Kedai Kopi Restoran Unik Di Kuala Lumpur Merchant S Lane
Salam,Apa khabar semua? Selalunya tengah hari hari Jumaat, ai dengan kawan-kawan akan pergi mengopi. Kopi wajib la kena ada.. so kitorang ni pantang je dengar kedai kopi sedap. Mesti nak melepak dan cuba. Yang satu ni namanya Merchant's Lane. Ariyana yang carikan dan katanya "Hidden Gems Restaurant in Kuala Lumpur". Menarik ni, kalau dah kata macam bestnya apa salahnya kita mencuba kan
Lokasi adalah :
150, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kawasan kedai ni memang tersorok sikit, kitorang pun guna waze dan berpusing sikit tapi tak susah sangat pun. Parking pun depan tu ada tempat parking berbayar. Mudah juga. Untuk lebih mudah, carilah Kedai Stationary bawah ni, sebab Merchat's Lane di atas. Klasik kan kedainya. Ha.. mula2 masuk terasa ragu-ragu juga.. bila dah sampai atas baru nampak Cafe ni lawa
Inilah rupa kedai makannya. Memang klasik2 moden gittew. Oh ya, kedai ni tutup setiap hari Rabu tau. Hari Khamis hingga Isnin dia buka. Boleh google tengok waktu buka dia
Disebabkan kami datang hari Jumaat, dan kami sampai sekitar 1pm, kedai ni dah pun penuh dengan pelanggan. Tapi memang expectedlah kedai ni akan penuh waktu peak hour. So kami tunggu di tempat yang disediakan dan baca serta order menu dulu. Dah dapat tempat boleh terus order.
Sambil menunggu tu, ah jomlah kita berfoto-foto dulu ye tak. Boleh jadi bahan kat blog. hihihi
Dalam 15 minit menunggu, kitorang dapat meja dan kami pilih duduk di dalam. Ada beberapa seksyen dalam kedai ni. Korang bolelah masuk tengok2 sekitar kedai kalau nak tengok keadaan dan deko deko dia. Tapi memang klasik hipstur camtula. Aku pun tak tahu nak descibe camana. haha 😅
Ok jom tengok makanan yang kami order
Ini aku order Charcoal Burger n Hot Tea
Portion sumpah besar, jenuh juga nak habiskan. Kenyang gila perut! 😋 oh ya nama menu aku The Mistress
Dan kawan-kawan aku order yang lagi dua tula. Tu pun bungkus balik sebab portion dia besar. Kalau rasa perut tu tak makan banyak boleh share-share
Lepas makan, hati senang.. kita bergambar kenangan
Kami memilih untuk duduk di seksyen tengah, inilah deko-dekonya. Aku rasa malam-malam memang lawa tempat ni dengan lampu gantung-gantung. Nanti nak pergila waktu malam
Instagrammable sangat kan 😊
Wooo... 😜
haha.. kakak belanja gambar kakak yg kuat makan gemuk dah ni
haha.. So, pada pandangan kakak, kakak suka tempat ni. Deko-deko dia ala2 semulajadi lumut camtu. Makanan dia mostly semua nampak sedap. Nama makanan dia kelakar juga mcm Burger aku tu nama dia The Mistress, ada dessert nama "kalau aku kaya", "better than sex", grilled salmon nama "kg. sg. tua" haha So aku memang recommended kedai ni. Kalau tak tahu nak makan mana area KL bolehlah singgah sini ye
Ok tu jela nak share more info korang boleh tengok FB diorang ni :
Facebook : https://www.facebook.com/merchantslaneIG : https://www.instagram.com/merchantslane/
Bye jumpa lagi.. tq for coming guuuuyyyys
http://feeds.feedburner.com/NovaLeezaMyDiary
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://novaleeza.blogspot.com/2019/11/kedai-kopi-restoran-unik-di-kuala.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+NovaLeezaMyDiary+%28NOVA+LEEZA+%7C%7C+My+Diary%29