Kecur Liur Dengan Menu Kari Ketam Badam Berendam Kilafairy Dan Rohana Jalil Untuk Berbuka
Menu apa ye hari ni untuk berbuka? Bila dah anak-anak mula berkumpul kita masakkan yang istimewa untuk dinikmati. Sedap pula kalau dapat kari ketam , makan dengan nasi panas-panas memanglah bertambah makan.
Rasa Nostalgia Ramadan episod hari ini istimewa dengan gandingan Kilafairy dan Rohana Jalil menyediakan hidangan berbuka iaitu Kari Ketam dan Badak Berendam.
Bila Kila teringin masakan kegemarannya. lantas dikotakan hajat oleh si ibu. Seronok bila sama-sama di dapur menyediakan hidangan berbuka, akrab rasa ibu dan anak.
KARI KETAM
Bahan-bahan:
6 ekor ketam
1 biji bawang besar-kisar
3 biji bawang putih-kisar
1 sudu besar halba campur
1 inci halia-kisar
2 tangkai daun kari
2 sudu makan minyak sapi
1 paket serbuk kari ketam
2 sudu makan cili kisar
2 keping asam keping
Maggi Cukup Rasa
Daun ketumbar-untuk hiasan
2 cawan santan pekat
Cili besar merah
Cara memasak:
Panaskan kuali dan letakkan minyak dan juga minyak sapi.Masukkan halba campur.Masukkan sedikit daun kari.Masukkan bawang dan halia yang sudah dikisar.Bila bawang dah naik bau ,masukkan cili kisar. Masak hingga garing dan pecah minyak.Tambahkan air secukupnya dan masukkan santan.Masukkan ketam dan biarkan ketam masak dan berubah warna.Masukkan asam keping. Kacau rata hingga mendidih.Perasakan dengan garam dan gula dan maggi cukup rasa.Letak cili merah dan daun ketumbar sebagai hiasan. Bolehlah dihidang.
BADAK BERENDAM
Bahan-bahan:
2 cawan Tepung Pulut
½ sudu kecil garam
2 sudu makan gula pasir
1 kotak santan
1 helai daun pandan
Pewarna merah, kuning, hijau
½ biji kelapa parut (putih sahaja)
Gula Melaka secukupnya
Cara buat inti:
1.Dalam kuali letak air , Gula Melaka dan daun pandan (disimpul) dan kelapa putih. Masak sehingga kering.
Biarkan ia sejuk seketika.Cara buat badak berendam
Dalam mangkuk bancuh tepung pulut ,air dan sedikit garam.Gaul hingga jadi adunan dan bahagikan menjadi 3 bahagian.Bulatkan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan dengan kemas.Rebus bebola di dalam air mendidih. Bila dah timbul angkat dan masukkan ke dalam kuah santan.Cara buat kuah santan:
1.Dalam kuali letak daun pandan yang berisi air , gula dan santan. Kacau ia sehingga sebati dan masak.
2.Masak dengan api perlahan , kacau agar tidak berketul.
3.Apabila bebola tadi dah masak, masukkan ke dalam kuah ini. Kacau sehingga menggelegak dan santan masak.
Minuman Segar, Tulen Dan Bersih Terus Dari LG PuriCare™
Setelah seharian berpuasa, tekak yang dahaga memang tak sabar untuk minum air sepuasnya kala berbuka.
Untunglah ada LG PuriCare™; Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) yang membekalkan air jernih dan bersih sedia untuk nikmati.
Jadi kalau sedang makan tu, tergigit cili atau gulai terlalu pedas, jus yang dibuat pula sudah habis, apa lagi ambil sahaja terus dari Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD. Selamat untuk diminum terus. Muncung Auto Bergerak Atas dan Bawah juga dapat memutar kiri dan kanan, memudahkan kita mengambil air dengan mudah. Nikmati air bersih dan segar serta merta pada isipadu air pilihan anda iaitu 120ml, 500ml dan 1000ml hanya dengan satu butang.
Lepas makan nak buat air panas, mudah sangat, tekan pilihan air panas. Kawalan air panas memberikan anda pilihan suhu 40°C, 75°C & 85°C hanya di hujung jari sahaja.
Ternyata Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD memberikan banyak kelebihan dan keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://ift.tt/3fYBJcb)
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/05/kecur-liur-dengan-menu-kari-ketam-badam.html