Dato Rosyam Nor Anis Tunjuk Skil Masak Kari Kepala Ikan Merah Sagu Manggo Cream Sedap Untuk Berbuka
Dato Rosyam Nor, figura berkarisma yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Nampak ganas dengan watak Tailong, sebenarnya ada sisi lain selebriti ini yang ramai tidak tahu.
Mula memasak sejak berumur 13 tahun menjadikan Dato Rosyam tidak kekok di dapur. Tidak hairanlah memasak hidangan istimewa begini ibarat ‘kacang’ je bagi beliau. Nampak mudah dan sedap. Bagi anda yang tidak ada kepala ikan merah, jangan risau. Boleh sahaja guna kepala ikan tenggiri atau isi ikan.
Dalam episod kali ini juga menampilkan anak Dato Rosyam iaitu Nur Anis yang turut berkongsi resipi hidangan pencuci mulut. Cantik manis dan lembut tutur katanya. Pandai memasak pula tu. Pendek kata, tidak jemulah melihat aksi dua beranak ini di dapur.
Jadi bagi anda yang sudah menonton Rasa Nostalgia Ramadan, jangan lupa untuk mencuba resipi-resipi yang mereka kongsikan ini. Sesuai sangat dijadikan sajian berbuka anda.
KARI KEPALA IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
2 keping kepala ikan merah2-3 biji tomato – belah 41 kotak sederhana santan5-6 biji bendi3-4 biji bawang merah – tumbuk2 ulas bawang putih – tumbukSedikit belacan – tumbuk1 mangkuk kecil air asam jawaRempah 3 Beradik (bunga lawang, bunga cengkih & kulit kayu manis)3-4 sudu makan rempah Kari Ikan1 sudu makan serbuk ciliSedikit serbuk kunyit Minyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi menggunakan api sederhana.Kemudian masukkan rempah 3 sekawan. Tumis lagi.Seterusnya masukkan rempah kari ikan, serbuk cili dan serbuk kunyit. Tumis lagi hingga pecah minyak.Tambahkan air asam jawa. Sebatikan.Seterusnya maukkan santan. Kacau lagi hingga sebati.Masukkan kepala ikan merah. Biarkan hingga masak.Akhir sekali masukkan bendi, tomato dan perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.Angkat dan sedia untuk dinikmati.SAGU MANGGO CREAM
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk sagu putih 2 biji buah mangga1 tin susu sejat Gula secukupnya Santan – masak seketika hingga berwap Buah Nangka – hiris nipis Bunga telang untuk hiasanCARA MEMASAK:
Didihkan air dan rebus sagu hingga jernih. Kemudian tapis dan lalukan di bawah air bagi menghilangkan sisa kanji.Masukkan isi buah mangga bersama susu sejat ke dalam pengisar. Kemudian kisar hingga halus. Jika suka, boleh masukkan gula.Ambil mangkuk atau bekas bersesuaian. Sudukan sagu dengan secukupnya.Kemudian sudukan krim mangga yang dikisar tadi.Seterusnya sudukan pula santan.Akhir sekali, taburkan hirisan nangka dan juga bunga telang.Sejukkan dan bolehlah dinikmati.LG PuriCare™ Buat Tugas Memasak Menjadi Lebih Mudah Dan Cepat
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) memudahkan kita membuat pilihan mengikut menu dan resipi yang ingin disediakan apa lagi dalam bulan Ramadan ini.
Bila bulan puasa ni, memasak untuk sahur memang perlu laju, dan masa yang terhad, kita perlu untuk memasak air jika mahu menyediakan minuman panas untuk bersahur. Memang jimat masa betul. Kalau nak buat air sirap atau air berperisa yang dingin waktu berbuka nanti tinggal tekan sahaja pilihan air sejuk. Mudah sangat. Kalau tak mahu air panas atau sejuk kerana tidak sesuai dengan selera kita, pilihan air segar mengikut suhu bilik boleh terus masukkan dalam gelas. Air jernih dan bersih sedia untuk nikmati.
Sensor yang terletak di belakang saluran keluar air mengesan ukuran cawan atau botol pengguna dan menggerakkan paip ke atas dan ke bawah untuk menyesuaikan ketinggian secara automatik untuk tuangan tanpa percikan yang sempurna setiap masa. Mudah kan?
Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://ift.tt/3fYBJcb)
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/05/dato-rosyam-nor-anis-tunjuk-skil-masak.html