Kedah P Pinang Perlu Wujud Dana Lindungi Hutan Ulu Muda Kata Kumpulan Ngo


FMT Reporters
Kumpulan NGO berkata, Hutan Simpan Ulu Mudah di Kedah terus terancam berikutan kegiatan pembukaan hutan, pembalakan dan perlombongan dan perlu diteliti secara serius. (Gambar Facebook)GEORGE TOWN: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggesa kerajaan Kedah dan Pulau Pinang untuk berhenti bertelingkah mengenai isu air yang ketika ini dan sebaliknya mewujudkan dana untuk memelihara hutan tadahan untuk kebaikan kedua-dua negeri itu.
Sahabat Ulu Muda, iaitu gabungan 13 kumpulan pemuliharaan hutan simpan Ulu Muda di Kedah, menggesa perkara itu dilakukan dalam satu surat terbuka kepada menteri besar dan ketua menteri kedua-dua negeri terbabit.
Surat itu, yang ditulis oleh sekretariatnya Meenakshi Raman, menyebut, hutan berkenaan terus terancam berikutan kegiatan pembukaan hutan, pembalakan dan perlombongan dan perlu diteliti secara serius.
“Walaupun Pulau Pinang memperolehi hak yang sah untuk mengekstrak air mentah dari bahagian Sungai Muda, langkah itu akan membawa kebaikan dalam jangka panjang kepada Pulau Pinang untuk membantu Kedah melindungi hutan ini.
“Hutan ini menyediakan ekosistem yang memerangkap air hujan, menapis dan mengawal pelepasannya ke sungai dan anak sungai dan akhirnya mengalir ke Sungai Muda.
“Adalah lebih bermanfaat sekiranya jutaan ringgit yang dibelanjakan untuk mengalih dan membina fasiliti simpanan air diperuntukkan untuk melindungi dan mengekalkan hutan itu yang menyediakan ekosistem seperti yang dinyatakan di atas,” tulis surat itu.
Meenakashi berkata, Sanusi dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hendaklah melantik orang tengah bebas antara dua negeri itu dan berunding dengan pakar berkait “sistem bayaran bagi khidmat ekosistem atau PES” melibatkan kawasan tadahan air Sungai Muda.
Katanya, persetjuan bersama mengenai PES akan menyaksikan penerima manfaat utama daripada sungai berkenaan mengeluarkan dana untuk melindunginya.
“Aktiviti perlindungan harus meliputi langkah mewartakan seluruh kawasan itu sebagai taman negeri atau negara; kawalan dan penguatkuasaan terhadap pencerobohan dan pemburuan binatang liar, pemantauan liputan hutan serta pendidikan dan aktiviti kesedaran,” katanya.
Sejak tahun lepas, Kedah mahu Pulau Pinang membayar RM50 juta setahun bagi air yang diambil oleh negeri itu daripada Sungai Muda di Kepala Batas sebagai “pampasan”.
Ia ditolak bulat-bulan oleh kerajaan Pulau Pinang yang berkata, ia berhak untuk mengekstrak air dari sebatang sungai yang mengalir ke dalam negeri itu
.
Sanusi mencadangkan pembinaan kolam simpanan air di sepanjang Sungai Muda yang mungki akan memperlahankan aliran sungai tersebut ke Pulau Pinang.
Sungai itu berpunca dari hutan Ulu Muda, Kedah di bahagian ulunya hingga ke Pulau Pinang di bahagian Barat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/kedah-p-pinang-perlu-wujud-dana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rancangan Kedah Kawal Bekalan Air P Pinang Ibarat Isytihar Perang Kata Pemimpin

Rancangan Kedah Kawal Bekalan Air P Pinang Ibarat Isytihar Perang Kata Pemimpin

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 275 hits
Lim Guan Eng marah dengan rancangan takungan air Muhammad Sanusi Md Nor sementara Charles Santiago menyifatkannya sebagai pengisytiharan perang terhadap Pulau Pinang GEORGE TOWN Rancangan kerajaan Kedah mengurangkan bekalan air ke Pulau Pin...
Pulau Pinang Juga Harus Istihar Perang Terhadap Kedah Utamakan Anak Penang Dalam Berbagai Sektor

Pulau Pinang Juga Harus Istihar Perang Terhadap Kedah Utamakan Anak Penang Dalam Berbagai Sektor

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 422 hits
Rancangan Kedah kawal bekalan air P Pinang ibarat isytihar perang kata pemimpin March 25 2021 Lim Guan Eng marah dengan rancangan takungan air Muhammad Sanusi Md Nor sementara Charles Santiago menyifatkannya sebagai pengisytiharan perang te...
Kedah Akan Bina Projek Takungan Air Pinggiran Sungai Kata Mb

Kedah Akan Bina Projek Takungan Air Pinggiran Sungai Kata Mb

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 308 hits
Kedah akan bina projek Takungan Air Pinggiran Sungai kata MB Dikemas kini 8 minit yang lalu Diterbitkan pada 24 Mar 2021 7 2
Kedah Umum Rancangan Sekat Air Di Sungai Muda

Kedah Umum Rancangan Sekat Air Di Sungai Muda

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 287 hits
Kerajaan negeri mengumumkan projek Takungan Air Pinggiran Sungai yang akan menakung air di beberapa kawasan di sungai itu berkemungkinan boleh menyebabkan bahagian selatan sungai kering dan menjejaskan Pulau Pinang Projek itu akan memastika...
P Pinang Sedia Ke Mahkamah Halang Kedah Kawal Bekalan Air

P Pinang Sedia Ke Mahkamah Halang Kedah Kawal Bekalan Air

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 259 hits
BAGAIMANA JIKA PENANG1 MENGGUNAKAN KELEBIHAN PELABUHANNYA 2 MENGGUNAKAN KELEBIHAN LAPANGAN TERBANGNYA3 PENGANGKUTAN KERETAPINYA DAN PELABUHANNYA March 25 2021 Pulau Pinang mengambil air mentah dari Sungai Muda di Lahar Tiang Kepala Batas GE...
Kerajaan Negeri Kedah P Pinang Perlu Henti Berbalah

Kerajaan Negeri Kedah P Pinang Perlu Henti Berbalah

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 360 hits
Sumber Malaysian GazetteMuhammad Sanusi Md Nor dan Chow Kon Yeow KUALA LUMPUR Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kedah perlu menghentikan perbalahan dan mengatasi permasalahan secara baik demi kebaikan rakyat kedua dua negeriPerbalahan antara...
Mana Akhlak Islam Mb Kedah Mahu Penduduk P Pinang Guna Air Selut

Mana Akhlak Islam Mb Kedah Mahu Penduduk P Pinang Guna Air Selut

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 254 hits
Isu kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang membayangkan penduduk Pulau Pinang akan menggunakan air selut sekiranya Kerajaan Negeri itu gagal membayar caj air mentah masih diperkatakan Bagi Ahli Parlimen Kuala Kedah Dr Azm...
Sejumlah Besar Rm4 Bilion Dana Pencen Dicuri Kata Peguam

Sejumlah Besar Rm4 Bilion Dana Pencen Dicuri Kata Peguam

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 208 hits
V AnbalaganPUTRAJAYA Sejumlah besar pinjaman bernilai RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd daripada dana persaraan kerajaan mungkin dicuri tetapi laporan polis tidak dibuat mengenainya hujah peguam ketika prosiding melibatkan rayuan ...
Kpn Gagal Tepati Janji Perlu Mohon Maaf Kepada Indira Kata Ngo

Kpn Gagal Tepati Janji Perlu Mohon Maaf Kepada Indira Kata Ngo

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 283 hits
Pengerusi INGAT Arun Doraisamy berkata ketua polis negara patut memohon maaf kerana gagal mengotakan janji yang menyebabkan Indira Gandhi benar benar terluka dan hatinya hancur luluh PETALING JAYA Sebuah badan bukan kerajaan menuntut ketua ...
Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Landscape House By Maud Caubet A Contemporary Retreat Amid Forest And Ocean

Klang River Water Level Exceeds Danger Level

Raising Accountants How Professional Socialisation Can Empower Them


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Drama Pabila Dia Tersenyum

Renew Domain Untuk 2 Tahun