Anak Datang Menyendeng Peluk Cium Kita Maknanya Dia Nak Perhatian


Ibu-ibu perasan tak, dalam sehari tu akan ada 4 hingga 5 kali anak datang pada kita. Tiba-tiba je dia datang menyendeng kat kita. Tarik tangan lah, pegang muka kita suruh pandang dia lah.
Dia peluk kita, cium kita. Kadang kalau tangan tengah pegang mainan, dia bagi pada kita. Padahal tadi dia tengah sibuk main.
Apa yang best mengenai perkongsian seorang ibu ini, Ezzaty Suffian dia nampak dalam tempoh waktu anak minta perhatian ini dinamakan ‘cuddle time’.
Saat-saat yang anak nak sangat kita bagi perhatian pada dia. Nak bermanja gedik-gedik dengan kita. Tapi tempoh bermanja ni tak lama pun. Paling lama pun setakat 10 minit je dia duduk lepak dengan kita.
Dah puas dapat apa dia nak, dia lari lah sibuk dengan aktiviti dia semula.
Okay, ‘cuddle time’ anak-anak ni sebenarnya kan waktu yang paling efektif dan tepat untuk kita buat aktiviti yang positif untuk anak-anak. Sebab waktu ni dia tengah datang serah diri pada kita.
Gambar Hiasan Dia nak sentuhan dan rangsangan daripada kita. Otak dia pun dalam keadaan yang relaks dan tenang. Jadinya, ‘cuddle time’ inilah waktu yang terbaik kita nak :
1) ajar anak bercakap
2) tegur salah anak
3) pesan perkara baik-baik atau nasihat pada anak
Otak anak yang tengah relaks ni jadi disebabkan oleh adanya gelombang alpha. Gelombang alpha yang buatkan otak anak clear dari sebarang kekusutan, bantu untuk create creativity anak dan sediakan otak anak untuk terima sesuatu yang positif. Otak anak memang tengah fokus waktu ni.
Jadinya, ibu dan ayah jangan lepaskan peluang ni untuk beritahu atau ajar anak sesuatu yang baik. Tinggalkan sekejap kerja yang kita buat. Jauhkan dulu gadget yang tengah kita sibukkan.
Untuk anak yang masih dalam training bercakap, yang tengah kumpul kosa kata (vocabulary) dalam kamus otak dia, gunakan ‘cuddle time’ ini dengan sebaiknya.
Macam zaty beritahu sebelum ni, kita gunakan teknik conversation atau storytelling. Sambil-sambil peluk dan cium anak tu, sambil kita bersembang dengan dia.
Fayyadh PENAT ke ni?
Fayyadh PENAT buat apa tadi?
Fayyadh PENAT main apa tu?
Cuba cerita kat ummi kenapa Fayyadh PENAT.
Fayyadh rehat kat ummi ye bagi hilang PENAT.
Dan macam biasa, no respons melainkan dok tunjuk muka manja dia. But its ok, otak dia tengah serap apa yang kita bualkan tadi.
Untuk anak-anak yang dah faham keadaan, dah pandai bercakap dan faham apa kita cakap, ‘cuddle time’ inilah masa yang palingggg bagus nak tegur salah anak-anak atau nak pesan perkara yang baik-baik.
Kalau tadi anak ada buat silap, kita buang rasa ‘hangin’ dan marah kita, peluk dia dan tegur secara lembut dan penuh kasih sayang.
“Kenapa tadi abang mengamuk sampai baling mainan abang? Abang tak takut ke kalau mainan tu rosak? Kalau dah rosak nanti tak boleh main dah. Ummi tak beli mainan baru dah tau kat abang.
Kalau abang nak apa-apa, abang cakap elok-elok dengan ummi. Kalau ummi kata tunggu sekejap, abang sabar lah sikit. Tunggu ummi siapkan kerja ummi dulu. Lepastu ummi layanlah abang main. Abang kan anak soleh. Sayang ummi, sayang abi. Abang suka kan dengar cakap ummi.”
Atau nak pesan, nasihat anak kita :
“Abang, ingat tau. Nanti kalau kita pergi mall, ummi tak beli mainan abang. Kita pergi jalan-jalan je. Mainan abang kan dah banyak kat rumah. Yang dekat mall tu mainan orang lain punya. Bukan abang punya.”
Cuma satu yang perlu kita ingat, penerimaan anak-anak pada apa yang kita cakap dan ajar tak semestinya berkesan waktu tu juga. Masih tetap bergantung pada tahap kematangan dan perkembangan otak anak.
Jarang sangat bila sekali cakap anak dah terus boleh ingat atau behave. Biasanya mungkin 10 kali cakap benda yang sama. Ada yang perlukan beratus kali peringatan baru boleh lekat kat otak dia.
Bergantung.
Yang penting kita ibu dan ayah jangan cepat mengalah untuk ajar dan terus didik anak-anak. Berpesan-pesan kita dengan kesabaran pada perkara kebaikan. Lagi-lagi pada anak sendiri.
Alangkan kita pun banyak kali diingatkan supaya solat di awal waktu, yang dituntut sangat-sangat dalam Islam. Pun banyaknya tak buat. Ni kan budak, pesan sekali terus amal. Jawapannya memang tak lah kan?
Sabar dan buat, buat, buat je. Jalan terus, jalan lurus.
Sumber: Ezzaty Suffian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-datang-menyendeng-peluk-cium-kita-maknanya-dia-nak-perhatian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seronok Anak Bertunang Ibu Sarung Cincin Siap Cium Tangan Bakal Menantu

Seronok Anak Bertunang Ibu Sarung Cincin Siap Cium Tangan Bakal Menantu

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 878 hits
Pertunangan merupakan satu fasa sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan Dalam masyarakat Melayu bertunang itu adalah simbolik bahawa gadis tersebut sudah mempunyai bakal suami dan akan berkahwin tidak lama lagi Bertunang juga boleh diangga...
Kegembiraan Datang Bersama Ujian Anak Suspect Hypoglycemia

Kegembiraan Datang Bersama Ujian Anak Suspect Hypoglycemia

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 348 hits
Assalammualaikum 14 November 2018 3 46pm hari ke 62 kelahiran Rayyan MikhaelSebelum meneruskan membaca entry ini boleh singgah baca entry kenangan di Labour room ini dulu Alhamdulilah tepat 14 September 2018 telah lahir Lahir babyboy Term 3...
Nak Ajar Anak Kita Dulu Kena Betul Dia Ikut Contoh Depan Mata

Nak Ajar Anak Kita Dulu Kena Betul Dia Ikut Contoh Depan Mata

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 400 hits
Ketika membesarkan anak anak didiklah mengikut perkembangan mereka Beri perhatian kepada emosi serta tingkah laku mereka Untuk memastikan anak membesar dalam persekitaran yang positif elakkan terlalu menekan mereka untuk melakukan sesuatu y...
Selain Gosok Gigi Beri Anak Anda Makan Buah Ada Vitamin C Kalau Nak Gigi Cantik

Selain Gosok Gigi Beri Anak Anda Makan Buah Ada Vitamin C Kalau Nak Gigi Cantik

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 344 hits
Anak anda memerlukan pelbagai sumber makanan untuk mendapat cukup nutrisi bagi perkembangan giginya Selain kumpulan makanan utama dengan menambah lebih makanan super dalam diet anak anda akan menyediakan lebih mineral vitamin serat dan lema...
Ayah Yang Berjaya Suapkan Anak Makan Habis Sepinggan Maknanya Dia Superdad

Ayah Yang Berjaya Suapkan Anak Makan Habis Sepinggan Maknanya Dia Superdad

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 687 hits
Ayah adalah orang yang paling sibuk dalam keluarga Dia akan keluar awal pagi dan pulang lewat Semuanya demi keluarga Jika ada satu masa jika anda mahu rapatkan ukhwah dengan ayah adalah ketika waktu makan Dengan menyuap makan kepada anak me...
Ayah Menangis Tak Dapat Peluk Anak Yang Dipercayai Dikuarantin

Ayah Menangis Tak Dapat Peluk Anak Yang Dipercayai Dikuarantin

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 247 hits
Tular sebuah video menyentuh perasan apabila seorang ayah didapati menangis apabila tidak dapat memeluk anaknya yang dipercayai dikuarantin Sebab dan punca anaknya dikuarantin tidak dapat diketahui kerana tiada sumber yang sahih Anak itu se...
Hiba Mak Anak Terpisah Kerana Koronavirus Hanya Mampu Peluk Udara Lepas Rindu

Hiba Mak Anak Terpisah Kerana Koronavirus Hanya Mampu Peluk Udara Lepas Rindu

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 307 hits
Sayu hati melihat detik detik seorang jururawat barisan hadapan ini yang terpaksa merawat pesakit dijangkiti koronavirus memberi pelukan udara daripada zon kuarantin untuk menenangkan anaknya yang sedang merinduinya itu Liu Haiyan telah dip...
Menangis Buat Video Call Peluk Dari Jauh Bertugas Di Hospital Ibu Terpaksa Berpisah Dengan Anak

Menangis Buat Video Call Peluk Dari Jauh Bertugas Di Hospital Ibu Terpaksa Berpisah Dengan Anak

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 328 hits
Demi memerangi virus koronavirus yang semakin berleluasa di negara China semua kakitangan kesihatan di sana banyak melakukan pengorbanan terpaksa berpisah dengan orang orang yang mereka sayangi Seperti yang berlaku kepada juru rawat dan dok...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids