Kedai Laksa Sedap Di Kuala Kangsar
Kedai Laksa Sedap di Kuala KangsarKuala Kangsar terkenal dengan pelbagai keunikan dan tarikan tersendiri. Salah satunya adalah laksa. Laksa Kuala Kangsar sering menjadi perhatian pengunjung. Memang terdapat banyak kedai laksa sedap di Kuala Kangsar. Ikut rasa masing-masing saja nak pilih yang mana satu.
Sedapnya laksa! Makan pula dengan cendol atau ais batu campur... perghhh memang layan. Dapat pula yang pekat kuahnya penuh dengan isi ikan. Sedapnya tak terkata.
Kali ini saya kongsikan beberapa buah kedai laksa yang popular di daerah Kuala Kangsar. Kalau datang ke Kuala Kangsar jangan lupa ke kedai laksa ini ya :)
Tempat makan laksa sedap di Kuala Kangsar
1. Laksa Zaitun - Kampung Padang Asam, Padang RengasLaksa Zaitun ni Mai sendiri dah pernah rasa. Memang sedap! Kuah likat. Kedai laksa ni selalu dipenuhi pelanggan. Terdapat pelbagai menu lain lagi selain daripada laksa. Ais batu campur (ABC) pun ada
2. Laksa Pak Ngah - Belakang Sekolah Menengah Tsung Wah, TalangKedai laksa Pak Ngah memang terkenal di Kuala Kangsar. Ia adalah warisan turun temurun dan dah lama bertapak di situ. Kedai pun cantik
3. Laksa Deris - Terletak di Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Kuahnya nampak sedikit gelap tapi sedap! Selain laksa, ada menu lain juga yang disediakan di situ.
Laksa Deris
4. Laksa Lubuk - Kampung Paya, Lubuk MerbauKedai Laksa Lubuk ni terletak di kampung yang Mai tinggal sekarang ni. Setiap hari boleh dikatakan ramai pelanggan yang datang. Menariknya di sini, kuah laksa dan tepung laksa dibuat secara tradisional. Kedai Laksa Lubuk ini viral tau.
5. Laksa Kembor Lubok Merbau - Terletak di Lubuk Merbau. Menariknya di sini ialah tepung laksanya kembar, bercantum dua. Selain laksa, terdapat menu lain seperti mi dan kuey teow kari, ais kacang, pelbagai minuman serta kuih-muih.
Laksa Kembor, memang kembar!
Foto dari Facebook Laksa Kembor Lubok Merbau
6. Laksa telur goreng Lempor - Kampung Lempor Tengah, Manong
7. Laksa Pokok Limau - Kampung Bendang SusurLaksa Pokok Limau terkenal dengan telur bersarangnya.
8. Laksa Hentian Kekabu - Kampung Kledang
9. Medan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar - Lembah Kuala Kangsar, di tepi Sungai PerakTerdapat banyak gerai dalam medan laksa dan cendol ni. Pelbagai menu seperti nasi ayam, rojak pasembor, mi goreng mamak, ABC dan lain-lain lagi disediakan selain laksa dan cendol.
Laksa di salah satu gerai dalam Medan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar
10. Warung Telaga - Terletak di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Kedainya menarik, banyak barangan antik dipamerkan, juga berdekatan dengan bendang. Syoknya makan sambil rasa angin lembut. fuhhhh
Warung Telaga
Senarai kedai telah dikemaskini pada 20 November 2019.
Jom layan video daripada The Vocket yang memaparkan beberapa tempat laksa sedap yang ada di Kuala Kangsar..
Macam mana? Terliur tak? Jomlah kome ke Kuala Kangsar waktu cuti atau pada bila-bila masa saja sambil lawat pelbagai TEMPAT MENARIK DI KUALA KANGSAR. Orang Kuala Kangsar baik-baik, kacak, cantik dan comel semuanya. Rugi kalau tak datang sini hehehe ;)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.maisarahsidi.com/2017/01/kedai-laksa-sedap-di-kuala-kangsar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)