Kedudukan Mb Johor Tidak Perlu Dibangkitkan Rileksmedia


KULAI – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menegaskan jika terdapat usaha melobi atau menjatuhkan Menteri Besar, ia bukan sahaja tidak baik untuk individu, bahkan negeri secara keseluruhannya. Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kedudukan Menteri Besar Johor tidak seharusnya dibangkitkan demi memastikan kestabilan politik di negeri itu terutama dalam usaha memantapkan kedudukan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, jika ada sesuatu perkara berbangkit, ahli atau parti komponen boleh menyuarakan perkara itu dalam saluran betul yang diunjurkan setiap parti antaranya seperti penganjuran konvensyen.
“Dari sudut saya Yang Amat Berhormat Menteri Besar (Datuk Osman Sapian) sudah menjalankan tugas dengan baik, memanglah sebagaimana Menteri Besar negeri lain yang menghadapi banyak cabaran, masih lagi peringkat baru dan perlu teliti banyak perkara.
“Bagi menentukan politik di negeri ini stabil, kedudukan Menteri Besar tidak seharusnya dibangkitkan, lagipun kita ada peraturan-peraturan, kalau berbangkit dalam parti boleh menyalurkan dalam parti seperti konvensyen. Ini satu daripada cara.
“Kita mengamalkan dasar demokratik terbuka, tetapi kalau ada usaha-usaha untuk buat itu ini, ia tidak baik bukan sahaja untuk individu, tetapi negeri Johor. Jadi kita perlu terima, bagi saya Datuk Osman sudah buat apa yang terbaik setakat hari ni,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu wujud cubaan melobi seorang EXCO di negeri itu untuk dijadikan Menteri Besar pada sidang media selepas menghadiri Konvensyen PPBM Johor 2018 di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi PPBM dan PH negeri, Datuk Osman Sapian.
Muhyiddin berkata, beliau tidak menafikan Osman pernah beberapa kali bertemu dengannya bagi membincangkan pelbagai perkara bersama.
“Adalah satu, dua perkara yang saya bincang bersama beliau (Osman). Beliau pernah datang jumpa saya, Perdana Menteri untuk dapatkan panduan, itu satu perkara yang saya fikir baik.
“Jadi rakyat perlu beri sokongan supaya kerajaan PH Johor mantap. Itu bagi saya amat mustahak,” katanya.
Semalam, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mendedahkan istana sedar ada pihak cuba melobi salah seorang EXCO kerajaan negeri dalam cubaan untuk menggantikan Osman.
TMJ, dalam akaun Twitternya, berkata: “Anda bukan seorang Perdana Menteri. Apa yang membuatkan anda berfikir dengan cuba melobi seseorang menjadi Menteri Besar yang boleh menjadi boneka anda, anda boleh kawal Johor?
“Anda melobi seorang EXCO kami menjadi Menteri Besar. Kami tahu itu. Ini bukan lagi 1992. Negeri Johor masih ada Sultan yang memerintah,” katanya. – BH ONLINE

sumber : mynewshub
The post Kedudukan MB Johor Tidak Perlu Dibangkitkan – RileksMedia appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/kedudukan-mb-johor-tidak-perlu-dibangkitkan-rileksmedia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Johor Tolak Perundangan Bercanggah Rileksmedia

Johor Tolak Perundangan Bercanggah Rileksmedia

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 257 hits
ISKANDAR PUTERI Kerajaan Johor bukan sahaja menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum yang menjadi kerisauan rakyat terutama orang Melayu tetapi berikrar untuk sentiasa menolak mana mana perundanga...
Kerajaan Dalam Kajian Gubal Akta Keharmonian Sosial Rileksmedia

Kerajaan Dalam Kajian Gubal Akta Keharmonian Sosial Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 272 hits
KUALA LUMPUR Akta Keharmonian Sosial akan digubal selepas kajian teliti mengenai keperluannya selesai dilaksanakan kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik Beliau berkata akta yang bertujuan memupuk perpad...
Wan Azizah Pendekkan Lawatan Ke United Kingdom Rileksmedia

Wan Azizah Pendekkan Lawatan Ke United Kingdom Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 271 hits
LONDON Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke United Kingdom kembali ke Malaysia lebih awal daripada jadual asal program lawatannya Timbalan Perdana Menteri berkata beliau terpaksa pulang awal ke Ma...
Parlimen Maldives Sokong Cadangan Sertai Semula Komanwel Rileksmedia

Parlimen Maldives Sokong Cadangan Sertai Semula Komanwel Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 313 hits
MALE Parlimen Maldives menyokong cadangan kerajaan untuk menyertai semula Negara Negara Komanwel memetik media tempatan lapor agensi berita Xinhua Cadangan itu disuarakan Presiden Ibrahim Mohamed Solih dan diluluskan kabinet bulan lepas seb...
Najib Bongkar Mahathir Gadai Ktmb Singapura Rileksmedia

Najib Bongkar Mahathir Gadai Ktmb Singapura Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 285 hits
BONGKAR Setelah Datuk Seri Najib Razak dedah Pakatan Harapan akan jual aset negara termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad beliau teruk diserang netizen pro PH kelmarin Ini termasuk dakwaan liar mereka yang jelas berbaur fitnah kononnya bekas...
Penentangan Icerd Baru Bermula Annuar Musa Rileksmedia

Penentangan Icerd Baru Bermula Annuar Musa Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 293 hits
KOTA BHARU Himpunan aman bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum yang berlangsung esok bakal menyaksikan penentangan rakyat baru sahaja bermula Justeru Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar...
Arahan Dbkl Pindah Kenderaan Tidak Wajar Takiyuddin Rileksmedia

Arahan Dbkl Pindah Kenderaan Tidak Wajar Takiyuddin Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 259 hits
PAS menyifatkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengeluarkan arahan termasuk memindahkan semua kenderaan rasmi yang berada di menara berkenaan ke Jalan Cheras adalah tidak wajar Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata ara...
Pemuda Umno Kesal Ph Bertindak Hapus Aim Rileksmedia

Pemuda Umno Kesal Ph Bertindak Hapus Aim Rileksmedia

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 238 hits
SEDIH Pakatan Harapan tidak wajar bubar Amanah Ikhtiar Malaysia yang terbukti berjaya keluarkan ratusan ribu rakyat daripada dibelenggu kemiskinan sejak ditubuh pada 1987 Demikian tegas Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki merujuk...
Tangguh Laksana Langkah Baik Anwar Rileksmedia

Tangguh Laksana Langkah Baik Anwar Rileksmedia

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 231 hits
ALOR SETAR Tindakan kerajaan menangguhkan pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional adalah satu langkah baik dengan mengambil kira keresahan peminjam Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Juicy Luicy Tanggung Jawab Chord

Amicorp Denies Alleged Fraud Over Us 7bil In 1mdb Scandal

Draining The Healthcare Swamp

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024