Gabungan Mantap Diva Azwan Ali Amir Raja Lawak Dan Senario Menyediakan Menu Berbuka Untuk Akhir Ramadan
Rasa Nostalgia Ramadan Special hari ini memang gamat dengan penampilan Diva Azwan Ali, Amir Raja Lawak dan Senario.
Bila menu istimewa iaitu Rendang Ayam dan Pengat Durian dimasak secara gotong royong, tambah ringan kerja menyediakan menu berbuka ini.
Terhibur dengan gelak ketawa dan senda gurau masing-masing, terubat rindu melihat jenaka kumpulan Senario. Bolehlah buat menu ini untuk raya nanti.
RENDANG AYAM DIVA AA
BAHAN-BAHAN:
1 botol sedang minyak masak
1 paket garam
2kg bawang besar -kisar
1kg bawang putih -kisar
1kg halia -kisar
1kg lengkuas -kisar
10 ikat serai -kisar
10 paket daun limau purut
10 helai daun kunyit saiz besar
½ kg cili api (campur merah dan hijau) -kisar
½ kg cili kering-kisar
3 kotak besar santan Kara
2 paket sedang cili boh
10 paket kecil buah keras -kisar
3 ekor ayam (potong 10)
CARA MEMBUAT:
1.Panaskan kuali, masukkan bahan kisar ,bawang besar, bawang putih , halia, lengkuas dan serai. Masak hingga naik bau.
2.Masukkan , cili api , cili kering dan cili boh yang sudah dikisar.Masak hingga cili masak .
3.Masukkan santan.
4.Masukkan buah keras yang sudah dikisar.
5.Kemudian masukkan ayam yang sudah dipotong.
6.Masukkan daun kunyit yang sudah dipotong halus.
7.Masukkan daun limau purut.
8.Gaul rendang hingga kering.
PENGAT DURIAN DIVA AA
BAHAN-BAHAN:
Air masak secukupnya
1 paket besar gula pasir
1 paket besar gula merah
5 biji durian
1 buku sedang Gula Melaka
Secekak daun pandan
2 tin jagung
3 kotak besar Santan Kara
CARA MEMBUAT:
Dalam kuali masukkan air secukupnya.Masukkan santanMasukkan jagungMasukkan gula merah dan gula pasir.Masukkan gula Melaka.Akhir sekali masukkan durian.
Air Tulen, Bersih dan Segar Dari LG PuriCare™
Minum air yang banyak setiap hari dapat memberikan tenaga kepada badan. Tetapi dalam bulan puasa, lebih kurang 13 jam tubuh tidak mendapat air diwaktu siang hari. Jadi ketika berbuka ramai akan minum pelbagai jenis air khususnya yang manis-manis belaka. Jadi untuk memberikan kesimbangan kepada tubuh, kita perlu minum air kosong yang tulen, bersih dan segar selepas berbuka.
Tidak sukar mana kerana kita boleh bawakan minuman ini ke dalam rumah dan boleh diminum atau digunakan untuk memasak dan sebagainya. Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD sangat mudah dikendalikan. Mudah dipasang dan tidak menggunakan banyak ruang.
Ia juga mempunyai Aplikasi LG ThinQ™ berfungsi untuk memantau penggunaan air dan menggunakan mod Diagnosis untuk mengesan sebarang kesalahan produk. Jadi air dari mesin ini sentiasa mempunyai tahap ketulenan, kebersihan yang kesegaran yang berkualiti.
Ia juga dilengkapi dengan Alert Change Filter, di mana pengguna dapat memantau keadaan penapis pembersih air dengan mudah melalui lampu indikasi untuk memastikan prestasi sentiasa dioptimumkan. Jadi kita tidak perlu risau dengan tahap kebersihan air yang kita minum atau memasak setiap hari.
Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://ift.tt/3fYBJcb)
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/05/gabungan-mantap-diva-azwan-ali-amir.html