Najib Bongkar Mahathir Gadai Ktmb Singapura Rileksmedia


BONGKAR… Setelah Datuk Seri Najib Razak dedah Pakatan Harapan (PH) akan jual aset negara termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), beliau teruk diserang netizen pro-PH kelmarin. Ini termasuk dakwaan liar mereka yang jelas berbaur fitnah kononnya bekas perdana menteri itu pernah arah jual tanah milik KTMB di Singapura termasuk stesen Tanjong Pagar kepada kerajaan republik tersebut pada 2011 lalu.
Tanpa perlu tunggu banyak masa, mantan Presiden UMNO itu segera tampil jawab menerusi hantaran dalam akaun sosial Facebook beliau bagi menafikan dakwaan jahat berkenaan yang ternyata langsung tidak berasas kepada fakta.
Beliau berkata, banyak pihak terutama generasi muda kelihatan tidak fahami isu itu dan lebih malang, mereka jelas jahil sejarah termasuk kronologi kisah ‘panas’ tersebut mula pada zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Najib yang juga bekas menteri kewangan berkata, perjanjian asal untuk tamat perkhidmatan stesen tren di Tanjong Pagar dan tukar status tanah itu tidak dibuat beliau, tetapi dirundingkan oleh menteri kewangan pada tahun 1990.
Ia nyata berlaku semasa negara masih lagi di bawah pentadbiran Mahathir selaku perdana menteri yang keempat ketika itu, manakala menteri kewangannya ialah rakan karib ketua kerajaan tersebut sendiri, Tun Daim Zainuddin.
Mengulas dengan lebih lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu menceritakan bahawa di bawah perjanjian 1990 tersebut, kerajaan Malaysia bersetuju untuk memindahkan stesen Tanjong Pagar ke stesen baharu yang terletak di Kranji.
“Sebagai pampasan, Malaysia dapat hak untuk bangun tiga keping tanah milik KTM di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands dalam satu usaha sama dengan kerajaan Singapura pada nisbah 60% Malaysia dan 40% Singapura.
“Selepas perjanjian tersebut dibuat oleh kerajaan waktu itu, beliau (Mahathir) tidak menghormatinya dan meminta tiga keping tanah di Bukit Timah, yang juga dimiliki oleh pihak KTMB, untuk dimasukkan sekali,” terang Najib.
Singapura kemudian bersetuju memasukkan tanah itu dalam pelan pembangunan bersama, tetapi Malaysia masih tidak mahu hormati perjanjian tersebut ekoran pertelingkahan dengan republik berkenaan dalam beberapa isu lain.
“Akibatnya, perjanjian bersama itu dan tanah milik KTMB terbiar begitu sahaja selama 20 tahun tanpa satu sen hasil diperoleh,” kata Najib dalam nada cukup kesal ketika imbau sikap tidak bertanggungjawab Mahathir sendiri.
Beliau yang juga mantan Pengerusi Barisan Nasional itu berkata, tanah terbabit asalnya diberikan penjajah Inggeris kepada Malayan Railway (kemudiannya KTMB) pada 1918 di bawah Akta Keretapi ketika era kolonial tersebut.
Tanah berkenaan merupakan pajakan selama tempoh 999 tahun dan kegunaannya dihadkan kepada hanya untuk landasan operasi kereta api penumpang dan barang. Ini bermakna ia langsung tidak boleh dibangun projek lain.

Baca: Kisah Mahathir ‘Gadai’ Johor Kepada Singapura Juga: Selepas Batu Puteh, Mahathir ‘Gadai’ Khazanah! Dan: Najib Kesal PH ‘Gadai’ Aset Negara Kepada Jepun Najib berkata: “Kebanyakan tanah tersebut adalah sempit kerana sifat landasan tren tidaklah luas. Jika Singapura tidak bersetuju dengan kita dan tidak tukar status kegunaan tanah, aset milik KTMB itu akan ‘reput’ begitu sahaja.
“Jika anda tunggu selama 999 tahun lagi ia tidak akan membawa satu sen pun hasil kepada sesiapa. Tambahan lagi kita (kerajaan Malaysia) masih lagi perlu bayar cukai tanah kepada Singapura yang naik setiap tahun,” kata beliau.
Untuk rekod, isu kontroversi tanah KTMB itu digadai Malaysia kepada Singapura dikatakan antara punca almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail murka terhadap Mahathir selain isu tuntutan hak Pulau Batu Puteh.
Pada 2010, kata Najib selepas setahun dirinya dilantik sebagai perdana menteri, beliau berunding semula dengan kerajaan Singapura dan capai perjanjian baharu dengan republik itu yang setuju untuk beri beberapa keping tanah.
Ini termasuk empat keping di Marina Bay (berhampiran Marina Bay Sands) dan dua keping di Ophir-Rochor sebagai ganti bagi satu keping tanah di Tanjong Pagar, satu di Kranji, satu di Woodlands dan tiga keping di Bukit Timah.
Beliau berkata, pihak yang kenali Singapura akan tahu bahawa tanah di Marina Bay merupakan kawasan paling berharga di republik tersebut, sementara Ophir-Rochor adalah pusat perniagaan baharu negara pulau berkenaan.
“Ia jauh lebih berharga daripada tanah di Bukit Timah dan Kranji,” kata Najib. Tanah terbabit dibangunkan secara usaha sama Malaysia dan Singapura, M-S Pte. Ltd., yang 60% pemilikannya di bawah Khazanah Nasional Berhad.
Projek di Marina Bay, dinamakan Marina One, bernilai S$7 bilion (RM21.3 bilion), sementara projek Ophir-Rochor pula S$4 bilion (RM12.2 bilion). Ia malah berjaya disiapkan awal tahun ini dan beri hasil lumayan kepada Malaysia.
“Projek Marina Bay mempunyai keluasan 3.67 juta kaki persegi, meliputi dua buah menara mewah setinggi 34 tingkat, dua bangunan pejabat gred A setinggi 30 tingkat dan pusat beli belah yang dikenali sebagai The Heart.
“Banyak syarikat ternama seperti Facebook, PwC, Grab, bank komersial dan sebagainya pindah ke Marina One serta bayar sewa kepada syarikat Khazanah itu, yang jamin pulangan berterusan jangka panjang kepada kita,” katanya.
Malangnya, Najib berkata, beberapa bulan lalu media Singapura melaporkan Khazanah, di bawah kerajaan PH, sedang berunding untuk lepas pegangannya dalam saham M-S Pte. Ltd. kepada pihak kerajaan Singapura pula.
“Walaupun kerajaan PH menafikan perkara itu, namun saya jangka tidak lama selepas ini, mereka akan jualnya dengan alasan konon ia bukan lagi aset strategik kepada negara,” tambah beliau dalam kesal. – Mynewshub.TV

sumber : mynewshub
The post Najib Bongkar Mahathir ‘Gadai’ KTMB Singapura – RileksMedia appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/najib-bongkar-mahathir-gadai-ktmb-singapura-rileksmedia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Bekas Menteri Perlu Jelaskan Ops Yaman 2 Rileksmedia

Najib Bekas Menteri Perlu Jelaskan Ops Yaman 2 Rileksmedia

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein digesa memberi penjelasan berhubung penglibatan Angkatan Tentera Malaysia dalam Ops Yaman 2 Pengerusi Biro Antara...
Singapura Hapus Sejarah Melayu Buka Pulau Itu Rileksmedia

Singapura Hapus Sejarah Melayu Buka Pulau Itu Rileksmedia

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 730 hits
PADAM Setelah berjaya tipu generasi muda Singapura pasca pemisahan Malaysia pada 1965 pemerintah republik itu kini bertindak lebih dahsyat dalam usaha padam sejarah negara tersebut Kali ini media tempatan melaporkan pihak berkuasa Singapura...
Panas Giliran Tony Pua Pula Bongkar Penipuan Najib Hingga Najib Terduduk Di Parlimen

Panas Giliran Tony Pua Pula Bongkar Penipuan Najib Hingga Najib Terduduk Di Parlimen

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 262 hits
Panas Giliran Tony Pua Pula Bongkar Penipuan Najib Hingga Najib Terduduk Di Parlimen
Najib S 6 30 Cabinet Versus Mahathir S 3 15 Cabinet

Najib S 6 30 Cabinet Versus Mahathir S 3 15 Cabinet

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 246 hits
So it all comes back to abuse of power by the executive who concentrates power in his hands Hence it does not matter who is the prime minister and what race he is It is the system not the person or his race that is corrupt And it was Mahath...
Singapura Harap Isu Maritim Dibincang Secara Konstruktif Aman Rileksmedia

Singapura Harap Isu Maritim Dibincang Secara Konstruktif Aman Rileksmedia

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 277 hits
SINGAPURA Menteri Kewangan Singapura yang juga bakal Perdana Menteri republik itu telah melahirkan harapan agar kedua dua negara dapat membincangkan isu maritim secara konstruktif dan aman selaras dengan undang undang antarabangsa Ini akan ...
Are We Over Working Dr Mahathir He Looked Pale Tired Worn Out By All The Racial Tensions Enormous Mess Caused By Najib

Are We Over Working Dr Mahathir He Looked Pale Tired Worn Out By All The Racial Tensions Enormous Mess Caused By Najib

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 318 hits
Yesterday afternoon I had some discussions with Tun Dr Mahathir at his office on some Langkawi project matter and took the opportunity to give him a complimentary copy of the recently launched Memoir Cikgu Rashid Insan Terbilang I explained...
Najib Pak Lah Naikkan Gaji Kakitangan Awam Punca Kenaikan Kos Sara Hidup Kata Dr Mahathir

Najib Pak Lah Naikkan Gaji Kakitangan Awam Punca Kenaikan Kos Sara Hidup Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 287 hits
Suara Tanpa SempadanDr MahathirPUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kenaikan gaji dengan berkata bahawa itu antara faktor kenaikan kos sara hidup Anda naikkan gaji sektor swasta akan ikut sekali dan kos semua benda akan...
J For Jho Low N For Najib R For Rosmah Three Giant Lessons Mahathir Co Have Still Not Learned From 1mdb

J For Jho Low N For Najib R For Rosmah Three Giant Lessons Mahathir Co Have Still Not Learned From 1mdb

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 295 hits
With so much publicity on 1MDB most Malaysians are still missing the crucial lessons to be learnt from this scandal Malaysian are confident that the new government will resolve this debacle and that we can start moving on towards a better f...
Bersatu Di Sarawak Atas Kehendak Rakyat Dr Mahathir Rileksmedia

Bersatu Di Sarawak Atas Kehendak Rakyat Dr Mahathir Rileksmedia

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 277 hits
BINTULU Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Sarawak adalah atas kehendak rakyat pribumi negeri yang merasakan hanya parti itu yang memahami tahap kehidupan dan melindungi hak mereka Be...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin

Antara Pilihan



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Jkt48 Heavy Rotation Chord

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Macc Nabs Three Senior Govt Agency Officers In Kelantan

Th Jamin 31 600 Jemaah Haji Berpeluang Ziarah Raudah

Memang Sibuk Wehh

Nak Tau 5 Langkah Menjadi Insan Hebat