Kecoh Sidang Dewan Hanya Ribut Dalam Cawan



(Bernama) – Hari pertama yang penuh drama – daripada usul pengosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat, pelantikan baharu jawatan itu dan Timbalan Yang Dipertua sehinggalah kepada isu remeh ‘gelap’ dan ‘bedak’ – menghangatkan persidangan Dewan Rakyat.
Kehangatan hari pertama itu boleh diibaratkan sebagai ‘ribut dalam cawan’ apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin memperoleh kelebihan undi untuk meluluskan usul yang dibawa Perdana Menteri itu.
Usul yang mendapat bantahan daripada pihak pembangkang itu, lulus apabila undi yang dilakukan secara belah bahagian menyaksikan 111 Ahli Parlimen menyokong, 109 tidak sokong manakala seorang tidak hadir dan seorang berkecuali.
Walaupun kelebihan undi itu adalah tipis, ia sudah cukup untuk menunjukkan Muhyiddin mendapat sokongan yang mencukupi kalangan Ahli Parlimen.
Pelantikan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Timbalan Speaker turut melakar sejarah negara apabila menjadi wanita pertama yang dilantik untuk menduduki kerusi itu.
Mungkin disebabkan lama tidak ‘berdebat’ apabila Dewan Rakyat hanya bersidang sehari pada Mei akibat penularan wabak COVID-19, rata-rata Ahli Parlimen baik di blok pembangkang mahupun kerajaan ‘berebut-rebut’ untuk bercakap mempertahankan hujah masing-masing yang memihak kepada blok yang disokong.
Mungkin juga mahu menguji ketegasan Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua dewan yang baharu menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, ada sahaja perkara yang menjadi ‘modal’ untuk mereka bertikam lidah dan menghangatkan suasana, sehingga menyebabkan persidangan dewan ditangguh awal dua jam daripada sepatutnya.
Bagaimanapun, dalam kekecohan yang turut menyaksikan Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) diarah keluar dewan sehingga tamat persidangan hari pertama itu, persidangan dewan meluluskan usul pelantikan enam Ahli Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Parlimen ke-14.
Mereka terdiri daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Persidangan dalam situasi negara yang masih belum bebas daripada pandemik COVID-19 itu juga menyaksikan kebiasaan baharu dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, antaranya tempat duduk Ahli Parlimen disusun dengan jarak satu meter iaitu mengambil kira jarakan sosial, menyebabkan ada kalangan wakil rakyat yang terpaksa duduk di tempat duduk pegawai.
Bagaimanapun, ribut hanya sehari dan ketegasan serta keadilan Azhar serta Timbalan Yang Dipertua dewan yang baharu Azalina dalam membuat keputusan ketika mengendalikan persidangan pada hari-hari seterusnya berjaya ‘menarik’ sokongan dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan.
“… ini apabila ada Speaker pandai senang,” kata Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) apabila Azhar membuat keputusan yang memihak kepada beliau ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada Khamis.
Selain kekecohan hari pertama, urusan mesyuarat lancar pada hari-hari berikutnya walaupun isu-isu seperti ‘kerajaan pintu belakang’, ‘kerajaan tebuk atap’ dan ‘kerajaan pintu istana’ sentiasa ditimbulkan dalam kebanyakan perbahasan kalangan wakil rakyat pembangkang, yang pastinya mendapat bantahan dan tentangan blok kerajaan.
Turut menjadi tumpuan dalam empat hari pertama sidang dewan ialah isu kewarganegaraan untuk anak-anak tanpa kad pengenalan terutama di Sabah dan Sarawak; pindaan Akta Pengangkutan Jalan untuk membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol yang menyebabkan kemalangan jalan raya; Pilihan Raya Umum Ke-15; serta status kewangan Lembaga Tabung Haji (TH).
Turut disentuh ialah sama ada terdapat keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15.
Isnin ini persidangan Dewan Rakyat akan bersambung dengan Ahli Parlimen meneruskan perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/07/17/kecoh-sidang-dewan-hanya-ribut-dalam-cawan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kek Pisang Coklat Mudah Dan Sedap Hanya Menggunakan Sukatan Cawan Dan Blender

Kek Pisang Coklat Mudah Dan Sedap Hanya Menggunakan Sukatan Cawan Dan Blender

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 747 hits
Kek Pisang Coklat Mudah Dan Sedap Hanya Menggunakan Sukatan Cawan Dan Blender Assalamualaikum wbt hai korang Semoga yang baik baik saja untuk korang dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki CH cuti hari ni sempena Penang Heritage Day Tapi...
Sindiran Mengenai Warna Kulit Panaskan Dewan Sidang Ditangguh

Sindiran Mengenai Warna Kulit Panaskan Dewan Sidang Ditangguh

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 196 hits
July 13 2020 5 32 PMAhli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim terpaksa menarik balik komen mengenai warna kulit ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto KUALA LUMPUR Isu warna kulit menjadi perdebatan pada hari pertama Azhar Harun mengamb...
Parlimen Macam Zoo Rakyat Kecewa Sidang Dewan Rakyat Jadi Hingar Bingar

Parlimen Macam Zoo Rakyat Kecewa Sidang Dewan Rakyat Jadi Hingar Bingar

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 308 hits
Seperti yang diramalkan oleh ramai usul tukar Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat yang dikemukan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat tentangan hebat dari barisan kerusi pembangkang Tan Sri Muhyiddin Yassin memgemukan calon...
Usul Kosong Jawatan Speaker Di Aturan Ke 2 Sidang Dewan Rakyat Hari Ini

Usul Kosong Jawatan Speaker Di Aturan Ke 2 Sidang Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 458 hits
July 13 2020 Bekas timbalan speaker Parlimen Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sekiranya usul supaya speaker Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya mendapat sokongan majoriti aturan mesyuarat lain tidak boleh diteruskan sehingga spe...
Empat Agenda Utama Dibawa Dalam Sidang Dewan Rakyat Esok

Empat Agenda Utama Dibawa Dalam Sidang Dewan Rakyat Esok

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 305 hits
SHAH ALAM Sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung esok pastinya akan menjadi tumpuan seluruh rakyat di negara ini Kekuatan dan keutuhan kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan dibuktik...
Sidang Dewan Yang Memalukan

Sidang Dewan Yang Memalukan

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 188 hits
HAMDAN TAHATengok sidang dewan hari ni agak keterlaluan dan memalukan malaysia Terjerit jerit melampau dan tidak mengambarkan orang yang di berikan kepercayaan oleh rakyat Ini lah sukarnya bila kerajaan tidak cukup jumlah mejoriti yang besa...
From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria

Ketua Pengarah Akps Beri Amaran Keras Isu Rasuah Imigresen

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord

Drama Epok


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Prism Malaysia Melancarkan Luna Eco Penapis Udara Siri Nexa

Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani