Laksa Utara Yang Sedap



Kuliah Maghrib Surau Ad Dhuha oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Ikhwan bin Ali berkenaan Penawar bagi Hati. Ustaz memulakan dengan mengucap Syukur Alhamdulillah kerana menggerakkan langkah kita ke majlis ilmu. Selawat dan salam buat junjungan Rasululllah. Semoga kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. Bab pertama berkenaan mata.  Sekarang masuk bab ke 2 anggota pancaindera telinga. Apa faedah Allah ciptakan telinga semasa di dunia dan akhirat. 
Pendengaran yang di beri ada matlamat dan tujuannya. Yang perlu kita sampai pada matlamat dan tujuan tersebut. Jadi pasti ia akan disoal oleh Allah, jika salah guna. Dengan telinga kita boleh mendengar macam macam. Bersyukur kerana dikurniakan sifat mendengar dengan cara kita memelihara telinga kita dari mendengar perkara yang dilarang oleh Allah. 
Tanda terima kasih kita ialah dengan dapat mendengar suara ibubapa kita, alam dan nikmat ayat Allah dan hadis Nabi. Tanda berterima kasih kita ialah dengan menghala nikmat tadi dari mendengar perkara yang dilarang. Contoh perkara yang dilarang seperti mendengar akan umpatan. Nabi Muhammad SAW menyebut sesungguhnya orang mendengar adalah sekutu dengan orang yang berkata kata. Maknanya yang mendengar umpatan juga sama dengan yang mengumpat. 

Kita juga dilarang mendengar orang mengadu domba, dan segala perkataan yang tiada baik seperti bidaah. Perkataan yang tidak elok di sisi syarak. Mendengar orang berbantah bantah. Mendengar suara perempuan yang muda belia, jika ditakuti suara tadi akan menimbulkan fitnah.  Jika timbul fitnah, ketika itu suara akan jadi haram. Baik tak payah dengar jika takut jatuh fitnah. Juga perkakas yang diharamkan seperti serunai dan gendang. Yang ada unsur lara dan maksiat. Tidak secara total. Ada pendapat yang mengharuskan jika tiada unsur maksiat. Itu bukan fungsi telinga yang Allah jadikan pada kita. 

Mohon pada Allah supaya kita dijauhkan dari nafsu yang tak pernah kenyang. Jauhkan dari doa yang tidak dimustajab. Hati yang tak kusyuk buang yang was was. Jangan dengar perkataan keji dan sia sia kerana ia boleh menimbulkan sifat was was. Bahasanya perkataan yang kamu dengar ialah seperti makanan yang kamu makan.  

Apa yang didengar masuk ke telinga dan masuk ke hati kamu. Ada yang kamu dengar, boleh memberi manafaat dan ada yang beri mudarat. Perkataan yang masuk dalam hati kamu ada yang bermanafaat yang boleh menyelamatkan kamu dunia dan akhirat. Ada yang menjadi penawar mengubat hati kamu. Ada yang jadi racun menyebabkan hati tak tenang. Apa yang didegngar akan kekal dalam hati lebih lama dari kekal makanan dalam perut kita. 
Apa yang orang kata pada kita kekal lebih lama. Makanan hilang dalam perut dengan tidur. Tapi apa perkataan jatuh dalam hati maka berkekalan dalam hati seumur hidup. Jadi fikir sebelum berkata sesuatu kerana sakit dalam hati kita tak tahu. Dosa dengan manusia kena minta maaf dengan manusia. Itu syarat taubat. Kena minta maaf dengan orang yang kita buat salah. Oleh itu, jangan mudah mudah nak sakitkan hati orang kerana ia akan kekal seumur hidup dalam hati manusia. Jaga perkataan dengan ibubapa. Jaga pertuturan kita supaya tidak menyakiti. Di akhirat ibubapa tak kenal anak, suami tak kenal isteri. Masing masing hendak selamatkan diri dari azab api neraka. 
Jika ada perkataan jahat yang masuk dalam hati kita, maka sentiasa ia akan mendatangkan fitnah dan mendatang keburukan dan timbul rasa was was dalam hati kita. Jangan dengar perkataan pelik sehingga mendatangkan perasaan was was dan boleh timbul keraguan dalam hati kita. Haram mendengar jika kita bukan seorang yang ahli. Takut menimbul was was dalam hati kita. Inilah kebinasaan yang besar bila mendengar perkataan yang tak sepatut kita dengar. Iman adalah yakin dengan sempurna. Tak boleh ada syak. 
Maka hendaklah bersungguh sungguh wahai orang yang berakal untuk fikir baik dan buruk untuk memilih perkara yang baik.  Jaga telinga dan seluruh anggota lain sebelum ditanya oleh Allah pada hari kiamat. Semua akan disoal daripadanya pada hari kiamat. Maka kita hendaklah jaga sungguh sungguh. Jangan mengambil kesenangan dunia yang sementara sehingga sanggup diazab bila kita tak jaga amanah Allah ini. 
Aku bagi akal suruh fikir tentang kebesaran aku. Tafakur  pada aku. Mata untuk tengok kebesaran aku. Telinga untuk dengar nasihat tentang aku. Sama sama muhasabah diri supaya kita kembali pada Allah dengan menpunyai jawapan kepada persoalan Allah. Semuanya diguna untuk nenegak agama dan untuk menambah keimanan pada Allah.  Cukup setakat ini dahulu. Semoga bermanafaat buat kita semua.

Siapa follower Instagram saya di @aziekitchen, mesti perasan yang saya boleh dikatakan beberapa hari dalam seminggu mengunjungi Gerai makan Pak Tehtuu di food court sebelah stesyen minyak Petron di Kampung Pinggiran Subang, simpang ke airport lama. 

Boleh dikatakan setiap hari bila ke sana, saya memesan laksa utara. Jadi biasa lah kalau dah makan sedap, saya mesti merisik menanyakan  resepi. Isteri beliau tidak kedekut pun untuk berkongsi tips kerana resepi sama sahaja dengan laksa lain.

Jadi hari ini teringin nak menyediakan laksa sendiri. Boleh makan puas puas. Boleh klik entri saya sebelum ini di SINI. Jika anda perasan, saya masukkan 2 ulas bawang putih, mengikut resepi yang diajar oleh wife Encik Aziz, owner gerai Pak Tehtuu. 

Jangan lah lepas ni ada yang nak menulis, laksa orang tak masuk bawang putih. Tak masuk bawang putih, itu cara masing masing. Hormati perbezaan. Kalau rasa tak nak masuk, dok diam diam jer. Simpan jer dalam hati suappaya kita jangan menyakiti hati sesiapa. Yang penting, mesti masuk bawang merah. Lagi banyak bawang lagi manis rasanya. 
Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Laksa Utara Yang SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 kg ikan kembung15 keping asam kepingDaun kesumGaram kasar Serbuk perasa, jika suka 
Bahan kisar:2- 3 biji bawang besar 
3 biji bawang merah2 ulas bawang putih4 sudu besar cili kering - 150 gram1 ibu jari belacan 
Bahan lain:
2 bungkus laksa beras keringDaun selom/daun pucuk gajus - hiris
Timun - hiris
Bawang besar - hirisCili padi - hirisLimau kasturi/limau nipisTelur rebus - belah 2
Cara cara:Masukkan bahan kisar di dalam periuk dan dimasak lama lama sehingga mendidih dan naik bau. 


Isi ikan dikisar halus. Tulang ikan dikisar dengan air rebusan dan ditapis. 


Masukkan isi ikan yang dikisar dan juga air rebusan ikan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Masukkan asam keping dan daun kesum. 


Masukkan garam dan serbuk perasa. Masak lama lama supaya rasanya sebati dan mesra. 

Dihidangkan dengan laksa beras, telur dan ulam ulaman.


Nota:
Jika dibiarkan semalaman, keluarkan sikit asam keping, dikuatiri terlebih masam.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/11/laksa-utara-yang-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Utara Lulus Tak Sa Masak Laksa Macam Ni

Orang Utara Lulus Tak Sa Masak Laksa Macam Ni

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 469 hits
Hi korang Jangan tak tau ye SA yang korang kenal ni sebenarnya pencinta laksa tak kisah la laksa apa pun tapi SA lebih cenderung mencintai laksa Penang la SA x tau la laksa yang SA masak ni Laksa Penang sebenar ke tak sebab takde petis atau...
4 Sup Sedap Perut Tulang Ekor Kaki Lembu Slurrpphh

4 Sup Sedap Perut Tulang Ekor Kaki Lembu Slurrpphh

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 648 hits
Kalau nak buat sup sedap melampau bahagian tulang perut kaki dn ekor lembu memang padu kalau dimasak sup selain dagingnya Anda boleh juga masukkan sedikit daging di dalamnya di samping bahagian lain yang anda ingingkan tu Selain rempah ratu...
Resepi Bubur Nasi Bersantan Simple Dan Sedap

Resepi Bubur Nasi Bersantan Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 4718 hits
Resepi Bubur Nasi Bersantan Simple Dan Sedap Senang je nak masak bubur nasi bersantan ni sama je macam masak bubur nasi yg biasa tu Meh kita tengok tgk step step nak membuatnya Bahan bahan 1 cawan beras kiub pati ayam 1 cawan santan santan ...
Tepung Gomak Omak Den Warisan Ibu Maria Ni Sedap Inti Kacang Hijaunya

Tepung Gomak Omak Den Warisan Ibu Maria Ni Sedap Inti Kacang Hijaunya

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 465 hits
Resipi kuih tradisi tepung gomak ni ada banyak versi Tapi min paling suka dengan versi ini kerana ada ubi keledek rebus dimasukkan juga ke dalam tepung atau kulit tepung gomak Hasilnya memang sedap melampau Ada sesetengah resipi hanya mengg...
Dinner Dengan Puyuh Sambal Yang Sedap Dan Terbaik

Dinner Dengan Puyuh Sambal Yang Sedap Dan Terbaik

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 443 hits
Dinner Dengan Puyuh Sambal Yang Sedap Dan Terbaik Malam tadi dinner dengan family dapatlah order puyuh sambal Sedapnya lembut dan rangup tulang tulang dia Ada sesetengah restoran masak puyuh sambal liat tapi di restoran kami makan malam tad...
Ikan Bilis Paling Sedap Dan Rangup

Ikan Bilis Paling Sedap Dan Rangup

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 1356 hits
Ikan bilis antara barang asas dapur yang wajib ada Tak ada ikan bilis macam serba tak lengkap sebab banyak menu masakan harian menggunakan ikan bilis Lainlah kalau hari hari menu bakar je memang tak guna ikan bilis lah kan Ikan bilis pula a...
Cara Buat Cili Flakes Sendiri Nampak Cantik Berkepingan Kecil Dan Sedap

Cara Buat Cili Flakes Sendiri Nampak Cantik Berkepingan Kecil Dan Sedap

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 473 hits
Sebelum ini sumpah aku memang hairan apabila lihat dan tengok sambal cili yang di jual berupa serbuk cili yang berkepingan cantik Sekarang baru aku tahu kena bakar dulu cili keringnya baru di kisar dan di buat sambal Cili flakes begini bole...
Bubur Ayam Sempoi Sedap Sampai Anak Suka Makan

Bubur Ayam Sempoi Sedap Sampai Anak Suka Makan

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 828 hits
Bagi korang yang ingin masak bubur nasi untuk anak anak boleh cuba masak bubur nasi macam ni Rasanya sedap dan anak anak mesti suka Bubur nasi ini mempunyai bahan tumisan dan inilah yang menjadikan bubur nasi lebih sedap Jom try buat BUBUR ...
Buat Sendiri Minyak Bawang Putih Masakan Sedap Beraroma

Buat Sendiri Minyak Bawang Putih Masakan Sedap Beraroma

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 685 hits
Selalu tak korang dengan minyak bawang putih jadi penyedap rasa dan memberikan aroma wangi yang sungguh mengoda selera Walaupun ia ada dijual tapi kalau buat sendiri lagi wangi dan segar Lagipun tak susah nak buat sendiri ni ye emak emak se...
Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Curang Itu Pilihan Tapiiii


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Make Your Business Standout

Cekodok Pisang Comel

Indonesian Architects Week In Kuala Lumpur 2024

Amira Syahira Ragam Melayu Chord

Cara Buat Black Garlic Secara Homemade

Kisah Seram Hostel