Peguam Negara Dedahkan Penipuan Mb Selangor Berkaitan Isu Air



 
Gangguan bekalan air di Selangor di Selangor bukanlah satu isu yang terpencil dan baharu.
Malah penduduk Selangor sendiri sudah merasa bosan dengan keadaan gangguan bekalan air yang terlalu kerap mengganggu kehidupan mereka.

"Ia berlaku secara tiba-tiba." 
"Kami tak tahu apa nak buat." 
"Kami hanya dengar yang ada pencemaran air (di Sungai Selangor)."
"Selalunya, kita akan diberitahu terlebih dahulu tentang gangguan ini supaya kita boleh simpan air," keluh Noorliani Mohamad Noor dari Taman Pelangi.
Seorang lagi penduduk dari Bestari Jaya, Selangor, Norrasmawani Kamaruddin berkata :
"Susah kalau gangguan air berlaku lebih daripada 48 jam bagi keluarga saya." 
"Dengan 2 anak di rumah, macam mana mereka nak mandi dan saya masak makan malam atau makan pagi?"
K Girija pula berkata :
"Kami bayar bil dan kami harap diberikan update setiap jam." 
"Beritahu kami, apa yang menyebabkan pencemaran ini?" 
"Adakah ini pencemaran kimia?"
Sekiranya gangguan bekalan air adalah disebabkan oleh faktor alam semulajadi, seperti kemarau panjang, admin yakin pengguna boleh memahami dan menerimanya

Tetapi yang menimbulkan kemarahan penduduk ialah punca ganguan bekalan air adalah disebabkan oleh pencemaran air di Sungai Selangor dan ianya adalah berpunca dari pembuangan sisa toksik oleh kilang-kilang yang tidak bertanggungjawab

Apa yang lebih membangkitkan kemarahan pengguna, kejadian ini bukanlah kejadian yang pertama, malah ianya telah berulang beberapa kali dan dilakukan oleh kilang yang sama!!



Lebih menimbulkan kemarahan pengguna ialah sikap lepas tangan dan tidak bertanggungjawab Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari

Di saat rakyat Selangor dalam kesusahan kerana gangguan bekalan air yang berpanjangan, beliau pergi ke Sabah atas urusan apa, tidak dapat dipastikan

Mungkin hendak membantu PKR berkempen untuk menghadapi PRN Sabah

Tapi sebagai Menteri Besar Selangor, yang sepatutnya menjadi keutamaan beliau adalah kebajikan rakyat Selangor, bukannya politik negeri Sabah!!


Tapi mungkin bagi Amirudin, asalkan anak bini beliau selesa berenang di kolam mandi yang ada di rumah beliau ketika rakyat kesusahan kerana tiada bekalan air paip di rumah, itu sudahok, kepada rakyat Selangor, pandai-pandailah cari air untuk teruskan kehidupan seharian!!

Tapi sebanarnya, ada isu yang lebih besar yang admin mahu dedahkan berkenaan isu air di Selangor ini


Rupa-rupanya, untuk melepaskan diri dari dipersalahkan dalam isu gangguan bekalan air di Selangor dan Lembah Klang ini, Amirudin telah membuat kenyataan palsu aka menipu dan ianya membabitkan Jabatan Peguam Negara

Pendedahan mengenai penipuan Amirudin ini telah dibuat oleh Peguam Negara, Idris Harun sendiri

Amirudin mendakwa pihak Peguam Negara tidak mengambil apa-apa tindakan perundangan terhadap kilang yang menjadi punca pencemaran air di Selangor, walau pun pihak Kerajaan Negeri Selangor telah selesai melakukan siasatan dan telah dihantar kepada pihak Peguam Negara pada April 2020

"Contohnya, kita susah habis lakukan siasatan ketika pencemaran pada April tetapi tindakan tidak diambil Peguam Negara."
"Kuasa pendakwaan juga bukan bawah kita," tambah Amiruddin.
Namun kenyataan Amirudin telah disangkal oleh Peguam Negara, Idrus Harun!!!

Idrus menjelaskan :
"Dakwaan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bahawa Jabatan Peguam Negara tidak mengambil sebarang tindakan selepas kerajaan negeri selesai menyiasat kes pencemaran air pada April adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali."

"Jabatan Peguam Negara hanya dimaklumkan bahawa terdapat kertas siasatan yang dibuka oleh agensi yang berkaitan dan kertas siasatan itu sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya."

"Pada 17 Mac, Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) memaklumkan bahawa 4 loji rawatan air di Sungai Selangor dihenti tugas bermula 17 Mac, jam 7.00 malam, akibat pencemaran bau dalam air mentah pada tahap 2 TON."
"Lanjutan itu, siasatan bersepadu bersama oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Air Selangor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Majlis Perbandaran Selayang dan Exco Alam Sekitar Selangor dijalankan berikutan aduan yang menyebabkan penutupan loji tersebut."

"Pihak JAS Selangor mengeluarkan 30 tawaran kompaun di lapangan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM60,000.00 kepada pemilik premis Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd di Lot 4219, Jalan Batu Arang, Kg Sungai Dua, Rawang."

"Kompaun itu dikeluarkan tanpa apa-apa rujukan kertas siasatan dibuat kepada Jabatan Peguam Negara."

"Selain daripada tawaran kompaun yang dikeluarkan pada Mac, yang dibuat tanpa rujukan kepada Jabatan Peguam Negara, Idrus menegaskan sehingga kini jabatan itu tidak pernah dirujuk dengan apa-apa kertas siasatan berhubung kejadian pencemaran air mentah di Selangor."



Ada beberapa perkara yang menarik perhatian admin mengenai kenyataan Peguam Negara selain dari penipuan Amirudin, adalah nilai kompaun yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor, JAS Selangor, adalah tersangat rendah

30 tawaran kompaun dengan nilai hanya RM60,000 sahaja!!

Kira-kira RM2,000 untuk satu kompaun!!

Adakah serendah itu nilai kesusahan yang ditanggung oleh berjuta-juta penduduk Selangor dan Lembah Klang akibat dari gangguan bekalan air bersih!!

Yang kedua ialah, mengapa kompaun dikeluarkan tanpa merujuk dahulu kepada Peguam Negara

Kita maklum, pihak Kerajaan Negeri Selangor mempunyai hak untuk bertindak mengeluarkan kompaun, tetapi memandangkan isu pencemaran air ini sudah kerap berlaku dan kesannya amat besar, mengapa tidak dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk hukuman yang lebih berat, atau ada pihak yang sengaja tidak mahu ianya dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara kerana ada kepentingan peribadi

Harap dapat disebarkan perkara supaya ianya mendapat perhatian pihak SPRM

Kepada penduduk Selangor, bersabarlah, bila hampir PRU 15 nanti, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor taburkan baucer RM300 seorang, undilah balik Pakatan Harapan, masaalah air nie boleh ditutup dengan baucer 300 ringgek!!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/09/peguam-negara-dedahkan-penipuan-mb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Penyebab Isu Air Selangor Dipolitikkan

Dap Penyebab Isu Air Selangor Dipolitikkan

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 239 hits
DR MOHD ZUHDI MARSUKI SEMEMANGNYA isu terputusnya bekalan air Selangor dan Kuala Lumpur menarik perhatian semua pihak termasuk mereka yang berada di luar kawasan yang terjejas Ia mendapat perhatian disebabkan punca terputusnya bekalan air a...
Betapa Licik Ultra Kiasu Di Sebalik Isu Musang King Sjkc Pencemaran Air Selangor

Betapa Licik Ultra Kiasu Di Sebalik Isu Musang King Sjkc Pencemaran Air Selangor

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 422 hits
Sifat Melayu bila senang raikan orang lain Bila susah baru cari bangsa sendiri BERSATUNYA ultra kiasu dalam mempertahankan musang king SJKC dan pencemaran air Selangor Kita bagaimana Berpecah tak habis Berikan satu contoh semua politik Mela...
Dap Yang Politikkan Isu Gangguan Bekalan Air Selangor

Dap Yang Politikkan Isu Gangguan Bekalan Air Selangor

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 263 hits
DR MOHD ZUHDI MARSUKI EDISI 9 SEMEMANGNYA isu terputusnya bekalan air Selangor dan Kuala Lumpur menarik perhatian semua pihak termasuk mereka yang berada di luar kawasan yang terjejas Ia mendapat perhatian disebabkan punca terputusnya bekal...
Sultan Selangor Presiden Fam Bincang Isu Bola Sepak Negara

Sultan Selangor Presiden Fam Bincang Isu Bola Sepak Negara

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 293 hits
SHAH ALAM 2 SEPT Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia di Istana Bukit Kayangan Shah Alam hari ini Dalam pertemuan itu Datuk Hamidin Mohd ...
Kerajaan Selangor Gagal Tangani Isu Air

Kerajaan Selangor Gagal Tangani Isu Air

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 258 hits
Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mempersoalkan tindakan Kerajaan Selangor merobohkan rumah rakyat berpenghuni atas alasan tebatan banjir namun tidak mengambil tindakan sama terhadap kilang yang mencemar sungai sebagai sum...
Robohkan Kilang Haram Titah Yang Paling Dinantikan Oleh Rakyat Bila Sultan Selangor Akhirnya Sudah Bersuara Isu Air

Robohkan Kilang Haram Titah Yang Paling Dinantikan Oleh Rakyat Bila Sultan Selangor Akhirnya Sudah Bersuara Isu Air

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 290 hits
news allmhi com Dengan beberapa hari lalu tentang kjadian pencemaran bau yang dikesan di Sungai Selangor telah menjejaskan bekalan air di tujuh wilayah di negeri Kuala Lumpur dan Selangor Difahamkan gangguan membabitkan negeri Kuala Lumpur ...
Mb Selangor Ph Menipu Kata Agc Pasal Kertas Siasatan Pencemaran Air Di Selangor

Mb Selangor Ph Menipu Kata Agc Pasal Kertas Siasatan Pencemaran Air Di Selangor

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 288 hits
Peguam Negara Idrus Harun menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bahawa pihaknya tidak mengambil tindakan berhubung pencemaran air di Selangor Dalam kenyataan media hari ini Idurs menyifatkan tuduhan Amirudin itu sebagai ti...
Air Selangor Senarai 344 Kawasan Yang Masih Dalam Proses Pemulihan Gangguan Air Setakat Ini

Air Selangor Senarai 344 Kawasan Yang Masih Dalam Proses Pemulihan Gangguan Air Setakat Ini

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 336 hits
Setakat 6 30 pagi tadi sebanyak 948 kawasan telah pulih sepenuhnya daripada gangguan air susulan pemberhentian operasi di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 2 3 dan Rantau Panjang kata Air Selangor Sementara itu sebanyak 344 kawasan ma...
Krisis Air Selangor Terengganu Juga Turut Sama Membantu

Krisis Air Selangor Terengganu Juga Turut Sama Membantu

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 444 hits
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing nbsp nbsp Syarikat Air Terengganu telah menghantar bantuan bekalan air bersih kepada rakyat sekitar Klang Selangor untuk kegunaan harian nbsp nbsp Bantuan mula dihantar semalam dan dijangka akan bera...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Hiburan Saya Rasa Mereka Ada Masa Depan Yang Baik Abby Abadi Dedah Aslam Kini Bawa Grab Dan Berniaga



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

Ini Kata Kata Terakhir Korban Penganiayaan Senior Stip Sebelum Dipukuli Hingga Tewas