan gula dalam darah rendah.

Bermula lah episod anak mama dititik jarum kecil setiap 4 jam sekali untuk ambil bacaan gula melalui titisan darah dari kaki.

Hati ini menangis..anak mama baru sehari kot,kaki dia kecil,urat dia halus.kenapa buat dia mcm tu..Tak sanggup melihat anak dicucuk jarum.Hati pilu seorang ibu.

Esoknya doktor paed kata,bacaan kejap turun kejap naik.tapi sebenarnya tahu bacaan masih normal.doctor paed risau bacaan yoyo.kejap 2.8,nanti top up susu,naik 3.4,then kemudian turun lagi 3.1..search google bacaan itu normal,tapi bagi mereka sesuatu yg dirisaukan.Masa ni rasanya nama doktor Hamiza ke apa,mama tak nampak sangat atau kurang jelas doktor yang datang ke wad mama untuk memberitahu perkembangan anak sebab mama masih menahan ngilu selepas bersalin.

Punca-punca hypoglycemia(hypo)adalah disebabkan ibu mengandung kencing manis atau ada kuman dalam darah.Masa mama check up mengandung tak pernah disahkan ada kencing manis.

Doktor miza ,if im not mistaken her name ni juga minta keizinan untuk ambil darah anak untuk check sebarang kuman.Ujian random dari hospital dan ujian details akan dihantar ke makmal which ambil masa 2 minggu katanya result baru dapat.

Allah,hati ni meruntun lagi,anak mama baru beberapa hari kot tetapi mengizinkan untuk ambil darah,yerlah ibu mana tak risau jika benar-benar anak hypo disebabkan kuman.random checking pertama darah tiada kuman.Alhamdulilah..

Gambar diambil dari dinding kaca.Hanya mampu menatap tangan anak sayu.kesian nya anak ku

Tapi kata seorang doctor paed chinese,mama kurang pasti namanya bacaan masih tidak baik.kejap naik kejap turun.akhirnya mereka nak tahan anak di wad.alasannya:anak dah pasang IV jadi cuba tunggu sehari dua ntuk tengok perkembangan.Maknanya dah cucuk jarum masukkan air tu,then 4 jam sekali cucuk lagi check hypo. doctor paed chinese ni cuba explain tentang risiko hypo pada baby.Mama dengar dengan penuh risau tambah sakit beranak dan pening masih ada,dengar pula bende-bende yang menakutkan.bayangkan ..betapa stressnya mama masa tu.

Allah meraung mama lihat anak yg masih halus dicucuk jarum begitu.Pasti mereka susah nak cari saluran urat anak ku untuk cucuk IV.Paling kecewa,kenapa doktor ni tak tanya mama dulu sebelum masukkan jarum tu sepertimana doctor miza minta izin untuk ambil sample darah untuk dihantar ke makmal?menangis rasanya hati bila ingat balik.sumpah mama pulang dengan kecewa.kenapa tak tanya mama dulu sebelum cucuk anak mama?Mama discharge dan pulang dalam keadaan yang begitu kecewa.Doktor miza sebelum ni apa-apa nak buat dia akan tanya dulu,tetapi doktor paed yang bagi arahan iv ni tak tanya dulu?

Malam menanggung ngilu sakitnya bersalin dengan memikirkan anak di sana,ada org jaga kah?dia menangis kah?dia laparkah,ikhlaskah nurse disitu bagi susu formula menggunakan cawan kecil tu.mudahkah baby minum?sudahnya mama tidak tidur,fikiran menerawang.Pukul 4.30pagi call nursery tanya anak macam mana..agak mamai nurse yang menjawab panggilanku.pukul 6pagi bergegas ke Rampai Puteri kembali.Berdoa dalam hati agar ikhlaslah nurse-nurse yang menjaga anak mama...Mama sendiri masih belum ada kekuatan untuk pegang tubuh halus tu,takut sakit apa-apa,hopefully nurse dukung dan pegang dengan baiklah.

  Mama datang anak masih dengan jarum  tu.Mama minta nak susukan dia,walaupun mereka kata anak mama dah diberi susu,pakai cawan sukatan mereka.

  Mama minta discharge atau transfer anak mama ke HKL.untuk check lagi details.Mama cari ambulance sendiri almaklum cuti panjang,banyak hal jadi lambat.Mama minta OR form,boleh je bawak anak ke HKL tanpa ambulance,tapi doctor paed (doc miza yang admitkan anak mama juga yang kata kalau naik ambulance jarum kat tangan tak perlu buka ).Jadi mama memang tak nak jarum tu dibuka,sebab nanti di hkl diorang kena cari lagi urat nak cucuk.

Mama gunakan khidmat Rahim Ambulance Services kenalan tukang urut mama dengan bayaran RM150.Agak murah sebenarnya dari menggunakan khidmat ambulance hospital rampai sendiri.Ini nombornya:012-2927305 ATAU 011-39177589  jika ada perlukan khidmat ambulance dengan cepat.Cuti umum waktu itu memang semua jadi lambat sebab ramai cuti panjang.Mama ambil inisiatif sendiri.Walaupun ambulance tu kecil,hanya muat-muat sahaja,mama tak kisah asalkan mama fikir jarum tak dicabut seperti kata doctor paed tadi.

Doctor miza juga ada beritahu,sebenarnya bacaan sudah 3 something,nampak ok,tetapi kalau boleh biar stay sehari dua lagi untuk betul-betul ok.If bacaan 4 keatas lagi ok.

tapi hati mama tak sedap,banyak perkara yang buat ku fikir banyak.
Tetap mama nak transfer hospital kuala lumpur since doctor kata jarum tak kan dibuka,hatiku lapang.

Sampai di nursery rampai medical centre.nurse di nursery mcm endah tak endah,mereka suruh mama tunggu di luar dulu,sedangkan mereka macam meeting sesama mereka,Mama pandang anak mama dari sebalik kaca sepertinya dia mengadu padaku betapa sakit tangannya.Seolah dia minta ku skin to skin dan ingin minum susu dari ku.Mama tak peduli,mama ketuk-ketuk pintu nak masuk ambil anak..

mereka kata jarum kena buka!mama tanya kenapa?tadi doktor paed kata tak perlu,kenapa awak kena buka pula?menangis juga mama kat sana!

“Owh,tu doc locum je,bukan doc sini!,kami kena buka juga,sebab ni OR discharge bukan transfer.Dan kami tak nak nanti hospital sana marah kami yang tak buat disini” 

ada ke patut jawab mcm tu?habis tu doc locum tak bagus ke?..kalau tak bagus kenapa dia berkhidmat kat sini.?Nurse yang sorang ni memang dari awal mama tengok macam dia sorang yang busy,kadang-kadang nampak macam tak suka setiap kali mama nak masuk nursery sebab nak susukan anak.Pleaselah..air muka tu jaga ,kita yang lebih tua ni boleh baca air muka awak.Tetapi sebab dia juga yang mama nampak susukan anak dengan susu top up,mama cuba sabar dan maafkan sahaja,mungkin sebab dia muda lagi dan tak faham naluri ibu yang anaknya yang dikatakan sakit macam mana,mama maafkan..asalkan dia benar-benar ikhlas dengan kerjanya.

Jujur mama kata,kalau lah kena buka juga jarum tu,mama takkan ambil ambulance,dan mama minta doctor tu sendiri bagi penjelasan kat mama. Tetapi kudrat mama sebagai wanita selepas melahirkan tidak mampu berfikir dengan baik bila melihat keadaan anak waktu itu hanya mampu redha.



Mama redha..sampai di HKL,nasib doc locum dari Rampai tadi dapat carikan wad KK8 dan refer dengan doc pakar Mr Lee.Mama memang respect doctor Lee,cukup bagus bagi kita cool down dan sangat sayangkan budak-budak.Sepatutnya doctor macam ni tak kisah berapa kita perlu bayar,sebab nampak ilmunya dan cara penjelasannya yang bagus.Jujur cakap,ada satu doctor paed di rampai puteri,dia explain buat kita rasa stress sahaja!

Anak mama dimasukkan ke NICU kk9 again drama air mata bermula apabila 4-5 org nurse di NICU  pegang kaki mikhael,cari kat tangan,cari kat semua bahagian utk cucuk jarum.Mama lari dri situ..anak mama masih halus..masih hari usianya..Mama tak sanggup..akhirnya nurse HKL yg cukup brpengalaman terpaksa turun padang..

“Mama pergi mana tadi..anak mama meraung kuat,memang susah nak cari salurannya,baby kan.Sampai tak keluar suara dia nak jerit”..kata seorang nurse nama shima.Nurse ni baik sangat.

kaki seorang hero.Biar dicucuk begini tetap kuat ye sayang mama
Mama nangis lagi lihat anak terkulai dan lemah di tempatnya.mulut disumbat dengan puting dan ditampal dengan plaster.kedua-dua tangannya ada banyak bekas-bekas cucuk yang tak jadi,lebam tangan  akhirnya mereka jumpa saluran urat di kaki.

Sedihnya hati melihat tangan anak mama yang halus biru dan lebam bekas cucukan,disaat menaip ni seakan tumpah lagi air mata.anak mama nicu satu wad dengan beberapa prematured baby.Bunyi oksigen kiri kanan buat mama seram dan kesian lihat semua baby-baby disitu..Tapi mama tetap duduk disebelah anak...berair lagi air mata.Mama tak kemana-mana hanya duduk disebelah anak sampai malam walaupun hanya berkain batik .Tiada katil untuk rebahkan badan,hanya ada kerusi merah  mama tetap disitu minta belas kasihan dr dan nurse agar anak mama dirawat dengan sebaiknya .Setiap kali nurse dan dr datang,mama juga akan jadi nurse berdiri di tepi anak.

Tapi mama bersyukur nurse di KK8 baik dan keibuan.Semua begitu teliti dengan kerja mereka,bila nak beri susu,nurse nama Shima”mama sy top up susu pakai picagari ya?sebab dia susah minum pakai cawan?mcm mana di rampai puteri feeding susu ya?.pakai apa ya?”,

Di KK9 mama dapat lihat pelbagai lagi masalah lain.ada baby  yang masalah jantung,operation dan berselirat dengan wayar,dengan bunyi machine ,ada juga baby yang terlalu halus..Allah,rasa begitu memilukan.Kadang-kadang ada juga ibu yang lebih 2 bulan berulang alik ke hospital hantar susu anaknya yang prematured.Ada juga ibu yang kelihatan hanya memegang anaknya dari luar,anak dalam inkubator ,ibu itu hanya mampu  menatap anak dari dinding kaca..aduhai..pilu hati.Sekurang-kurangnya pandangan itu membuat mama bersyukur anak mama sihat dan sempurna semuanya.Hanya suspect hypoglycemia sahaja.Ya suspect belum confirm.

anak mama semalaman di nicu dan mama pulang ke rumah.walaupun pulang,mama hanya tidur-tidur ayam,esok nya pukul 5pagi mama dah stanby nak ke HKL.

Bacaan gula dalam darah anak normal.dari semalam 3.3,3.4,3.8 dan terakhir 5.3..tiada tanda hypo,kata shima yang menjaga dan beri susu pada rayyan..Alhamdulilah..terima kasih nurse HKL sebab beri sukatan susu yg betul utk rayyan mikhael hingga bacaan normal.terima kasih doctor Lee.sebab penerangan yang bersahaja dan buat kami tidak risau.mungkin feeding issue buat bacaan turun naik dirampai kata doktor pakar disana.Mama juga doakan nurse yang beri susu dengan baik pada rayyan agar dimakbulkan doanya,shima pun dah 5 tahun kahwin tak ada baby,katanya jaga baby orang je di hospital.Mama berborak dengannya di nicu,dan cuba beramah dengan semua nurse disana.Yerlah orang jaga anak kita kan..

Bagiku di Rampai puteri,mama tidak salahkan sesiapa,cuba fikir positif..walaupun agak kecewa dengan management mereka..PALING KECEWA BILA nurse kata"itu doc locum sahaja,doc tak bagitahu pun tak perlu buka jarum!"macam mana doctor kata lain nurse kata lain?

Sepatutnya mereka harus ada etika bercakap dengan parents tu macam mana.Apabila parents yang sedang stress anaknya sakit.

Tetapi sebagai manusia biasa mama maafkan,tetap mama bersyukur mereka dah cuba jaga dengan baik ,itu sahajalah hendaknya.Mungkin ada hikmah semuanya ini terjadi.Masa ambulance yang mama arrange sendiri sampai,seorang nurse india yang macam ketua disitu tetap dukung mikhael turun.Nurse india ni juga yang bagi keputusan untuk buka juga jarum dan uruskan discharge anak.

 ***********************

Dari nicu kk9 HKL,mama dah boleh jaga rayyan
Mikhael di wadbiasa kk8,masih belum discharge sebab anak dah kena jaundice pula.
BABY montel mama bawah lampu untuk kurangkan jaundice.Lepas tu dia tak nak tidur sini dah.Mama terpaksa letak dia atas katil bersama mama dan kami berdua tidur bawah cahaya lampu ni sama-sama.
Hari ke 3 tidak tidur,mata memang berat,tapi anak sudah di depan mata.Alhamdulilah..malam pertama mama dengan rayyan mikhael.Katil hospital yg tinggi anak tidur bawah lampu.sakit dan  perit,tetap duduk dan bangun sebab susukan anak.Alhamdulilah..anak kuat menyusu..


Seharian juga mama tak ke toilet,makan tidak mahu..sebab tidak mahu berenggang dengan anak.mama rela sakit bukan anak mama.
Hari selasa pagi,orang dah mula bekerja lepas cuti panjang.dapat je jumpa doctor pakar,minta doctor discharge.Doktor pakar ni pun baru balik dari cuti,doktor lee cuma dr ganti disitu.Tapi jujur cakap,dua-dua doktor ni memang terbaik.Walaupun nampak garang dengan staffnya,bercakap dengan parents rasa kita tenang sangat.


Cakap jaundice anak dah turun dan tiada hypo.alhamdulilah doc ok mungkin sebab kesian tengok muka mama dah macam orang tak betul.beberapa hari tidur tak berapa tidur dan semalam semalaman tak tidur langsung jaga anak,apalagi pagi-pagi 5am diorang dah amik darah anak untuk check bacaan jaundice pula,mata mama yg sembab menangis semalam,menangis lagi bila anak mama meraung sakit.aduhai..tak pasal-pasal anak mama kena ambil darah..satu bende mama tak suka bila di hospital anak mama yg berusia 5hari dicucuk sana sini.

Anak ini mama tunggu sudah 10 tahun tapi sampai 5 hari dia masih belum pulang ke rumah.Semua orang di rumah menanti kehadirannya.

Berpantang?tiada istilah berpantang..walaupun sakit lepas vaccum,berbisa..tapi hati tetap kuat untuk anak.Perasaan mak-mak yang anaknya warded.

Pengalaman warded dengan anak di HKL..pagi-pagi diorang akan suruh kita mandikan anak.akan ada sister ajar cara breastfeed dan di wad kk8 istilah “ibu merawat bayi”.Maknanya nurse takkan tolong kita apa-apa,ibulah yang akan jaga bayinya kecuali jika terpaksa baru nurse datang tolong.Bayangkan ibu berpantang dalam tu semua?sempat juga kenal seorang warganegara myanmar ni,muka dia macam korea,tak percaya dia orang myanmar,dia stress juga jaga anak jaundice dengan sakit bawah kena infection lagi tapi dia dapat semangat ,hubby dia kata"why are you so stress,dont stress,just be happy,enjoy moment as mother and 24 hours you with baby here"

Semuanya ada hikmah..mungkin Allah nak mama meluangkan masa bersama mikhael terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah.Mungkin bila pulang..mama akan jadi lebih manja..semua mak dan suami uruskan..pengalaman di hospital,dengan berjalan sana sini,walaupun kesan jahitan amat pedih....mungkin Allah nak mama bersama mikhael berdua dulu tanpa ada bantuan orang lain.Allah nak mama uruskan semua dahulu.

.Kesian juga papa,pagi-pagi pukul 5 dah terpacak di luar tengok mama.Kena marah dengan nurse juga sebab belum waktu melawat dah datang tanya mama nak apa-apa tak?Kesian juga kakak alya hanya tengok mikhael dari luar pintu kaca.Kesian semua nya,tetapi inilah pengalaman yang begitu berharga dan membuat kita lebih menyayangi insan-insan yang ada bersama kita waktu kita sakit,kita akan menghargai nikmat sihat dan juga kasih sayang.Kita akan menghargai insan-insan yang hadir dalam hidup kita.
Alhamdulilah..anak discharge dan pulang ke rumah lepas 3 hari di HKL.


 Kesimpulan melahirkan anak ke dua ini:

Serikkah aku ke Rampai Puteri Medical Centre?

Bagi mama doctor untuk bersalin semua terbaik dan specialist.
Mungkin nasib mama untuk anak
Tak memihak.

Mama fikir positif sebab mereka cuba lakukan yg terbaik untuk anak mama.Mungkin mereka risaukan anak mama.Jadi tanggungjawab mereka untuk pastikan anak mama tidak hypo.Takut perkara yang tidak diingini terjadi,jadi mereka cuba lakukan apa yang sepatutnya.

Untuk sakit puan,tetap mama rasa doktor di Rampai ok.Tetapi untuk imunisasi anak atau apa-apa yang berkait anak,mama rasa tidak akan kesana untuk mendapatkan apa-apa perkhidmatan lagi.

Bagi mama,nurse di nursery rampai masih muda-muda,ada juga yg nampaknya masih belum
Kahwin dan belum beranak pun.Jadi mereka kurang berpengalaman etika cara bercakap dengan ibubapa.Contohnya bila ibubapa berkeras nak discharge.bukanlah salahkan semua,tapi air muka juga memainkan peranan yang penting bila berhadapan dengan parents yang risaukan anaknya




Doa mama , sepanjang anak mama disana..mereka ikhlaslah bekerja kerana Allah dan tiada sebarang
Kesilapan yg dilakukan.

Dan mama respect nurse di HKL.apalagi yg telah berusia.walaupun ada yg garang..tapi mama belajar banyak benda disitu.Masa mandikan bayi contohnya,al maklum lama tak mandikan baby terkial-kial,ada nurse HKL mendengus,ada yang macam kakak-kakak tak cakap banyak ambil anak mama dan mandikan depan mama.Mungkin cuba ajar mama

Apapun pengalaman ini banyak mengajar mama.Allah pilih mama sebab Allah nak mama tahu,ini amanahnya yang istimewa untuk mama jaga.Dan yg terindah selalunya datang lambat dan datang dengan ujian, nanti bila dewasa anak inilah pengubat duka lara ,pendamping setia dan sentiasa bersama mamanya mengiringi usia senja hingga mama menutup mata.

Selamat datang anak mama;rayyan mikhael moga sihat selalu..aaamin


Hanya sebuah perkongsian..kadang-kadang nasib kita tidak sama dan yakinlah setiap perkara ada hikmahnya..
Bagi mama.anak yang sihat dan membesar dgn baik itu adalah yg utama.

Kepada anak mama,anggaplah ini sebuah cerita sebagai bacaan bila mama tiada nanti dan ketahuilah,mama dan papa sangat gembira dengan kehadiran sepasang anak mama yang dianugerahkan ALLAH.

Moga dua-dua anak mama jadi anak yang berjaya dunia akhirat.aamin.

Video mama simpan untuk kenangan:


Appreciate your time reading this entry.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://irdagarmin.blogspot.com/2018/11/kegembiraan-datang-bersama-ujiananak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Datang Menyendeng Peluk Cium Kita Maknanya Dia Nak Perhatian

Anak Datang Menyendeng Peluk Cium Kita Maknanya Dia Nak Perhatian

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 294 hits
Ibu ibu perasan tak dalam sehari tu akan ada 4 hingga 5 kali anak datang pada kita Tiba tiba je dia datang menyendeng kat kita Tarik tangan lah pegang muka kita suruh pandang dia lah Dia peluk kita cium kita Kadang kalau tangan tengah pegan...
Tak Perlu Nasi Gantikan Kentang Untuk Bubur Anak Resipi Kentang Dengan Ikan Merah Ni Terbaik

Tak Perlu Nasi Gantikan Kentang Untuk Bubur Anak Resipi Kentang Dengan Ikan Merah Ni Terbaik

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 388 hits
Nasi menjadi keutamaan semua dalam mempersiapkan bubur untuk bayi kita Pun begitu bukan semua anak sukakan rasa nasi Ada sesetengahnya yang lebih suka kepada puri berbanding nasi Sesekali ibu cuba gantikan nasi dengan kentang seperti yang d...
Didik Anak Soleh Solehah Bukan Bagi Arahan Je Ni Patut Mak Ayah Buat

Didik Anak Soleh Solehah Bukan Bagi Arahan Je Ni Patut Mak Ayah Buat

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 386 hits
Zaman serba moden dan canggih ini memerlukan kekentalan mental dan fizikal dalam mendidik anak Ada waktunya ibu ayah terpaksa mengalah dan bermain dengan emosi serta psikologi halus yang membuatkan anak akur dengan setiap arahan yang diberi...
Cedera Pada Tengkorak Amp Usus Ibu Tunggal Didakwa Bunuh Anak Kandung

Cedera Pada Tengkorak Amp Usus Ibu Tunggal Didakwa Bunuh Anak Kandung

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 401 hits
Anak anak merupakan anugerah yang tidak ternilai buat pasangan suami isteri Namun begitu masih terdapat ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka malah turut terlibat dalam kes penderaan kanak kanak Baru baru ini seorang wanita telah d...
Cantik Dan Modis Ini 10 Potret Afifah Yusuf Anak Hetty Koes Endang

Cantik Dan Modis Ini 10 Potret Afifah Yusuf Anak Hetty Koes Endang

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 538 hits
Kecantikan penyanyi senior Hetty Koes Endang menurun kepada sang putri Afifah Yusuf Bukan hanya cantik Afifah juga memiliki gaya busana modis dan kekinian
Mencicipi Lezatnya Ransum Militer Karya Anak Bangsa Bersertifikat Halal

Mencicipi Lezatnya Ransum Militer Karya Anak Bangsa Bersertifikat Halal

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 177 hits
Ransum atau makanan siap saji yang biasa dibawa militer kala bertugas di medan tempur mendapat sorotan khusus saat unjuk gigi di Pameran Alutsista di Kantor Kementerian Pertahanan Jakarta
Ayah Kuat Engaged Dengan Anak Besar Nanti Inilah Aset Yang Boleh Dibanggakan

Ayah Kuat Engaged Dengan Anak Besar Nanti Inilah Aset Yang Boleh Dibanggakan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 273 hits
Biasakan kita dengar anak anak takut dengan ayahnya Ayah garang Ayah selalu rotan Sampaikan ada anak anak yang berlumba lawan ayah siapa lagi garang Tapi ayah ayah Pernah dengar tak yang emosi anak anak sebenarnya lebih dipengaruhi oleh emo...
Gubuk Jadi Tempat Tinggal Ibu 5 Anak Di Sabah

Gubuk Jadi Tempat Tinggal Ibu 5 Anak Di Sabah

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 566 hits
Mudir PDS Ustaz Misbahul Munir melihat sendiri keadaan rumah Normah yang menjadi tempat tinggal mereka 5 beranakSABAH Ibu 5 orang anak Normala Ototoh memerlukan sumbangan dari dermawan bagi membina kediaman yang agak selesa Normala dan anak...
Bupati Sarolangun Harap Anak Muda Jambi Bisa Kuliah Keluar Negeri Gratis

Bupati Sarolangun Harap Anak Muda Jambi Bisa Kuliah Keluar Negeri Gratis

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 252 hits
Dia yakin generasi muda di Jambi tidak kalah dengan anak muda di belahan dunia lain Karena itu dia menyatakan pemerintah daerah harus mengambil peran terdepan
Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Worldcoin Dan Ai

Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension

Lady Renounces Malaysian Citizenship In Video Gets Bashed By Nationalist Netizens

Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free