Usul Kosong Jawatan Speaker Di Aturan Ke 2 Sidang Dewan Rakyat Hari Ini



Bernama
 -July 13, 2020 
Bekas timbalan speaker Parlimen Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sekiranya usul supaya speaker Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya mendapat sokongan majoriti, aturan mesyuarat lain tidak boleh diteruskan sehingga speaker baru dilantik.
KUALA LUMPUR: Kelancaran persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula hari ini akan bergantung kepada sokongan ahli Parlimen terhadap usul pengosongan jawatan speaker dewan itu
Berdasarkan Aturan Mesyuarat dan Usul-usul Dewan Rakyat, usul berkenaan yang akan dibawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berada di aturan kedua
Bekas timbalan speaker Dewan Rakyat, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sekiranya usul supaya speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya itu mendapat sokongan majoriti, sebarang aturan mesyuarat lain tidak boleh diteruskan sehingga speaker baru dilantik
“Kalau menang (dipersetujui), maksudnya Dewan Rakyat itu kosong, tak ada speaker, mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, bila tak ada speaker, tak boleh teruskan urusan sidang yang lain, kecuali hanya untuk memilih speaker,” katanya
Selain usul berkenaan, menurut Aturan Mesyuarat, perdana menteri turut akan mengusulkan supaya bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan Harun dipilih menggantikan Mohamad Ariff
Muhyiddin juga akan mengusulkan supaya timbalan speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming mengosongkan jawatannya, sebelum membawa usul supaya ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said menggantikan Nga
Sekiranya mendapat undian majoriti ahli Parlimen, Azhar akan menjadi speaker ke-10, manakala Azalina akan mencipta sejarah sebagai wanita pertama dipilih untuk mempengerusikan sidang Dewan Rakyat

Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Manakala itu, dalam hal mencalonkan nama bagi jawatan speaker Dewan Rakyat, ia boleh diusulkan mana-mana ahli Parlimen, namun perlu dilakukan dalam tempoh tidak kurang 14 hari sebelum dewan bersidang

Wan Junaidi berkata, cadangan nama “pada masa itu juga” tidak boleh dilakukan mana-mana ahli Parlimen untuk mengisi jawatan speaker mahupun timbalan speaker
Wan Junaidi yang juga menteri pembangunan usahawan dan koperasi berkata, sekiranya terdapat lebih daripada 1 calon, maka undian akan dilakukan secara belah bahagian atau bersurat seperti ditetapkan dalam Peraturan Mesyuarat 4(3)
Berdasarkan Peraturan Mesyuarat (6) (a), jika lebih daripada 2 calon dicadangkan dan tidak ada calon mendapat undi lebih daripada jumlah undi didapati calon lain dalam undi pertama, maka calon yang mendapat undian paling rendah perlu dikeluarkan daripada pilihan
Undian perlu dijalankan sekali lagi dan dikeluarkan calon yang mendapat undian terendah seterusnya. Ia dijalankan berturut-turut sehingga hanya seorang calon mendapat undi lebih daripada calon atau jumlah undi calon yang tinggal
Wan Junaidi berkata, ketika kekosongan jawatan speaker, segala urusan di Dewan Rakyat akan dilaksanakan setiausaha Dewan Rakyat, namun beliau boleh memohon seorang lagi timbalan speaker yang namanya tidak diusul untuk dikosongkan iaitu Mohd Rashid Hasnon untuk membantu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/usul-kosong-jawatan-speaker-di-aturan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Rakyat Lulus Usul Speaker Kosongkan Jawatan

Dewan Rakyat Lulus Usul Speaker Kosongkan Jawatan

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan usul dikemukakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Speaker Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli P...
Pm Muhyiddin Usul Ariff Yusof Lepaskan Jawatan Speaker Dewan Rakyat

Pm Muhyiddin Usul Ariff Yusof Lepaskan Jawatan Speaker Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 365 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengusulkan Ariff Yusof melepaskan jawatan speaker Dewan Rakyat Beliau dalam cadangannya memberi alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan itu Saya ingin mencadangkan Dewan Rakyat ini mengambil ketetapan ...
Dewan Rakyat Lulus Usul Pengosongan Jawatan Yang Dipertua

Dewan Rakyat Lulus Usul Pengosongan Jawatan Yang Dipertua

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 296 hits
Usul kerajaan untuk Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof nbsp mengosongkan jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat diluluskan Dewan Rakyat hari ini Usul itu diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 111 Ahli Parlimen bersetuju ma...
Dewan Rakyat Speaker Candidate Identified Fadillah

Dewan Rakyat Speaker Candidate Identified Fadillah

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 300 hits
The candidate to be appointed as the new Dewan Rakyat speaker has been identified GPS parliamentary chief whip Fadillah Yusof disclosed Without giving a name Fadillah said that the candidate is not an MP and when asked whether the candidate...
Ahli Parlimen Pembangkang Bantah Tukar Speaker Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Pembangkang Bantah Tukar Speaker Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 358 hits
Oleh Rohaniza IdrisWakil pembangkang mahu Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dikekalkan NSTP MOHD YUSNI ARIFFINKUALA LUMPUR Sekumpulan ahli Parlimen pembangkang tidak bersetuju dengan cadangan penukaran Yang Dipertua Dewa...
Speaker Dewan Rakyat Cemerlang Tiada Sebab Ditukar

Speaker Dewan Rakyat Cemerlang Tiada Sebab Ditukar

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 425 hits
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan menyeru agar kerajaan Perikatan Nasional tidak menukar Yang di Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Ariff Yusof dan Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming bagi mengukuhkan sistem demokrasi Malaysia Dalam ...
Parlimen Tukar Speaker Dewan Rakyat Keputusan Berprinsip Wan Ahmad

Parlimen Tukar Speaker Dewan Rakyat Keputusan Berprinsip Wan Ahmad

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 347 hits
Oleh Wartawan Suara Merdeka TINDAKAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menfailkan usul di parlimen untuk menamatkan lantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff dan timbalan speaker Nga Kor Ming adalah satu kep...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel