Kecoh Miera Leyana Jadi Isteri Kedua Kini Giliran Suaminya Pula Bersuara Cerita Perkara Sebenar
KUALA LUMPUR: Niat tulus usahawan Rosland Othman, 47, melamar aktres, Miera Leyana, 27, sebagai isterinya bukan disebabkan gelaran selebriti atau populariti, sebaliknya mahu berkongsi kehidupan dengannya.
Ini selepas melihat keadaan bapa Miera, Datuk Seri Kasmi Arshat yang baru sahaja menjalani pembed4han jantung, selain menghidap penyakit k4nser prostat dan hempedu tahap empat.
Rosland berkata, kali pertama bertemu bapa Miera di h0spital ketika menziarahinya.
“Apabila berbicara dengan bapa Miera, saya dapat rasakan kerisauan memikirkan anak-anak, termasuk Miera. Saya pula memang menyimpan perasaan tanpa Miera ketahui.
“Ketika inilah, saya tergerak hati meminta restunya mengizinkan saya berkahwin dengan Miera. Saya memberanikan diri dan percaya ini perkara baik yang harus dilakukan.
“Walaupun sedar mungkin ia masa tidak sesuai, tetapi saya mahu memenuhi harapan seorang bapa melihat anak berkahwin dan mempunyai seseorang yang dipercayai menjaganya,” katanya kepada BH Online.
View this post on Instagram Saloma 60s vibe ❤️ #malam berinai #roml Dress by @rizmanruzaini Make up by @alhaalfa Hair by @juuu.ko
A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana) on Jul 27, 2020 at 5:14am PDT
Katanya, dia yakin restu keluarga amat penting dalam perkahwinan, selain mahu beroleh keberkatan hidup.
“Tiada guna bercinta bagai nak rak tanpa restu ibu bapa.
“Saya merasakan inilah masa yang sesuai melamar Miera disebabkan bapanya sedang s@kit. Saya bukan hanya mahu mengenali Miera, malah keluarganya dengan lebih rapat selepas empat tahun berkawan dengannya.
“Namun, jujurnya, saya tak tahu Miera terima atau tidak. Saya tak beritahu pun Miera mahu minta restu bapa untuk mengahwininya. Bapa mentua juga merahsiakannya daripada pengetahuan ahli keluarga,” katanya ketika ditemui selepas usai majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka, di sini, semalam.
View this post on Instagram In my life, I have always been surrounded by amazing people. My husband and I would like to extend our sincere gratitude for your warm wishes. Words cannot quantify my appreciation for all the warm wishes, love and doas you sent. Thank you so much for being a part of the most amazing day in my life! My heart is still smiling and I am definitely humbled by the love ♥️
A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana) on Jul 27, 2020 at 2:41am PDT
Bagaimanapun, katanya, dia hanya melamar Miera secara berdepan ketika memenuhi undangan makan malam di kediamannya ketika bapanya keluar h0spital pada Mac lalu.
“Saya datang makan malam, selain mahu menziarahi bapa mentua yang sudah keluar h0spital dan semakin sembuh. Ketika itulah, saya melamar Miera di hadapan keluarganya.
“Miera memang terkejut dan seperti tidak percaya. Kami berkawan baik dan berkongsi banyak perkara mengenai urusan perniagaan, tidak langsung membabitkan soal hati.
“Malam itu pula Miera hanya pakai baju kelawar (ketawa),” katanya.
Mengulas cemuhan netizen terhadap Miera berikutan d@kwaan bermadu dan hidup atas pende3ritaan wanita lain, Rosland berkata, dia dan isterinya tidak mampu menghentikan mulut netizen.
“Buat benda baik pun kena kutuk, apatah lagi benda jah4t. Saya tak boleh nak hentikan mulut netizen nak bercakap apa sahaja mengenai kehidupan kami.
“Ikhlas tak ikhlas, tak perlulah dipertikaikan. Jadi, jalani kehidupan dengan cara masing-masing. Kita ada agama, pegangan dan paling penting, menghorm@ti ibu bapa.
“Soal peribadi mahupun keluarga, saya tak perlu berkongsi dengan netizen. Lagipun, saya hidup bukan atas ehsan orang luar. Apapun orang cakap, ia tidak mendatangkan kesan kepada saya dan Miera,” katanya.
Majlis resepsi Miera dan Rosland bagaikan dalam kayangan itu turut dihadiri rakan selebriti Datuk Seri Shah Reza, Datuk Ziela Jalil, Emma Maembong, Nelydia Senrose, Liza Abdullah, Niena Baharun, Ayda Jebat, Nabil Maher, Riz Amin dan ramai lagi.
Ia diserikan dengan persembahan Liza Hanim, Azlan & The Typewriter, Hazama dan Noryn Aziz.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : BH
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2020/08/kecoh-miera-leyana-jadi-isteri-kedua.html