Johor Tolak Perundangan Bercanggah Rileksmedia


ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor bukan sahaja menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang menjadi kerisauan rakyat terutama orang Melayu, tetapi berikrar untuk sentiasa menolak mana-mana perundangan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata pendirian kerajaan Johor mudah iaitu dengan keunikan dan asas kukuh dalam Perlembagaan Persekutuan, kerajaan Malaysia tidak perlu meratifikasikan ICERD atau meratifikasikan mana-mana konvensyen antarabangsa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Kerajaan negeri sedia maklum bahawa isu ICERD sudah selesai. Kerajaan persekutuan juga sudah mengeluarkan kenyataan tidak akan meratifikasikan ICERD.
“Permintaan saya ialah jangan politikkan lagi isu ini, kerana akhirnya boleh membawa perpecahan antara satu sama lain,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Samsolbari Jamali (BN-Semarang), Ayub Jamil (BN-Rengit), Datuk Ir Hasni Mohammad (BN-Benut), Hahasri Hashim (BN-Panti) dan Datuk Onn Hafiz Ghani (BN-Layang-Layang) yang ingin tahu pendirian kerajaan negeri terhadap sebarang usaha meratifikasi ICERD pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini hari ini.
“Walaupun banyak negara telah menandatangani ICERD, masih terdapat banyak negara juga belum meratifikasikannya. Ratifikasi secara mudah bermaksud setuju untuk terikat dengannya.
“Oleh itu, satu tempoh diperlukan bagi mengkaji dan melaksanakan penyelidikan khusus berkaitan ICERD. Kajian harus diterjemahkan dengan hasil yang relevan terutama dengan suasana majmuk negara kita,” katanya.
Sementara itu, Osman berkata sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut kali ini, sebanyak 669 pusat pemindahan di negeri ini sudah dikenal pasti yang boleh menempatkan sehingga 175,061 orang.
Menjawab soalan Mohd Izhar Ahmad (PH-Larkin) dan Hahasrin Hashim (BN-Panti) mengenai inisiatif kerajaan dan bantuan kecemasan banjir di negeri ini, beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menempatkan barang-barang keperluan bencana di 10 depoh simpanan keperluan bencana, lima mini depoh dan 69 stor pangkalan hadapan di negeri ini.
Menurut Osman, bekalan beras turut ditempatkan di pangkalan hadapan di pulau-pulau serta penempatan Orang Asli antaranya di Pulau Aur, Pulau Besar, Pulau Sibu, Pulau Pemanggil dan Pulau Tinggi.
“Saya juga menyeru Ahli-Ahli Yang Berhormat agar turut membantu menyalurkan sumbangan seperti bahan-bahan makanan kepada mangsa bencana terutamanya yang berpindah di pusat-pusat pemindahan untuk tempoh jam pertama.
“Ini kerana, saya yakin keberadaan Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah lebih dekat dengan masyarakat. Ini juga sebagai tanda keprihatinan kita terhadap penduduk yang terjejas akibat bencana,” katanya.
Osman berkata kerajaan negeri turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah yang menjalankan tanggungjawab menangani bencana banjir dan ribut berlaku baru-baru ini.
Beliau berkata antaranya kejadian banjir di Kampung Parit Jayos, Sri Medan dekat Batu Pahat dan banjir kilat di Kampung kolam Air dekat Simpang Renggam, Kluang pada 13 Nov lepas serta ribut di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang pada 15 Nov lepas. – BERNAMA
sumber : mynewshub
The post Johor Tolak Perundangan Bercanggah – RileksMedia appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/johor-tolak-perundangan-bercanggah-rileksmedia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Hanya Icerd Tapi Jika Bercanggah Johor Tetap Tolak

Bukan Hanya Icerd Tapi Jika Bercanggah Johor Tetap Tolak

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 276 hits
Azlina Othman ISKANDAR PUTERI Kerajaan negeri meminta supaya isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum tidak dipolitikkan kerana dikhuatiri menjadi punca perpecahan antara satu sama lain Menteri Besar Johor D...
Pm Kanada Nak Jumpa Makcik Kelahiran Johor Bahru Ini Tapi Dia Terpaksa Tolak Pelawaan Itu Kerana Sebab Ini

Pm Kanada Nak Jumpa Makcik Kelahiran Johor Bahru Ini Tapi Dia Terpaksa Tolak Pelawaan Itu Kerana Sebab Ini

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 601 hits
PM Kanada Nak Jumpa Makcik Kelahiran Johor Bahru Ini Tapi Dia Terpaksa Tolak Pelawaan Itu Kerana Sebab IniPM Kanada Nak Jumpa Makcik Kelahiran Johor Bahru Ini Tapi Dia Terpaksa Tolak Pelawaan Itu Kerana Sebab Ini
Kedudukan Mb Johor Tidak Perlu Dibangkitkan Rileksmedia

Kedudukan Mb Johor Tidak Perlu Dibangkitkan Rileksmedia

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 282 hits
KULAI Parti Pribumi Bersatu Malaysia menegaskan jika terdapat usaha melobi atau menjatuhkan Menteri Besar ia bukan sahaja tidak baik untuk individu bahkan negeri secara keseluruhannya Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kedudukan M...
Peserta Himpunan Tolak Icerd Mula Memenuhi Kawasan Sekitar Jalan Raja Rileksmedia

Peserta Himpunan Tolak Icerd Mula Memenuhi Kawasan Sekitar Jalan Raja Rileksmedia

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 430 hits
KUALA LUMPUR Peserta perhimpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum mula memenuhi kawasan sekitar Jalan Raja lokasi acara itu berlangsung di sini tengah hari ini Tinjauan Bernama mendapati m...
Penentangan Icerd Baru Bermula Annuar Musa Rileksmedia

Penentangan Icerd Baru Bermula Annuar Musa Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 294 hits
KOTA BHARU Himpunan aman bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum yang berlangsung esok bakal menyaksikan penentangan rakyat baru sahaja bermula Justeru Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar...
Wan Azizah Pendekkan Lawatan Ke United Kingdom Rileksmedia

Wan Azizah Pendekkan Lawatan Ke United Kingdom Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 271 hits
LONDON Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke United Kingdom kembali ke Malaysia lebih awal daripada jadual asal program lawatannya Timbalan Perdana Menteri berkata beliau terpaksa pulang awal ke Ma...
Arahan Dbkl Pindah Kenderaan Tidak Wajar Takiyuddin Rileksmedia

Arahan Dbkl Pindah Kenderaan Tidak Wajar Takiyuddin Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 259 hits
PAS menyifatkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengeluarkan arahan termasuk memindahkan semua kenderaan rasmi yang berada di menara berkenaan ke Jalan Cheras adalah tidak wajar Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata ara...
Kerajaan Dalam Kajian Gubal Akta Keharmonian Sosial Rileksmedia

Kerajaan Dalam Kajian Gubal Akta Keharmonian Sosial Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 273 hits
KUALA LUMPUR Akta Keharmonian Sosial akan digubal selepas kajian teliti mengenai keperluannya selesai dilaksanakan kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik Beliau berkata akta yang bertujuan memupuk perpad...
Tangguh Laksana Langkah Baik Anwar Rileksmedia

Tangguh Laksana Langkah Baik Anwar Rileksmedia

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 232 hits
ALOR SETAR Tindakan kerajaan menangguhkan pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional adalah satu langkah baik dengan mengambil kira keresahan peminjam Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025