Empat Agenda Utama Dibawa Dalam Sidang Dewan Rakyat Esok


SHAH ALAM – Sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung esok pastinya akan menjadi tumpuan seluruh rakyat di negara ini.
Kekuatan dan keutuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan dibuktikan dalam persidangan itu nanti.
Ini kerana selepas lebih empat bulan Muhyiddin mengambil alih pentadbiran negara daripada Pakatan Harapan (PH) akhir Februari lalu, pembangkang terus mempersoal kemampuan beliau khususnya mengenai jumlah sokongan terhadapnya.
Memetik laporan Malaysiakini, empat agenda utama dijangka akan dibawa dalam sidang Dewan Rakyat esok.
Empat agenda atau isu utama itu adalah kedudukan sah Muhyiddin, Jawatankuasa Pilihan, Rang Undang-undang (RUU) Reformasi dan RUU koronavirus (Covid-19).
Menurut laporan itu, sebaik sesi soal jawab berakhir, aturan mesyuarat pertama dijangka berkenaan empat usul Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) untuk menyingkirkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan Timbalannya Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) untuk digantikan dengan Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Azalina Othman Said (PN-Pengerang).
Tindakan itu dijangka akan menjawab persoalan sama ada Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Berdasarkan aturan tempat duduk sidang 18 Mei lalu serta peralihan sokongan sejak itu, ada tiga blok utama di Parlimen iaitu PN (113 kerusi), PH (91 kerusi) dan Bebas (18 kerusi).
Bagaimanapun angka ini bukanlah satu-satunya penanda tahap sokongan Muhyiddin sehinggalah undian dibuat.
Yang di-Pertuan Agong kemudian boleh memilih untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan atau melantik seorang yang dirasakan mempunyai majoriti sokongan sebagai Perdana Menteri baharu.
Terdapat empat usul lagi berkaitan keabsahan Muhyiddin tetapi semuanya berada di kedudukan terakhir dalam senarai 30 usul.
Difahamkan, tiga lagi usul oleh Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh), Mohd Fasiah Mohd Fakeh (PN-Sabak Bernam) dan Shahidan Kassim (PN-Arau) – untuk undi percaya kepada Muhyiddin manakala satu lagi difailkan Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi) berkenaan usul tidak percaya terhadapnya.
Bagaimanapun, secara asasnya empat usul tersebut dilihat tidak relevan memandangkan sokongan terhadap Muhyiddin boleh dibuktikan ketika pengundian usul penyingkiran speaker dilakukan nanti.
Agenda kedua pula adalah Jawatankuasa Pilihan di mana Muhyiddin dijangka akan membawa usul untuk pembentukan jawatankuasa tersebut dan selepas itu barulah jawatankuasa itu memutuskan komposisi dan bilangan pelbagai jawatankuasa Parlimen.
Anhli baharu yang dicadangkan untuk menganggotai jawatankuasa itu ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Gombak), Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut), Datuk Seri Fadillah Yusof (PN-Petra Jaya), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson).
Selain itu, agenda utama ketiga adalah Muhyiddin dijangka membentang dua Rang Undang-undang (RUU) utama ketika pentadbiran PH untuk bacaan kedua.
Satu RUU untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi meletakkan had maksimum dua penggal bagi jawatan perdana menteri manakala satu lagi untuk pembentukan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Kedua-dua RUU ini akan meletakkan PH, Warisan dan ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin dalam keadaan yang canggung.
Agenda atau isu utama keempat adalah membabitkan RUU Covid-19 (Langkah Sementara).
Meskipun tiada kenyataan atau makluman jelas berhubung tujuan undang-undang itu diperkenalkan namun Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi bayangan bahawa ia berkenaan pelepasan sementara bagi mereka yang terkesan dengan wabak tersebut.
Zafrul berkata, undang-undang ini akan sama dengan yang telah diluluskan di New Zealand dan Singapura.
RUU itu dijangka akan menghalang kebanjiran kes bankrap susulan terjejasnya perniagaan akibat Covid-19.
SH
The post Empat agenda utama dibawa dalam sidang Dewan Rakyat esok appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/12/empat-agenda-utama-dibawa-dalam-sidang-dewan-rakyat-esok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Kosong Jawatan Speaker Di Aturan Ke 2 Sidang Dewan Rakyat Hari Ini

Usul Kosong Jawatan Speaker Di Aturan Ke 2 Sidang Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 380 hits
July 13 2020 Bekas timbalan speaker Parlimen Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sekiranya usul supaya speaker Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya mendapat sokongan majoriti aturan mesyuarat lain tidak boleh diteruskan sehingga spe...
Parlimen Macam Zoo Rakyat Kecewa Sidang Dewan Rakyat Jadi Hingar Bingar

Parlimen Macam Zoo Rakyat Kecewa Sidang Dewan Rakyat Jadi Hingar Bingar

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 269 hits
Seperti yang diramalkan oleh ramai usul tukar Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat yang dikemukan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat tentangan hebat dari barisan kerusi pembangkang Tan Sri Muhyiddin Yassin memgemukan calon...
Kerajaan Muhyiddin Dimalukan Di Dewan Rakyat

Kerajaan Muhyiddin Dimalukan Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 355 hits
HARI INI kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin mencipta satu SEJARAH lagi sehari selepas mencipta sejarah dunia menyingkirkan Speaker Parlimen Kali ini SPEAKER datang lewat untuk memulakan sesi petang Parlimen Tahniah Tan Sr...
Kadar Penghunian Hotel Jadi Pertikaian Di Dewan Rakyat

Kadar Penghunian Hotel Jadi Pertikaian Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 234 hits
Hotel mengalami penurunan penghunian kerana perintah kawalan pergerakan untuk mengekang penularan Covid 19 KUALA LUMPUR Dewan Rakyat hari ini menyaksikan pertikaian antara Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Nancy Shukri dengan seor...
Pemandu Mabuk Tumpuan Hari Ke 3 Dewan Rakyat

Pemandu Mabuk Tumpuan Hari Ke 3 Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 242 hits
KUALA LUMPUR Isu pemandu mabuk yang disabitkan kesalahan memandu bawah pengaruh alkohol dan dadah bakal menjadi tumpuan pada hari ke 3 persidangan Dewan Rakyat hari ini Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen isu berkenaa...
Datuk Azhar Azizan Harun Ydp Dewan Rakyat Baharu

Datuk Azhar Azizan Harun Ydp Dewan Rakyat Baharu

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 584 hits
Datuk Azhar Azizan Harun YDP Dewan Rakyat Baharu Datuk Azhar Azizan Harun dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu sebentar tadi 13 Julai 2020 jam 2 45 petang Datuk Azhar Azizan Harun YDP Dewan Rakyat Baharu Bekas pengerusi Suruha...
Isu Gelap Di Dewan Rakyat Selesai

Isu Gelap Di Dewan Rakyat Selesai

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 368 hits
Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun KUALA LUMPUR Pembukaan hari kedua Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas hari ini dimulakan dengan sedikit berbeza Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun yang memulak...
43 Mps Yet To Declare Their Assets Dewan Rakyat Told

43 Mps Yet To Declare Their Assets Dewan Rakyat Told

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 281 hits
De facto law minister Takiyuddin Hassan says the Cabinet members will declare their assets which will be displayed on the MACC website KUALA LUMPUR Forty three MPs have yet to declare their assets as of July 6 de facto law minister Takiyudd...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya