Peguam Negara Nasihat Kpkt Arah Syazlin Tarik Diri


fazleen safina Peguam wakili Adib dilantik secara 'pro bono' tanpa sebarang bayaran

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengarahkan peguamnya, Syazlin Mansor menarik diri daripada inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, selaras dengan nasihat Peguam Negara Tommy Thomas, kata setiausaha politik Menterinya, Zuraida Kamaruddin

Nor Hizwan Ahmad berkata, surat Peguam Negara bertarikh 23 Mei meminta supaya pelantikan peguam Kementerian itu dibatalkan

“Selepas menerima surat itu, pihak Kementerian dengan segera bertindak, selaras dengan nasihat Peguam negara dan mengarahkan peguamnya menarik diri daripada inkues itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Katanya, sebagaimana yang diketahui umum, Syazlin mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat serta kementerian sejak inkues bermula pada 11 Febuari tahun ini

“Tiada bantahan dibangkitkan oleh mana-mana pihak terbabit dalam inkues itu sepanjang perjalanannya, yang kini sudah menghampiri penghujungnya

Nor Hizwan berkata, Syazlin dilantik di peringkat awal bagi memastikan dan membantu dalam penemuan fakta keseluruhannya berhubung kematian Adib

“Ini perkara yang amat penting bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Kementerian, memandangkan salah seorang anggota jabatannya telah meninggal dunia semasa melaksanakan tanggungjawabnya,” katanya

Nor Hizwan berkata, Syazlin dilantik sebagai peguam Kementerian dan melaksanakan tanggungjawabnya secara ‘pro bono’, tanpa menerima apa-apa bayaran dalam semangat menjalankan khidmat kepada masyarakat

“Kami mengambil peluang ini merakamkan penghargaan kami kepada perkhidmatan yang dijalankannya,” katanya

Syazlin mengumumkan penarikan dirinya daripada inkues itu semalam

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lepas di Institut Jantung Negara. -Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/peguam-negara-nasihat-kpkt-arah-syazlin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Arah Syazlin Tarik Diri Selepas 5 Bulan Umno Pas Soal Peguam Negara

Kenapa Arah Syazlin Tarik Diri Selepas 5 Bulan Umno Pas Soal Peguam Negara

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 539 hits
May 29 2019 2 58 PMSidang media bersama Umno PAS yang dihadiri Takiyuddin Hassan Ismail Sabri Yaakob Mahdzir Khalid dan Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad di ibu pejabat Umno hari ini KUALA LUMPUR Umno dan PAS hari ini mempertikaikan keputusan...
Inkues Adib Peguam Yang Wakili Kpkt Dan Keluarga Tarik Diri

Inkues Adib Peguam Yang Wakili Kpkt Dan Keluarga Tarik Diri

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 499 hits
SHAH ALAM Episod inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim memasuki cerita baharu selepas peguam yang mewakili Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan ahli keluarga mangsa Syazlin Mans...
Inkues Adib Mahathir Pertahan Ag Minta Peguam Tarik Diri

Inkues Adib Mahathir Pertahan Ag Minta Peguam Tarik Diri

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 482 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan Peguam Negara Tommy Thomas yang meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menarik balik pelantikan Syazlin daripada terus mewakili Kementerian itu dan bomba dalam inkues ...
Peguam Jabatan Bomba Tarik Diri Najib Dedah Apa Yang Akan Berlaku Jika Peguam Ini Tarik Diri

Peguam Jabatan Bomba Tarik Diri Najib Dedah Apa Yang Akan Berlaku Jika Peguam Ini Tarik Diri

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 469 hits
INKUES ADIB l Peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menarik diri daripada prosiding inkues keematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Peguam Jabata...
Inkues Adib Peguam Tarik Diri Mungkin Didesak Pihak Tertentu

Inkues Adib Peguam Tarik Diri Mungkin Didesak Pihak Tertentu

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 713 hits
SHAH ALAM Peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan keluarga mangsa Syazlin Mansor yang mengundur diri dipercayai akibat didesak pihak tertentu Difahamkan Syazlin menerima sep...
Kes Muhammad Adib Sepucuk Surat Punca Peguam Tarik Diri

Kes Muhammad Adib Sepucuk Surat Punca Peguam Tarik Diri

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 738 hits
Tindakan peguam Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan Syazlin Mansor yang menarik diri daripada menjadi pihak berkepentingan dalam inkues kematian anggota bomba dan penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim dipercayai ada kaitan dengan sepucuk...
Saya Tiada Komen Tanya Yb Menteri Peguam Adib Enggan Dedah Punca Tarik Diri

Saya Tiada Komen Tanya Yb Menteri Peguam Adib Enggan Dedah Punca Tarik Diri

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 574 hits
SHAH ALAM Peguam yang menarik diri sebagai wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat mendedahkan beliau membuat keputusan itu pada saat akhir Syazlin Mansor ketika ditemui pemberita enggan mengulas l...
Peguam Tarik Diri Lelaki Ini Anggap Inkues Adib Macam Kartun

Peguam Tarik Diri Lelaki Ini Anggap Inkues Adib Macam Kartun

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 595 hits
ASALNYA Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye sembang laporan bedah siasat akan diberitahu umum sebulan selepas kematian Adib Bila cukup sebulan tiba tiba Peguam Negara Tommy Thomas suruh buat inkues pulak kononnya untuk tentukan punc...
Peguam Keluarga Muhammad Adib Tidak Patut Tarik Diri Dr Mahathir

Peguam Keluarga Muhammad Adib Tidak Patut Tarik Diri Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 368 hits
KUALA LUMPUR 28 Mei Peguam Syazlin Mansor tidak sepatutnya menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim walaupun beliau diarahkan tarik diri daripada mewakili Menteri Perumahan dan Kera...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

As Gold Prices Climb Many Malaysian Families Find A Hidden Financial Cushion

Selamat Menyambut Malam Raghaib

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Pelaburan Online Yang Selamat Panduan Praktikal Untuk Elak Risiko Scam


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes

Sepetang Bersama Yu Ting Dan Chef Martin Yan

Bunga Liar Bidens Alba

Folder Korporat Elemen Penting Untuk Imej Profesional Syarikat

From Dopamine Spikes To Stable Focus The Biological Benefits Of Switching To Nootropic Pouches

Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir